Sabtu, 28 Mei 2011

FIGURA DI ATAS LANGIT : LOLOQ

Assalamualaikum. Hoi2!

"Saya akan terus berkarya dan tidak akan berhenti hanya kerana rasa sudah tua. Cuma saya harap satu hari nanti saya tidak akan menjadi manusia aneh."

 * Masukkan mood anda dalam setiap perkataan ini...

30 Januari 2008 membikin satu industri seni milik bumi Malaysia seperti dilanggar garuda. Semuanya terpaku dan langsung tak menyangka bahawa berita itu akan menghiasi akhbar pagi serta kaca tv mereka. 

Rosli Khamis a.k.a Loloq...
Seorang lelaki yang berperwatakan ranggi, berketinggian sekitar 5 kaki dan antara figura penulis lirik yang genius menghembuskan oksigen yang terakhir pada tarikh itu. Sepi... senyap. Pemergian lelaki itu memberi impak yang besar kepada dunia seni tanah air.

Rakan seperjuangannya, M. Nasir pernah melabelkan hasil tulisan Loloq adalah hasil tulisan yang merakamkan pemikiran, perjalanan dan kehidupan. Loloq diletakkan dalam satu ruang prestij yang tersendiri. Tak perlu dipertikaikan kehebatannya. Loloq meletakkan ramai penghibur pada kelasnya yang tersendiri. M Nasir, Search, Wings, Dato' Siti Nurhaliza dan Ella antara yang pernah mendapat sentuhan magis Loloq.

Mungkin 5 ke 10 tahun lepas... saya langsung tak terkesan dengan hasil penulisan beliau. Yolah.. apa saja yang ada dekat otak budak-budak masa tu, kan? Melewati usia-usia yang langsung tak berkurang (ehem2)... sedikit demi sedikit saya mengkagumi manusia ini. Yeah.. saya adalah penulis puisi. Bawah tanah. Tak pernah pun puisi-puisi saya keluar dekat mana-mana majalah. Semuanya ada dekat dalam fail keras buruk tu. Setakat tercatat dekat meja hak kerajaan milik kawan adolah. Hahaha... 

Saya mengerti... saya paham. Betapa peritnya untuk menghasilkan 'sekertas' puisi. Betapa yang kita perlu menumpukan mood dan jiwa hanya pada satu-satunya perkataan. Percayolah... kalau setakat kita tulis puisi tu tanpa ada rasa apa-apa, sambil lewa... kita sendiri yang akan rasa puisi tu tak cukup sempurna. Tapi.. sekali kita dah tumpukan semuanya dekat satu-satu puisi tu... kita kan dapat satu perasaan yang takkan boleh nak diekspres dalam bentuk ejaan. Serius!

Berbalik kepada lirik-lirik hasil tulisan Loloq. Saya sangat terkesan pada "Awan Yang Terpilu." 

Kerana cinta
Aku kembara
Bagai camar melintas laut
Mencari pohon untuk berteduh
Kerana cinta
Aku kembara
Ikut lagu
Bisikan hati
Mendamba kasih paling setia

Sepasang sayap tak terlihat
Umpama mimpi yang tersimpan
Jadi rintik
Rintik hujan
Menciptakan awan yang terpilu

Puisi ini tercipta lantas
Tak kesampaian
Hajat meronakan
Gelora rindu ku kepadamu

Ingin sekali
Aku ungkapi
Isyarat jiwa dengan sempurna
Biar kau mengerti
Biar kau sedari
Perasaanku yang memujamu
 
Liriknya indah tetapi sederhana. Lirik ini menggambarkan penjuru hai yang mahukan sesuatu yang dia dambakan daripada orang yang dia harapkan untuk memberi. Fuh! Terasa kerdil sangat bila dengar lirik seindah macam ni. Sungguh. Lagu ini jadi sempurna kerana lirik ini. 
 
Kemudian lirik "Kasih Latifah."

