Ahad, 26 Jun 2011

PENULIS DI MESIN TAIP SKRIP

Assalamualaikum WBT. Selamat ya semua!

Selepas berbulan-bulan berfikir tambah nak kumpul 'bahan-bahannya,' detik ni barulah saya rasa cukup bersedia untuk menulis mengenai entri ni. 

Mungkin ada yang dah baca semua entri sebelum ni, agak pelik. Kenapa entri pasal kehidupan si penaip blog ni tak ada pun. Hahahaha... sebenarnya, bagi saya, untuk meng'entri'kan benda-benda macam tu, saya perlukan masa yang agak panjang untuk berfikir dan berfikir. Takkan nak taip benda-benda macam tu tanpa feel kan? Tak layan lah macam tu.

Berdepan dengan masa yang tak pernah cukup dek tuntutan sebagai seorang PELAJAR SEKOLAH yg kadang-kadang mengganggu jugak. Digoda dengan lambakan novel2 yang macam memanggil-manggil. Desakan si keyboard dan tetikus untuk membuka FB dan Twitter. Kesemuanya jadi sebab kenapa saya tak sempat nak buat entri yang best2.. termasuk jugak la yang kali ni..

Lalu anda pun tertanya-tanya.
Apakah kebendanya 'MESIN TAIP SKRIP' ni? Apa tema dan persoalannya? Apa metaforanya?
Hahahaha
Yang dah tahu itu, anda boleh senyum sekarang.


Mengenali perkataan "KAWAN" pada usia yang terlalu muda, saya percaya masa zaman hingusan tu ramai yang memandang remeh pada elemen yang satu ni. Kawan bagi kita pada masa tu hanya orang yang akan duduk sebelah kita time rehat dan orang yang akan main kejar-kejar dengan kita. Mudah kan? Bak istilah sejarah, simple society la.

Tapi, melewati usia yang makin bertambah saat demi saat, kita mula belajar subjek KEHIDUPAN sedikit demi sedikit. Mana yang hitam, mana yang putih, mula kita tahu. 

Serius, pada usia sekarang... sekali saya mainkan video-video lepas, saya mula belajar mana yang duduk kanan dan mana yang duduk kiri. Sama ada akan kata ya atau tidak, kita akan tahu mana kawan kita bila kita berdepan dengan dugaan-dugaan hidup. Setuju? Kalau saya, saya kata 'ya.' Tak ada kompromi lagi!

Sepanjang mendekati angka ke 18... saya berbangga sebab saya diberi peluang untuk berjumpa dengan mereka-mereka ini. Ramai agaknya yang perasan saya ni ramai kawan perempuan. Hahaha.. saya tak ada jawapan untuk tu. Dah ditulis dekat dalam fakta Loh Mahfuz agaknya. 

Jadi, daripada membebel tak tentu arah macam mak-mak, jadi "selamat datang ke perkhidmatan cuci mata."


  
Ros Idayu
Nur Aria Firdiana
Syahidatul Hidayah


Masih ingat dan segar lagi memori 'kami and the scriptwriter.' Siapa tahu, mungkin masa tu kami hampir2 nak menoktahkan keseluruhannya. Tapi, sebenarnya detik tu lah permulaan untuk segala-galanya. Saat tu lah baru kami melalui satu sisi yang sangat2 gula walaupun relitinya pahit. Sumpah! Masa tu saya terus tersedar yang mereka2 ni adalah kawan yang sebenar-benarnya kawan. Lambakkanlah jutaan sekali pun orang dekat sekeliling saya ketika itu. Saya tetap akan kata mereka inilah sebenarnya yang terbaik! 

Ayu, Eya dan Syai
Kami and the scriptwriter selama2nya la woi!

 Fatihah Elias

 Hahaha... sepupu terbaik saya lah ni! Semua yang berkenaan dengan fon genggam, hahaha, semuanya jadi satu pakatan rahsia. Dia antara kawan yang terbaik. Penyelesai masalah yang best. Pembawak masalah yg best jugak. Superwoman selama-lamanya lah. Sentiasa akan cakap 'ya' untuk setiap kata-kata saya, itu antara perkara yang enjoy bila anda duduk di sebelah dia. 

