Sabtu, 26 November 2011

PENULIS DI MESIN TAIP SKRIP : FATIHAH ELIAS

Assalamualaikum WBT. 


Mendapat idea untuk menaip entri kali ni ketika si pemilik nama Fatihah Elias sedang tergedik-gedik di sebelah, menjerit teruja bila melihat nama beliau ada di atas ni... sesungguhnya merupakan sesuatu yang menyeramkan ! *cover sikit Teha ! tahan nafsu tu !






Sepupu. Mungkin istilah itu bagi sesetengah orang merupakan sesuatu yang 'biasa-biasa' sahaja. Tetapi, bagi saya tak. Ya, Fatihah Elias atau selesa saya panggilkan sebagai Teha sebenarnya lebih daripada hubungan darah. Dia adalah seorang kawan yang cukup sempurna.  

Tak tahu kenapa kami rapat.Kenapa saya selesa bercakap dengan dia. Kenapa saya selesa bila buat lawak dengan dia. Hubungan kimia yang wujud di antara kami mungkin cukup kuat. Saya tergelak sorang-sorang bila teringat akan pakatan yang kami lakukan berdua. 

Mengenakan anonymous di telefon, menyelesaikan masalah skandal, keluar jalan-jalan sama-sama, buat lawak sama-sama, gelak kuat sama-sama, naik bas yang dah sesak sama-sama, mencarut sama-sama. Dia kawan yang sebenar-benarnya kawan. Dia antara manusia pertama yang akan menghantar SMS ke fon genggam saya bila saya ada masalah. Dan bila saya meminta bantuan dia untuk 'sesuatu', sedaya upaya dia akan cuba untuk mendahulukan masalah saya berbanding masalah dia. 

Dia antara orang yang akan berada di tepi bila saya jatuh. Dia memahami lebih daripada menasihati. Dan, itu yang membuatkan saya selesa ketika melalui tempoh berkawan dengan dia. Sanggup senang, sanggup susah bersama orang bernama kawan. 

Anda yang sedang membaca... mungkin antara penyebab anda mahu bangkit daripada kekalahan adalah kerana kata-kata semangat dari seorang kawan kan? Keluarga yang pertama dan kemudian pasti diikuti dengan kawan. Saya percaya perkara tu. 

Untuk Teha, terima kasih kerana sudi jadi kaunselor, pelakon komedi dan 'prudential' di lantai kehidupan saya. Susah sebenarnya untuk berjumpa dengan orang yang memakai lencana 'kawan sejati' di baju mereka. Tapi, bila berjumpa dengan scriptwriters dan Teha, situasi itu bukan mustahil untuk saya. 


Sekali lagi, terima kasih untuk setiap saat berkawan dengan kau. Dan bila-bila masa kau perlukan aku... sebagai mesin ATM, kaunselor, audiens yang mendengar lawak mahupun pengkritik fesyen... kau hanya perlu datang ke rumah sahaja, okey? Hahahaha

4 ulasan:

Halimaton Saadiah Latip berkata...

sy pun pernah jd mcm Teha & sy ada knl hamba Allah yang bernama lelaki mcm awk,cuma 1 pesan sy,tlg jgn jd mcm hamba Allah yg sy knl tu,sy xnk aibkan dia dkt blog awk ni,cuma 1 pesan sy,hargai Teha sebaiknya,maaf mungkin kata2 saya ni buat awk tak suka,assalamualaikum...

dari lensa faiz berkata...

:) ... saya menghargai nasihat ini. terima kasih! insyaallah semuanya akan dipermudahkan ok? :)

Saddila berkata...

huiyooo :))

semoga persahabatan korang kekal :)

hoiiiiii . kbai :)

dari lensa faiz berkata...

kbai dila.