Makin puja, makin cinta menusuk kalbumu
Dalam naik turun nafas menjunjung namamu
Makin asyik, makin jauh dihanyutkan rindu
Tiap saat ketika kudambakan kasihmu

Janganlah kau seksa diriku yang lemah
Sedangkan kau sedar semua ini
Bukanlah satu permintaanku

Janganlah kau seksa lagi
Diriku yang lemah dan hina ini
Sedangkan kau sedar semua ini
Bukanlah pilihanku

Aku sanggup cabar sesiapa saja
Yang sempat memandang cahaya kau itu
Dan tidak tergoda (wajahmu)
Tersungkur jatuh (kasihmu)
Menuntut kasih Latifah (jiwamu)

Hebatnya Latifah sehingga wanita itu dijadikan subjek. Hebatnya dia membuatkan jantung lelaki kucar0kacir. Dikisar dengan sempurna oleh Loloq. Hmm... perlu ke saya ulang dengan mengatakan ini hebat?
 
Lagu 'menanah' satu ketika dahulu. "Aduh Saliha."
 
Mana rayuan ku
Hendak ku sampai kan
Rindu berahi ku pada
Kasih yang jauh
Jauh bukan jarak dan tempat
Jauh nama dan pangkat

Mana pengganti mu
Hendak ku dakapkan
Dendam asmara ku
Pada cinta yang luruh
Luruh bukan daun yang pudar
Luruh jiwa dan badan

Bertahun ku sandar percaya
Tak mungkin padam cahaya
Cinta mu bagai rembulan
Hilang di pandangan
Kala langit di lindung awan

Aduh mahkota terhempas
Baru lah ku sedar
Yang ku sangkakan intan
Oh hanya lah kaca
Sesudah berdarah barulah
Aku sedar jiwaku tercalar
Oh ... sakitnya
Bukan kepalang

Kau biarkan aku sendiri
Menderita siksa
Racun hidup ku
Saliha

Kau biarkan aku sendiri
Melewati sepi dalam hidup ku saliha

Kau biarkan aku sendiri
Meratapi nasib dalam gelita
Saliha
Oohh Saliha
 
Runtuhnya seorang raja a.k.a bangsawan hanya kerana seorang wanita. Dia terkhayal bermimpikan pada perempuan yang tak mungkin dia dapatkan. Saya percaya dan saya yakin. Lirik lagu ini antara salah satu yang menjadi elemen kepada pembinaan empayar Mawi satu ketika dahulu. 
 
"Mantera Semerah Padi." Jom, yang ni pulak!
 
Hei! Kersani mengalirlah dikau
Menjadi raksa
Mengisi belikat punggungku
Agar aku bisa berdiri
Tegap dan segak
Bagaikan laksmana Melayu

Hei! Sepuluh helai daun sirih
Ku gentas bersama
Bunga cengkih jadilah dikau
Darah merah pekat
Mengisi uratku
Agar bisa aku berlangkah
Gagah dan tampan
Bagaikan sijantan yang berkokok

Di mana bumi ku pijak
Di situ langit ku junjung
Alang-alang menyeluk pekasam
Biar sampai ke pangkal lengan

Aku seru mentera pusakaku
Mentera semerah padi
Mungkin ini antara lirik lagu yang terbaik pernah ditulis oleh Loloq. Percayalah. Sekali dengar je, terus kita akan dapat rasa jiwa Melayunya. Begitu kuat tergambar pada setiap perkataan (ada sesetengah perkataan saya langsung tak pernah dengar). Satu pengembaraan yang cukup sempurna. 

Banyak lagi lirik lagu tulisan Loloq yang meninggalkan kesan yang mendalam. "Andalusia," "Aladdin,"  dan banyak lagi. Apa yang saya kagum dengan Loloq, setiap liriknya pasti mencapai satu tahap yang digelarkan sebagai hebat... unggul. Saya sendiri untuk menghasilkan puisi yang benar-benar memuaskan hati dalam satu kuantiti yang berturut-turut, mustahil untuk saya lakukannya.

Tercari-cari apa yang ada pada seorang Loloq. Tertanya-tanya apa yang ada pada mata penanya. Ya, tiba pada satu tahap. Saya akui, inilah 'satu dalam sejuta.' Tak akan ada pengganti yang mampu masuk di dalam ruang pujangga Loloq lalu menjadi seperti dia. Tak akan ada.
 
