Sabtu, 26 November 2011

PENULIS DI MESIN TAIP SKRIP : FATIHAH ELIAS

Assalamualaikum WBT. 


Mendapat idea untuk menaip entri kali ni ketika si pemilik nama Fatihah Elias sedang tergedik-gedik di sebelah, menjerit teruja bila melihat nama beliau ada di atas ni... sesungguhnya merupakan sesuatu yang menyeramkan ! *cover sikit Teha ! tahan nafsu tu !






Sepupu. Mungkin istilah itu bagi sesetengah orang merupakan sesuatu yang 'biasa-biasa' sahaja. Tetapi, bagi saya tak. Ya, Fatihah Elias atau selesa saya panggilkan sebagai Teha sebenarnya lebih daripada hubungan darah. Dia adalah seorang kawan yang cukup sempurna.  

Tak tahu kenapa kami rapat.Kenapa saya selesa bercakap dengan dia. Kenapa saya selesa bila buat lawak dengan dia. Hubungan kimia yang wujud di antara kami mungkin cukup kuat. Saya tergelak sorang-sorang bila teringat akan pakatan yang kami lakukan berdua. 

Mengenakan anonymous di telefon, menyelesaikan masalah skandal, keluar jalan-jalan sama-sama, buat lawak sama-sama, gelak kuat sama-sama, naik bas yang dah sesak sama-sama, mencarut sama-sama. Dia kawan yang sebenar-benarnya kawan. Dia antara manusia pertama yang akan menghantar SMS ke fon genggam saya bila saya ada masalah. Dan bila saya meminta bantuan dia untuk 'sesuatu', sedaya upaya dia akan cuba untuk mendahulukan masalah saya berbanding masalah dia. 

Dia antara orang yang akan berada di tepi bila saya jatuh. Dia memahami lebih daripada menasihati. Dan, itu yang membuatkan saya selesa ketika melalui tempoh berkawan dengan dia. Sanggup senang, sanggup susah bersama orang bernama kawan. 

Anda yang sedang membaca... mungkin antara penyebab anda mahu bangkit daripada kekalahan adalah kerana kata-kata semangat dari seorang kawan kan? Keluarga yang pertama dan kemudian pasti diikuti dengan kawan. Saya percaya perkara tu. 

Untuk Teha, terima kasih kerana sudi jadi kaunselor, pelakon komedi dan 'prudential' di lantai kehidupan saya. Susah sebenarnya untuk berjumpa dengan orang yang memakai lencana 'kawan sejati' di baju mereka. Tapi, bila berjumpa dengan scriptwriters dan Teha, situasi itu bukan mustahil untuk saya. 


Sekali lagi, terima kasih untuk setiap saat berkawan dengan kau. Dan bila-bila masa kau perlukan aku... sebagai mesin ATM, kaunselor, audiens yang mendengar lawak mahupun pengkritik fesyen... kau hanya perlu datang ke rumah sahaja, okey? Hahahaha

Ahad, 20 November 2011

DARI HUJUNG KATA SAMSIAH MOHD NOR

Assalamualaikum WBT. Cover sikit lah !


Beberapa hari yang lepas, kawan saya memulangkan balik buku 'Bulan Berbisik' yang dia pinjam daripada saya. Ya, saya benar-benar 'rindu' akan naskhah ini lepas dua bulan *kot tak melekat di tangan saya. Jadi, oleh sebab itu, niat seorang lagi rakan saya untuk meminjam novel itu terpaksa saya tolak dengan baik. Dah ! Saya dah terlalu ketagih untuk memegang novel tu, saya tak akan sewenang-wenangnya menyerahkannya kepada orang lain terlebih dahulu. Realpolitik. Hahahahaha...




Novel ni meninggalkan impak yang tersendiri kepada seorang remaja lelaki 18 tahun seperti saya. Kalau siapa-siapa yang baca entri saya yang sebelum-sebelum ni, faham.. saya cerewet bila mahu mengatakan sesuatu itu sebagai TERBAIK. Saya mula membaca novel cinta ketika kanak-kanak seusia dengan saya ketika itu sedang sibuk memutarkan gasing Beyblade, sedang ralit mengayuh basikal merempuh angin, sedang seronok mengelecek bola di tengah padang. Saya ketika itu hanyut dalam dunia saya sendiri. Saya ingat macam mana saya curi-curi baca novel meskipun masa tu mak menegah. Ahh.. hobi dan minat dah mengatasi segala-galanya. 