Konsert "Untukmu Loloq" dekat Istana Budaya hari tu merupakan simbol kepada betapa Loloq mempunyai pengaruh yang begitu besar dalam industri muzik tanah air. Tak akan ada lepas ni kenangan untuk dicipta. Yang ada kenangan lalu yang akan didengar oleh anak cucu kita nanti.
Menyusuri entri ni, saya sedar dan mengerti, tanpa LIRIK... sesebuah lagu itu tak akan jadi TERBAIK.

Isnin, 16 Mei 2011

VIRUS SEORANG BINTANG : STACY

Assalamualaikum WBT. Hoi2!

Entri kali ni, saya sangat-sangat hyperactive untuk menaip pasal bintang ni. Harus diingatkan, bahawasanya... saya merupakan antara ribuan 'penagih tegar' STACY. Ya! Ahak! Ready?! Tuan-tuan dan puan-puan... Mempersembahkan...



Siapa yang tak kenal dengan dia? Siapa yang tak terkesan dengan kehadiran dia? Bohonglah kalau ada pernyataan yang keluar mengatakan bahawa kehadiran dia dalam liga muzik tanah air tak membawa apa-apa kesan kepada mana-mana pihak. Bohong! Okey! Tolak tepi kisah cinta dia dengan mana-mana lelaki! Tolak tepi cerita masalah disiplin dia! Jom.. fokus kepada pentas seorang STACY.


Pemilik nama penuh Stracie Angie Anam ini berasal daripada Sabah. Merupakan penyanyi kelahiran program realiti tv Akademi Fantasia musim ke 6 ini sekaligus merupakan juara untuk musim itu. Siapa jangka kan? Mula-mula dulu, saya ingat lagi, minggu 1 dia nyanyi lagu No One by Alicia Keys. Sekarang kau tengok! Dia salah seorang bintang yang paling digeruni.. seyh!


Ya, dia tak pernah lagi menang kategori Penyanyi Wanita Terbaik. Dia tak pernah bawak pulang mana-mana trofi Anugerah Juara Lagu. Lantaklah. Bagi saya, pengiktirafan tak akan menjamin kehebatan seseorang penghibur. 


Satu demi satu lagu menjadi taruhan Stacy.Bermula dengan jenama Aku Stacy. Kemudian meledak dengan Gagap. Seterusnya Pakai Buang, Primadona, Menggegar Dunia, Kisah Kita, Jahat & banyak lagi. Ingat lagi, lepas je dia keluar dari AF, dia masuk AJL untuk lagu Aku Stacy masa tu. Stacy ketika itu mencatat sejarah tersendiri apabila menjadi artis paling muda yang pernah bertanding sepanjang sejarah AJL. Serius, lepas je saya tengok persembahan dia malam tu, terus saya jadi ketagih untuk menonton persembahan dia yang lain-lain. Ceh.. dah macam dadah la pulak. 




Mungkin ramai yang tertanya-tanya. Apasal Stacy? Apasal saya gila Stacy? Kenapa bukan Yuna, Ana Raffali, Faizal Tahir atau Aizat? Jawapan saya senang je. Dalam 10 tahun atau 20 tahun akan datang, bila ada anak cucu kita datang dekat kita dan diaorang tanya : 
"Atuk2! Sapa penyanyi yang selalu menari-nari masa atuk muda2 dulu tu?"
Hahaha.. Soalan dekat atas ni imaginasi je ye. Okey, berbalik kepada landasan kereta api kita tadi. Ha.. maksud dia, Stacy mempunyai satu identiti yang kuat untuk membezakan dia dengan penyanyi lain. Satu identiti yang akan orang ingat sampai bila-bila. Ya, saya dah tengok persembahan penghibur yang menyanyi sambil petik gitar. Saya dah tengok persembahan penghibur yang ada attitude rock yang kuat. Tapi, dalam Malaysia, saya tak pernah tengok penghibur yang menyanyi dan menari serentak. Energetiknya... uuu... bapak la!






Ada yang kata Stacy plagiat artis Korea. Stacy tiru Agnes Monica. Eh, ada aku kisah?! (wah.. marah nampak). Lantaklah semua tu. Kalau asyik nak samakan sesuatu tu dengan benda lain, memang susah la. Sampai bila nak jumpa sesuatu yang bagus, kan? 

Stacy mempunyai aura dia yang tersendiri. Bagi saya, dia paham maksud konsert @ hiburan itu apa. Dia bergerak dalam kotak dia. Dia tahu hala tuju dia. Dia ada identiti yang kuat untuk dia bawak sampai bila-bila. Itu apa yang Stacy ada yang tak ada dekat artis-artis picisan yang lain. 

Bila dapat tau Stacy nak buat lagu balada, saya beeennnngaaannng mennnnyammmmmpahhhh (hambik kau). Saya kata; 
"Apolah?! Dah elok-elok lagu pop dance nak tukar angin pulak! Kacau la!" 
Aik.. betul punya marah nampak. Hahaha! But, kenyataannya saya silap lepas saya dengar lagu ni...


Saya syorkan sapa-sapa yang dah putus cinta atau tengah nak hentak kepala dekat dinding sebab pening dengan cinta... ha, dongar ni. Efek die kalau tak meleleh air mata, tak pun lari pergi bilik air meraung. Serius, saya dah tengok sendiri hasil eksperimennya.. (ehem2). Hahaha.. percubaan yang bagus dari Stacy. Ni dah jadi harus dah ni untuk jadi juara carta. 

Queen of Dance, Puteri Pop Malaysia, Penyanyi Paling Energetik.
Semua ni antara gelaran untuk Stacy. Saya tengok dalam satu jangka masa yang panjang. Yakin dan pasti. Satu hari nanti, Stacy akan jadi seperti Siti atau Sudirman. Saya percaya perkara tu akan terjadi. Cuma tinggal Stacy tak usah nak lupa diri.. lepas tu tenggelam terus.

Bila saya dah mula asingkan lagu-lagu Stacy dalam satu folder khas dalam MP4 saya, saya mula sedar yang seseorang penghibur yang mahu menjejakkan kaki ke dalam arena muzik pada masa kini, perlu ada satu hala tuju yang tersendiri. Saya mula sedar betapa pentingnya sesorang penghibur itu untuk memiliki jenamanya yang tersendiri. Stacy adalah salah seorang PENGHIBUR... saya ulang.. PENGHIBUR yang ada jenama yang kuat. 

ALAMAK TERLEBIH SUDAH!
Tiba-tiba rindu pulak dekat trademark tu. Hahaha. Apa-apa pun, tahniah untuk Stacy dan jentera-jenteranya yang lain. Bukan senang kan untuk seorang penyanyi kelahiran program realiti tv untuk dipandang tinggi. Tahniah kerana berada pada tahap sekarang. Pedulikan penyanyi-penyanyi hebat dekat sebelah anda. Pedulikan! Anda adalah anda. Stacy adalah Stacy!
Go baby go!

Rabu, 11 Mei 2011

AYAT DI SEBALIK FOTO

Assalamualaikum WBT..
Hye semua! (kau apahal? *tanya diri sendiri)

Perasan tak? Sebelum-sebelum ni kebanyakan entri blog ni mesti menyentuh perkara-perkara yang berkaitan dengan industri hiburan kan?? kan? kan? Angguklah! Kalau ada yang tak menyentuh pasal industri hiburan pun.. adalah sebutir dua. Okey2... kali ni kita lari sikit dari topik klise tu. Kita keluar sangkar kejap. 

Untuk entri yang ke-12 ni... saya cubalah okey.. saya cuba untuk 'menyelongkar' atau 'menyelam' dalam satu cabang seni yang ramai dah orang minat sekarang. FOTOGRAFI. Yelah.. cuba pergi jalan-jalan dekat mana-mana ; tepi jalan ke, rumah orang kahwin ke, apa ke... haruslah nampak golongan2 berseni tu memetik picu lensa. Amboi! Kadang-kadang tu yang tak pandai pasal benda2 tu pun buat2 paham... yelah! Orang ada duit nak beli kamera mahal2 tu! (sambil belek-belek jari).