Bertahun saya membaca mungkin ratusan novel. Saya kenal barisan novelis ternama Malaya. Cuma bila umur saya 14 tahun, barulah saya berjumpa dengan novelis sehebat Samsiah Mohd Nor. Bulan Berbisik. 


Saya berdebat pada rata-rata kawan saya mengenai kehebatan novel ini. Berkali-kali saya katakan, efek yang datang daripada helaian-helaian muka surat Bulan Berbisik tidak terus datang serta-merta ketika saya membacanya. Tetapi efeknya akan bertambah dan bertambah lalu 'membunuh' emosi saya secara berperingkat dalam satu jangka masa yang panjang. Ya, saya obses dengan novel ini. Bermula dari itu, saya mula menjelajah hampir setiap kedai buku yang saya nampak semata-mata untuk mencari novel yang kulit hadapannya tercatat nama 'Samsiah Mohd Nor.'


Susah! Memang susah untuk mencari novel dia. Sebabnya dia novelis lama. Dia muncul mungkin ketika saya belum dilahirkan. Dia muncul lalu meledak mungkin ketika saya baru belajar untuk menjamah bubur. Setakat ini, saya cuma berjumpa dengan empat sahaja novel dia. Empat! Bertahun saya cari tetapi saya cuma jumpa empat naskhah sahaja. 


Bulan Berbisik
Sangkar
Bidadari Cinta
Warkah Dari Sukma


Saya mengangkat dia... Samsiah Mohd Nor sebagai novelis terbaik sepanjang zaman. Susah untuk saya jumpa kriteria yang ada pada dia dekat novelis-novelis lain. Mungkin dia novelis wanita yang sama konkritnya jika diukur di sebelah Khadijah Hashim. Apa istimewanya wanita ini? Apa yang ada pada hujung jari dia? Sehingga membuatkan saya menjadikan tulisannya sebagai 'dadah?' Dia bukan sasterawan. Siapa? 


Dia menulis seperti bukan menggunakan jari yang menari laju di atas keyboard. Dia menulis seperti bukan menggunakan jalan cerita yang dia perolehi melalui imaginasi. Dia menulis dengan jiwa. Ya, dengan jiwa. Buat pertama kalinya, saya mengatakan seseorang itu menulis dengan jiwa. 


Dia seolah-olah berpuisi dalam setiap abjad yang tertera pada setiap helaian muka surat. Saya pernah berkata kepada rakan saya, bahasa yang dia gunakan akan membuatkan tubuh kita terapung-apung di atas udara. Sekali dia bermadah, tubuh kita akan terus direjam terperosok masuk ke perut bumi. Begitu gambaran yang tepat untuk menggambarkan efek pada ayat-ayat Samsiah Mohd Nor.


Saya menjadikan dia sebagai inspirasi saya dalam bidang penulisan. Saya mahu menjadi seperti dia ! Hebat dan unggul dalam kasut sendiri. Saya menyenaraikan dia di Facebook sebagai orang yang memberikan saya inspirasi. Saya sanggup berjam-jam di hadapan komputer untuk membuka satu-persatu carian Google mengenai Samsiah Mohd Nor. 


Boleh ke? Pengalaman, saya perlukan pengalaman untuk sampai pada tahap itu. Saya perlukan jiwa untuk menghasilkan suatu jalan cerita yang hebat. Fuuhhh! Mimpi ngeri mula menjadi hantu! Dua ketakutan saya *mungkin semua novelis amatur merasakan emosi yang sama


Bila manuskrip akan tiba di muka surat terakhir? 
Andai sudah siap, apa yang syarikat penerbitan lakukan pada manuskrip itu? Menerbitkannya dengan penuh rasa teruja atau menempatkannya di dalam tong sampah? 

Merapu. Merepek! Saya kuatkan kata hati. Kalau nak berjaya seperti Samsiah Mohd Nor... jangan berhenti pada tanda koma, tetapi cari sampai kita jumpa tanda noktah! Samsiah Mohd Nor inspirasi saya.. impian saya... Satu hari nanti, saya mahu jadi seperti dia!