Tak kiralah mahal ke apa ke... saya pasti, bagi mereka... kepuasan tu ada dekat tangga paling atas sekali. Saya sejujurnya kagum dengan mereka2 ni. Yelah. Bagi saya, seni fotografi ni lagi rumit dari seni penulisan novel atau seni penulisan puisi. Dalam seni penulisan ni, nyata2 setiap 'jiwa' tu dinyatakan dalam bentuk realiti (perkataan-perkataan). Seni fotografi pula cuma mengekspresikan 'jiwanya' hanya dalam sekeping gambar. Bagi yang faham, mereka tahulah kepuasannya bila dapat melihat satu hasil kerja yang begitu sempurna tu. Bagi yang kurang faham, pandang pun sipi-sipi je. Ceh!

Sebenarnya saya ni bukanlah jenis yang suka pekerjaan ni. Hahaha.. cakap je yo-yo-oo. Saya hanya minat untuk meneliti hasil-hasil kerja tu semua. Hanya suka mengembara dalam setiap foto yang mempunyai perkara-perkara tersirat tu. Untuk menghasilkan.. saya rasa kena ada minat yang bukan sedikit. Bukan minat yang hot-hot chicken's sh*t tu. Kena ada jiwa barulah menjadi. Betul tak photographer2 semua?? Setuju? 
~ Sila angkat tangan macam saya ~ Hahahaa


Sebenar-benarnya, saya tak adalah nak cerita pasal gadget ke, individu ke atau apa-apa ke. Saya hanya nak mata-mata anda dicuci sikit bila tengok dua keping foto dekat bawah ni. Untuk pengetahuan anda semua, dua keping foto ni pernah mendapat pengiktirafan di dunia dan dinobatkan sebagai foto terbaik. Foto terbaik dekat dunia okey. Bukan foto terbaik peringkat tadika. Ya, mungkin hanya sekeping gambar. Selalunya itulah penilaian pertama kita. Tetapi, sapa sangka yang setiap foto dekat bawah ni mempunyai maksud tersirat yang terlalu halus di belakangnya?? 
Tak payah bazirkan tenaga mengeja dan membaca anda... ayuh! Ayuh kita menenggelamkan diri kita dalam gambar-gambar dekat bawah ni!






Gambar yang pertama tu diiktiraf di 'WORLD PRESS PHOTO AWARDS'. Hasil kerjanya - imej seorang perempuan yang tidak mempunyai hidung - menyampaikan cerita yang tersirat. Bak kata seorang pengkritik gambar... gambar macam ini mungkin hanya boleh ada 10 je dalam dunia. Maknanya untuk menghasilkannya adalah sesuatu yang amat payah. Kita pandang sahaja gambar tu, macam-macam perkara yang akan melintasi fikiran kita. Jelas menunjukkan seperti wanita di dalam gambar tu mempunyai kisah hidup yang tragis / gelap. Nama perempuan tu... Bibi Aisha, 18 tahun. Dia lari dari rumah, lari dari suaminya dan menceritakan tentang penderitaan dia menghadapi keganasan rumah tangga. Hidung dan telinganya dipotong. Hebat kan cerita yang ada dekat belakang gambar ni?


Gambar yang kedua tu pulak... kejap2. Jelas tak? Kalau tak jelas, biar saya cerita. Gambar tu menunjukkan keadaan dekat atas bumbung. Ada seorang perempuan yang tengah buat pergerakan seperti 'menjerit' ke udara. Saya tak pasti anugerah apa yang foto ni dah menang. Tapi, yang saya ingat, saya pernah baca artikel mengenai gambar ni dekat surat khabar. Apa yang saya faham, gambar ni sebenarnya diambil ketika ada rusuhan. Perempuan yang tengah menjerit ke udara masa tu pulak tengah menjerit tentang mahukan keamanan. Betul tak? Maaf kalau saya silap. Tapi, serius, memang perempuan dalam gambar tu menjerit sebab dia nak luahkan sesuatu yang patriotik. Gambar ni jelas menunjukkan seperti pemberontakan perempuan tu. Serius... gambar ni memang mendalam maksudnya. 