Huh!!! Doakan saya ya pemilik-pemilik mata yang membaca !!!



*pesanan khidmat masyarakat : memerangi ILUMINATI !

Sabtu, 19 November 2011

PENULIS DI MESIN TAIP SKRIP : JAUH


Assalamualaikum WBT. Cover sikit oi! 


Hahaha.. tajuk entri kali ni memang tak menahan! Tak, tidak ! Ni bukan entri untuk meratapi satu pemergian selama-lamanya a.k.a. mati. Hoi! 


Berlatar-belakangkan muzik "Over The Rainbow" oleh Glee... menaiki mesin masa menuju tahun-tahun yang dah lepas yang saya lalui bersama dengan penulis-penulis di mesin taip skrip... membuatkan saya melihatnya dalam satu situasi yang sangat ironi; SEKARANG.


Yalah kan? Siapa sangka? Orang yang duduk di sebelah kita waktu rehat di kantin, orang yang meminjamkan bukunya untuk kita tiru sebab tak siapkan kerja sekolah, orang yang sanggup duduk dekat sebelah kita di tepi longkang masa tengah serabut.... bila tiba masanya, mereka akan pergi buat seketika. Ganjil rasanya kan, bila selesai sahaja SPM, masing-masing akan membawa haluan sendiri. Yang kejar ijazah, yang kejar pekerjaan. Berbeza-beza. 


Begitu jugak halnya dengan saya. Ahli-ahli penulis di mesin taip skrip a.k.a. KAMI AND THE SCRIPTWRITERS membawa haluan masing-masing sebaik sahaja habis SPM. Mengejar cita-cita. Ya, itu yang kami lakukan. 






Ayu : Politeknik Perak
Eya : UiTM Alor Gajah
Syai : Politeknik Merlimau

Pertamanya, tahniah untuk kami. Kami ada semangat untuk belajar. Kami ada semangat untuk ubah masa depan. Saya percaya, anda pun begitu kan? Memang ianya memang satu yang memeritkan bila kita terpaksa melihat depan mata sendiri perpisahan yang berlaku dalam kalangan kita sendiri. Ya, mungkin kita perlahan-lahan mengajar hati kita untuk menerima situasi itu. Tapi, sejujurnya mesti ada sedikit perasaan sayu itu. 

Kita tertanya-tanya... boleh ke kita jumpa dengan manusia-manusia seperti mereka? Boleh ke hari-hari kita yang akan datang menjadi ceria seperti mana hari-hari bersama mereka? Boleh ke kita akan dapat lagi kawan seperti mereka? 

Ya... saya dikelilingi kawan-kawan baru yang gila dan ceria. Hahaha.. sedikit sebanyak mungkin saya bandingkan mereka dengan ahli penulis mesin taip skrip. Berbeza. Dua-dua situasi membawa 'gila' yang tersendiri. Mungkin ahli penulis mesin taip skrip pun begitu. Sekali pun ada kawan baru, 'kawan yang lama' masih lagi ada dalam kotak ingatan. 

Kami berpisah seketika. Saya yakin perkara itu. Bukannya bermaksud kami tak akan berjumpa dalam satu jangka masa yang lama. Facebook dan Twitter kan ada. Ada masa kami berjumpa. Cuma, kami ada tanggungjawab untuk dilunaskan. 

Lihat? Itu erti sebenar untuk frasa yang bergelar 'kawan.' Memang Wikipedia atau Kamus Dewan mendefiniskan perkataan itu dengan begitu rumit. Tapi, tanpa kita sedar atau tidak, kita ada definisi kita yang tersendiri bagi perkataan bernama 'kawan.' 


Untuk AyuEya dan Syai... saya doakan mereka berjaya dalam apa jua yang mereka perjuangkan. Ya, kami akan berjaya bersama-sama. 

Korang.. perlukan kaunselor? Perlukan mikrofon? Cari aku ! 

KAMI AND THE SCRIPTWRITERS : KAWAN SAMPAI MAMPUS 

*pesanan khidmat masyarakat : katakan tidak kepada ILUMINATI .* 

Khamis, 17 November 2011

NOTA UNTUK TUHAN : SELAMAT PULANG ABAH DAN MAK

Assalamualaikum WBT. Cover sikit oi!