Ada banyak lagi sebenarnya foto-foto terbaik yang ada dekat dalam dunia ni. Tak kiralah sama ada yang menerima pengiktirafan ataupun tidak. Tu hasil seni kan? Seni tu terlalu halus untuk dipertikaikan. Dalam negara ke luar negara ke.. asalkan ia adalah satu hasil yang mempunyai jiwa, kita akan anggap itu sebagai yang terbaik. Foto-foto macam ni, siapa sangka mampu memberi kita inspirasi hidup? Tinggal kita sahaja yang kena menyelusuri sesuatu inspirasi tu dengan hati yang bersungguh-sungguh. Pasti, hidup kita akan lebih baik dari semalam. 
PEACE... YAUW! 

Jumaat, 6 Mei 2011

AKU, KAU, MEREKA, KITA DAN PALESTIN

Assalamualaikum WBT

Pertama sekali saya ada beberapa permintaan:
  • Kandungan di bawah ini mungkin memerlukan bimbingan. Jadi kepada sesiapa yang berusia 13 tahun di bawah, bimbingan daripada ibu bapa amatlah digalakkan!
  • Pandang, baca dan teliti setiap isi entri ini dengan hati anda. Jika ini masanya untuk anda rasakan keinsafan, rasakannya sepanjang membaca entri ini. 



Saya tahu... Banyak dah orang memperkatakan tentang topik yang sama. PALESTIN. Sampaikan kita rasa kita dah muak, dah dapat agak dah apa yang akan ditaip. Tapi, untuk sekali ini, bacalah dengan hati yang ikhlas. Telitilah suara yang tak seberapa ini.




Bila kita tengok gambar-gambar dekat atas ni, mesti kita akan tersenyum kan? Bangga! Saya pun bangga! Inilah simbol Malaysia. Inilah apa yang ada dekat sekeliling kita sepanjang kita hidup. Kita merasakan inilah maksudnya kesempurnaan. Ada masanya jugak bila kita terasa sakit atau kecewa atau lain-lain perasaan, kita akan rasa bahawa kitalah orang yang paling malang sekali dalam dunia ni. Kita akan rasakan seperti inilah kesakitan yang paling pedih dan perit pernah kita rasakan.
Serius... saya sendiri mengakuinya. 

Tapi, untuk seketika... luangkan cebisan-cebisan saat dari 86400 saat milik kita untuk kita pandang menggunakan hati pada gambar-gambar dekat bawah ni.









KLIK PADA SETIAP GAMBAR UNTUK IMEJ YANG LEBIH JELAS

Klise? Dah pernah tengok? Ego? Dah terbiasa tengok darah? 

Boleh anda buang kesemua perspesi itu? Saya mohon. Buat seketika, ketika melihat gambar-gambar seperti ini, bayangkanlah yang situasi-situasi itu sebenarnya sedang berlaku di sebelah kita. Apa reaksi sebenar kita ketika itu?

Simpati? Kasihan? Sedih? Kesal?
Ya.. kita wajib merasakan itu. Setiap manusia normal, tidak kira sejahat mana pun anda, saya percaya dalam sekeping hati itu masih ada ruang untuk menempatkan perasaan-perasaan ini. 

Palestin bermandikan darah. Palestin berhujankan peluru. Palestin dibasahi air mata. Kita terbiasa mendengarnya. Kita sedar dan kita sedia maklum tentang hakikat tersebut. Sebabnya.. angkara manusia yang dijadikan alat oleh syaitan untuk melariskan tiket-tiket ke neraka. Kita melihatnya hari-hari di dalam kaca televisyen. Kita membacanya tiap-tiap hari dalam surat khabar.