Akhirnya tempoh itu berakhir. Pagi 17 November 2011, Abah dan Mak selamat sampai di tanah KLIA dengan selamatnya. Alhamdulillah! ALLAH mempermudahkan segala urusan. 


Bunyi batuk yang berselang-seli dari mulut mak dan abah, bau minyak wangi dari botol-botol kecil, bagasi-bagasi bersaiz besar... mungkin 'perkara-perkara' itu antara norma bagi golongan haji dan hajjah. Hahahaha...


Syukur tak ada masalah. Mak dan abah pergi dengan selamat, pulang pun dengan selamat. Syukur jugak sebab kami adik beradik di bumi Malaysia ini menempuh hari-hari sebelum tu dengan selamat jugak. 




Akhirnya.... rindu yang terkumpul terlerai jugak. *chheewwaahh Satu perasaan ganjil menghuni bila tengok mak dan abah berdiri depan rumah sambil berdoa. Kemudian melangkah masuk ke dalam rumah. Rasa bahagia bila tengok depan mata sendiri bila tengok mak dan abah makan menu-menu air tangan anak-anak mereka dengan begitu berselera sekali. Ayam masa lemak cili api. Rendang udang. Tauhu sambal. Ikan masin. Ulam petai. Semuanya kegemaran mak dan abah.


Alhamdulillah.
Selamat pulang Md Nasir bin Bujang dan Halijah binti Ninggal. Ooo... kejap. Saya silap. 


Selamat pulang Haji Md Nasir bin Bujang dan Hajjah Halijah binti Ninggal



Jumaat, 11 November 2011

BOLLYWOOD KATA APA PADA SAYA?

Assalamualaikum WBT.


Petang Sabtu 5 November lepas, setelah sekian lama tak menghadap cerita Hindustan, hari tu entah kenapa mata saya seperti disentap-sentap *mak ai menipu* untuk kekal di depan TV menonton satu filem Aamir Khan. Sebabkan filem itulah saya terasa nak mengemaskini entri dengan tajuk di atas.


Saya teringat dulu. Ya, saya akui. Saya penggila filem-filem Bollywood. Ok fine. Gelaklah! Hahahaha... Banyak yang saya tonton. Cuma bila sampai satu peringkat di mana filem-filem dari sana seperti melalui satu frasa kematangan yang melampau... saya dah tak menonton lagi filem-filem Hindustan. Sebab masa tu saya pikir, kenapa mereka tak kekalkan genre filem macam Mohabbatien? Kabhi Khushi Khabi Gham? Perlu ke filem-filem bercorak fantasi dan aksi tu? Hmmm.. bersuara je lah saya mampu. 


Bukanlah maksudnya saya anti. Cuma mood tu hilang bila situasi berubah paksi sampai macam tu. Saya penonton normal lah. 


Seumur hidup saya yang 18 tahun ni, saya cuma menyenaraikan 4 sahaja filem Hindustan yang saya anggap sebagai yang terbaik. 4 sahaja. Tak tahu kenapa saya memilih 4 sahaja? Mungkin keempat-empatnya ada meninggalkan impak yang tersendiri kepada saya. Hah! Tak payah nak 'berbunga-bunga' sangatlah. Terjah jelah dekat bawah ni.



3 IDIOTS

Saya melihat bagaimana jujurnya filem ini dihasilkan. Filem ini seperti berkata kepada saya; "PEDULIKAN ORANG LAIN! HIDUP INI CUMA ADA SAYA DAN IMPIAN." Impak yang diberikan terlalu mega. Filem ini menempelak golongan 'ulat buku' yang mempersendakan kaum yang suka berangan-angan kosong. Filem ini suruh kita percaya kepada kata hati yang pertama. Filem ini suruh kita cakap "pergi matilah" dekat sesiapa yang cuba mengongkong hidup kita. Filem ini suruh kita percaya yang masa depan kita bukan ditentukan oleh orang sekeliling. Filem ini suruh kita jadi gila !
Wow ... saya terlalu kagum dengan filem ni. Sampai pada satu tahap, saya pernah cakap dengan kawan saya... semua cikgu di dunia perlu menonton cerita ni. 



DEVDAS

Filem yang sangat-sangat berseni. Ya, saya tertarik dengan kesenian filem ini. Penciptaan setiap karakter yang ada dalam filem ni cukup hebat. Paro yang setia dengan cinta monyetnya. Dev yang berkonflik kerana cinta yang terhalang. Chandramukhi, seorang pelacur kelas atasan yang mengharapkan cinta. Cerita ini seperti sebuah cerita cinta agung. Saya puji Madhuri Dixit dalam filem ni. Tarian dia, cara dia berjalan dan merenung... wow! Sempurna. Dialog-dialog dalam filem ni juga berbeza dari filem-filem yang lain. Skripnya seperti satu puisi yang panjang. Hebat memang hebat.


TAARE ZAMEEN PAR

Bila Along syorkan saya untuk menonton filem ni hari tu (Sabtu 5 November), bila dia kata cerita ni pasal kanak-kanak dengan seorang guru, terus saya berminat nak tengok. Serius. Berdiri bulu roma saya bila saya melihat cara filem ini 'bersuara.' Seorang guru yang IKHLAS membantu anak muridnya, Ishaan. Ishaan menghidapi Disleksia. Dia tak tahu membaca, tak tahu menulis.. tapi siapa tahu, dia sebenarnya seorang kanak-kanak genius. Okey, sekarang saya betul-betul 'menjerit.' Setiap ibu bapa di dunia ni perlu menonton filem ini !!! Saya menganggukkan kepala bersetuju dengan frasa 'every child is special.' Saya jugak terpegun bila guru itu memerli bapa Ishaan dengan ayat yang lebih kurang macam ni ; "Penduduk di Kepulaun Soloman mahu menjalankan aktiviti pertanian di sebuah hutan. Bagaimana mereka membersihkan hutan itu? Mereka tak menebangnya. Tetapi mereka memaki hamun pokok-pokok di hutan itu setiap hari sampailah pokok-pokok itu semua mati." 
Pikir dialog itu berulang kali rakan-rakan ! Saya melihat filem ini... saya bertekad. Jika satu hari nanti takdir meletakkan saya sebagai seorang pendidik, saya akan menjadi seperti guru itu. 


KABHI KHUSHI KABHIE GHAM

Dan yang terakhir. Hah! Saya masih ingat bagaimana filem ini meninggalkan impak yang besar pada Malaysia dulu. Saya kagum bila filem besar seperti ini mengangkat satu tema yang cukup ringan tetapi berjaya membuatkan filem ini menjadi hebat. KEKELUARGAAN. Ini selera saya. Cara filem ini 'berkata' dan percaya kepada kuasa seorang ibu. Kasih sayang antara keluarga yang tak akan hancur meskipun bertahun-tahun. Saya puji Kajol dalam cerita ni. Anjalli digambarkan sebagai seorang gadis miskin kota Chadni Chowk yang mempunyai perasaan cinta akan negara dan budaya yang begitu tebal. Watak berat tetapi cemerlang di tangan aktres ini.



Apa yang boleh dilabelkan pada filem-filem Hindustan? Mak saya pernah kata, banyak-banyak filem dekat dunia ni, tak ada satu pun filem yang mampu jadi seperti filem Hindustan. Penari-penarinya walaupun ramai, tapi mereka menari dengan satu bentuk pergerakan yang serentak. Filem mereka menggambarkan budaya yang cukup tebal. Mereka bangga dengan sari mereka. Mereka bangga dengan Lata Mangeshkar. Mereka bangga dengan bahasa mereka. Mereka bangga dengan ideologi mereka. Itu yang membezakan filem Bollywood dengan filem-filem yang lain.

Jangan tanya kenapa filem kita tak seperti mereka. Jangan! Kita tak akan jumpa KEHEBATAN kalau kita sibuk nak buat perbandingan. Filem-filem kita memang tak macam filem-filem Hindustan. Tapi, sekurang-kurangnya kita masih ada trademark yang boleh kita banggakan. Cuma mungkin trademark tu terlalu kecil dan kita pun tak mengagungkannya. 