Kasihan... ya, kita kasihan. Tetapi, sekejap je. Lepas tu kita buat macam biasa balik. Tak tahulah apa yang ada dekat fikiran kita masa tu. Mungkin kita simpati tetapi kita tak tau apa tanggungjawab kita ketika itu. 

Ok.. lepas ni, berjanji kepada diri anda. Saya pun berjanji sekali. Setiap kali kita makan nasi campur dekat restoran, setiap kali kita duduk dalam kelas sambil berborak-borak, setiap kali kita bengang ketika traffic jam... apa kata kita kenangkan KAWAN-KAWAN kita yang ada dekat sana tu. Kita ingat setiap penderitaan diaorang dengan penuh keinsafan dan rasa bersyukur. Sebabnya, kita dapat rasa keseronokan dekat sini. Sekurang-kurangnya kita ada kebahagiaan yang selalu menanti dalam mana-mana saat hidup kita. Tapi, mereka?? Percaya saya, lakukan ini secara berterusan. Itu lebih bermanfaat dari kita berkhayal tak tentu arah. Kita akan tunduk mengingatkan betapa sebenarnya kita bertuah sebab kita hanya diuji dengan dugaan yang kecil ni. Tak sebesar macam yang mereka lalui. 

Penutup untuk entri kecil ni... saya nak mintak sesuatu boleh??

Boleh anda luangkan seminit dua untuk menadah tangan sambil membaca doa-doa dekat bawah ni??




Amin Ya Rabbal Alamin...

Khamis, 5 Mei 2011

ALFABET "L" UNTUK : GLEE

Assalamualaikim WBT


Pembongak la kalau saya cakap yang drama bersiri muzikal-komedi ni tak menjadi satu fenomena. Atau dalam bahasa lainnya dia macam sampah dekat tepi jalan yang orang lain tak pandang. Gila! Siapa yang mengaku macam tu?!

Sememangnya, fenomena yang tercetus di kalangan GLEEKS ni memang hebat. Susah untuk sesebuah drama bersiri tu diminati kan? Mungkin jalan ceritanya agak tipikal, tapi kenyataannya, tipikal tulah yang menjadi selera penonton-penonton semua. Adunan komedinya yang halus, teknik kameranya yang kreatif - seperti kita sedang melihat dengan mata kita sendiri - lagu-lagu yang gempak. Semua elemennya menjadi adunan yang sebati di bawah satu drama bersiri.

Saya tak minat untuk ulas mengenai keseluruhan cerita ni. Sebab saya tahu, ramai dah orang yang membuat ulasan mengenainya. Topiknya sama. Bercakap mengenai coach yang antagonis dan psiko... bercakap mengenai pelajar-pelajar yang join kelab Glee... bercakap mengenai kehebatan suara Rachel dan Mercedes...

Saya hanya kongsikan di sini atau cadangkan beberapa lagu yang dipetik daripada siri ini yang menjadi kegemaran saya. Semua video tersebut diikuti dengan ulasan2 kecil. Enjoy!



"BABY"

Sejujurnya, saya bukanlah tergolong dalam orang2 yang terkena BIEBER FEVER. Tapi, cara nyanyian Sam dalam video ni betul-betul membuatkan saya enjoy melayan. Serius. Pengakuannya, saya lagi suka versi ni daripada yang asal. Relaks. Bersahaja. Tak perlu nak bagi boom... tapi cukup untuk saya terpukau dengan kesempurnaannya. Ada yang kata Sam was better than Bieber. Ada pulak yang kata sebaliknya. Terpulang.. itu hak individu. Tapi, untuk saya, yang ni lagi best dari versi asal. Bibir Sam.. hahaha. Kalau Angelina Jolie memegang gelaran 'bibir wanita paling seksi.' Sam atau nama betulnya.. Chord Overstreet pulak mungkin pemilik gelaran 'bibir lelaki paling seksi.' Hahahahaha... forget it. Saya bukan gay!