P Ramlee
Yasmin Ahmad
Mamat Khalid
Afdlin Shauki
Anak-anak En. Abd Halim

Masa depan filem-filem kita di tangan mereka. Masa depan filem-filem kita jugak di tangan kita sendiri.




sebelum berundur.. sebelah kanan ni dah ada kotak menjerit. Jadi ... pergi menjerit dekat situ sekarang !!!!!!

Rabu, 9 November 2011

MESIN INI EKSPRESI OTAK

Assalamualaikum WBT. Cover la sikit. 


Hah .. fon blog ini dalam proses penukaran. Jadi saya rasa tulisan yang ni lagi jelas kot? Kan? Angguklah. Ok, bagus. 


Keterdesakan untuk mengupdate blog ketika sedang free ni memang memaksa jari ini menaip apa sahaja yang otak aturkan secara spontan. Bagaimana spontan itu 'datang'? 
Ya, dengan cara ini ; ketika sedang bosan di hadapan skrin komputer , mata ini melilau-lilau dari siling ke lantai ke dinding. Dan, mata saya terpaku pada objek bercahaya di hadapan saya. Apa itu? Hah? Apa itu?


Dah nama bila saya kata duduk depan skrin komputer, dah sah-sahlah saya memang nampak komputer. Hahahaha... Saya melihat teknologi ini dalam satu cara yang cukup mendalam (buat pertama kalinya). Tak, saya tak ingin pun nak cakap pasal objek ini berdasarkan fakta sainsnya. Saya cuma melihat komputer dalam satu situasi yang cukup berbeza. 


Facebook. Twitter. Blogger. Wikipedia. Microsoft Word. Semua laman ini kerap saya kunjungi hampir setiap hari. Hmm... saya tak dapat bayangkan kalau Charles Babbage tak wujud pada zaman dulu. Mungkin impian saya untuk menjadi seorang novelis tak akan pernah wujud pun dalam otak. Mungkin sekarang Facebook dan Twitter bukan fenomena. Mungkin sekarang laman blog SILANG KATA FAIZ ni tak ada!


Hah?!


Shuhh! Shuuuuhh! Jangan mengganggu emosiku! *apasal kau? Jadi apa maksudnya? Maksudnya... objek di depan saya sekarang ni (di depan anda jugak), merupakan salah satu item yang terpenting jugak dalam hidup. Kan? Setuju? Apa-apa sahaja idea yang pernah saya fikirkan untuk dicatatkan di dalam blog, semuanya akan saya luahkan di atas keyboard ini. Apa sahaja berkaitan dengan notifikasi di Facebook semuanya akan saya lihat di skrin komputer ini. 


Ringkasnya: Suka atau duka, hitam dan putih. Semua saya lalui di hadapan teknologi ini. Saya percaya, anda pun macam tu kan? 


Bila marah, terus berlari gedebak gedebuk ke komputer, online Facebook dan kemas kini status dengan ayat macam ni :"Aaarrggghhh!!! Bengangnya!!!." 
Bila bosan asyik menghadap buku, terus berjalan gedebak gedabuk ke komputer untuk main game. 
Bila banyak idea, terus merangkak gedebak gedebuk ke komputer untuk tulis blog. (Eh? Ni macam aku je.) 


Secara tak langsung, sememangnya, objek ni pun antara yang menjadi inspirasi dalam hidup kita kan? Objek yang kita aplikasikan yang tanpa kita sedari telah menjadikan kita orang yang lebih baik pada minit-minit yang akan datang. Objek yang saya guna untuk mengekspresikan apa yang neuron-neuron di otak saya ni jeritkan. 


Dulu, saya pernah meniti zaman kejatuhan semuanya kerana komputer. Tapi, sekarang, saya sedang 'menjerit' kegembiraan di laman SILANG KATA FAIZ juga kerana komputer. Ah! Siapa cakap dunia tak adil? Yang tak adil adalah kita yang awal-awal lagi dah mengamuk kata dunia ni tak adil. Hahahaha .. sabar-sabar! Esok kan masih ada? 


Jadi, nilah dia objek yang menzahirkan semua idea-idea saya di sini. Termasuk idea untuk menaip entri ni. 




Ya memang bersepah! Jadi apa?! Hahaha ... 



TERIMA KASIH KOMPUTER !!!