"TEENAGE DREAM"


Jujur saya cakap... saya dah pahatkan satu pemikiran di dalam otak saya ni. Sesiapa yang cuba nyanyi kembali lagu Katy Perry, awal2 saya menolak untuk mendengar. Sebabnya, saya adalah salah seorang peminat besar penyanyi ini dan tak mungkin wujud mana-mana penyanyi dekat dunia seni ni yang mampu untuk menandingi dia. Tetapi, sejurus saya menonton video ini di Youtube, saya terpaksa mengakui yang versi ini bagus jugak. Hahahaha... saya cakap macam tu mungkin sebab dalam sebahagian otak saya, saya masih berpegang dengan pendirian bahawa Katy Perry tak boleh difotokopi. 'Teenage Dream' versi Darren Criss dibantu oleh kumpulan koir kat belakang tu memang satu persembahan yang membuatkan saya teruja untuk menontonnya sehingga ke akhir. Energetic yang tersendiri.


"I Want To Hold Your Hand"

OMG! Anda lihat ekspresi wajah Kurt? Sungguh jujur, kan? Mata dia melambangkan kesayuan hati dia ketika menyanyikan lagu tu. Muka dia merah macam dia sedang menahan tangisan yang amat sangat. Sambil itu, diselang-selikan dengan memori dia masa dengan ayah dia. Huh, yang ni barulah boleh dikatakan ada rasa!


 

"JOURNEY'S MEDLEY"


Ini pun merupakan antara muzik video yang tersenarai dalam "video wajib tengok" saya. Serius, saya tak pernah dengar pun sebelum-sebelum ni lagu-lagu dari kumpulan Journey. Ya! Termasuk dengan 'Don't Stop Believing' tu. Menonton video ini, saya seperti dibawa mengembara di atas satu kertas graf. Rentaknya bermula dengan perlahan, perlahan lagi, kemudian semakin naik dan naik sehingga ke penghujungnya BOOM! Mereka seperti meraikan kejayaan walaupun masa tu diaorang tak juara. Persembahan tu seperti jawapan untuk soalan-soalan sinikal daripada orang-orang yang pandang rendah dekat kelab Glee. Menunjukkan yang kelab Glee bukan kelab yang boleh nak diperbodohkan. Tengok, sekarang mereka berdiri di atas pentas sambil bernyanyi dengan gahnya. Serius, meremang bulu roma sepanjang menonton video ni. Hebat! Puas hati!




"FORGET YOU"


OMG! OMG! Wow! Mula-mula sekali saya nak buat kenyataan. Ini antara lagu dalam siri Glee yang menjadi 'kegilaan' saya. Entahlah... masa mula-mula dengar lagu yang asalnya dinyanyikan oleh Cee Lo Green ni, saya tak suka sangat dengan lagu ni. Dengar-dengar macam tu je lah. Tapi, masa saya jumpa lagu ni dekat Youtube dulu, terus saya nak dengar berkali-kali. Bagi saya, inilah maksudnya SEMPURNA. Saya paling suka masa part;

Now baby, baby, baby why'd you wanna, wanna hurt me so bad 
(so bad, so bad, so bad)
I tried to tell my momma but she told me this is one for your dad 
(your dad, your dad)
Yes she did
(Yes she did)

(Ooh) WHY??!
(Ooh) WHY??????!!!!!
(Ooh) WHY??? BABY BABY???
(Ooh!) I love you! I still do! oo ooo ooo 
Lagu ni jadi hebat dekat part nilah. Gila! Bapak best! humor yang dia sampaikan dalam satu bentuk yang berlainan. Oh, memang hebat dan layan gila.


Saya tahu yang banyak lagi lagu-lagu yang terdapat dalam siri ni. Dan saya jugak percaya yang lagu-lagu tu semuanya best. Takkan saya nak tunjukkan semua. Ini sebahagian sahaja. Kalau nak, searching dekat Youtube... Glee seperti merupakan satu 'item' yang menyempurnakan lagu-lagu yang pernah kita dengar sebelum ni. Macam saya... ada di antara lagu-lagu tu tak menjadi kesukaan saya bila saya mendengar versi asalnya. Tapi, bila dinyanyikan kembali oleh Glee, saya terus menyenaraikan lagu-lagu tersebut di dalam senarai MP3 saya.