Teha
Ahli perjanjian sampai mati!




Faizal Baharin
Shazwan Harris

Maaf la.. Saya tak ada gambar2 mereka ini. Karang takut merobohkan hak privasi kan? Hahaha.. Ye, sekurang-kurangnya inilah antara kawan lelaki saya tak pernah lost contact

Faizal, hmm.. best la bila bercakap dengan dia. Dia akan buat masalah hilang bukan dengan nasihat, tapi dengan gelak. Kawan mengutuk jugak. Hahaha, kalau orang tak kenal mungkin akan anggap dia bisa dengan kata-kata. Tapi, scan la dulu woi! 

Shazwan... kawan baik saya sejak dari darjah 1. Lama kan? Hahaha. Bagi saya, dia yang mula-mula jadi kawan baik saya. Sampai sekarang, tak putus hubungan. Kawan yang paling tak poyo, paling tak lupa diri dan paling menenangkan. Cool, wei!




Intan 5 2010


Siapa sangkakan? Orang yang kita kenal sejak dari tingkatan satu boleh jadi kawan paling akrab masa dah tingkatan empat atau lima. Setuju? Hidup dalam satu kelas dalam satu tempoh masa yang agak panjang, menyebabkan hubungan kami semua begitu akrab macam adik-beradik. Yes, berbilang kaum kan? Buat hal sama-sama.. komplot tak nak belajar add math sama-sama.. buat drma pentas sama-sama. Apa-apa pun, Intan 5 tetap yang terbaik!





5 Pintar


Mengenali mereka semua dalam satu jangka masa yang sangat singkat, siapa tahu kan? Detik yang kita anggap sebagai satu pengakhiran sebenarnya dah mendorong kita pada satu permulaan yang sangat tak membosankan. Ya, singkat sangat. Tapi, sejujurnya dalam tempoh itulah saya rasakan seperti di dalam satu rumah, bukan kelas. Ada garam, ada gula. Sempurna... walaupun saya 'budak baru' dekat situ. Mengenali mereka adalah antara perkara terhebat dalam hidup saya. 

Bila kita imbau masa silam kita, sebenarnya, hidup kita ini tak akan sempurna kalau tak ada kawan. Sebab apa? Jantung kita ada jawapannya sendiri. Sama ada kalau kita perlukan mereka untuk menjadi telinga ataupun kita anggap mereka sebagai kamus. Mungkin orang kedua yang akan kita ingat dalam otak bila kita ada masalah selepas keluarga, adalah kawan kita. 


Dengan kawan, kita belajar seronok. Dengan kawan, kita belajar sedih dan marah. Tengok? Kan tak sempurna hidup kita kalau tak ada semua tu?


Waktu sekarang di mana lepas-lepas SPM ni, percayalah adik-adik, (ceh)... masa nilah kita akan menyesal sebab kita tak enjoy zaman sekolah betul-betul. Masa nilah baru kita menyesal sebab kita selalu rasa nak ponteng sekolah je dulu. Masa nilah kita menyesal sebab kita tak hargai KAWAN kita. 


Jadi, sebelum terlambatlah kan (apehal aku ni?)...
Pada semua yang pernah bergelar KAWAN, sila sedarkan diri anda dan ingat dalam otak selalu!! 

"Aku akan menyesal seumur hidup kalau aku tak jumpa kau orang! Dan terima kasih kerana menjadi PENULIS DI MESIN TAIP SKRIP aku."

Hahahaha...


Rabu, 15 Jun 2011

KISAH "KARAK : LALUAN PUAKA"

Assalamualaikum WBT. Pak Cik, cendol satu...


Tahu dan sedia tahu! Mesti ramai yang dah buat entri pasal filem ni. Ada yang kutuk... ada yang suka. Tapi, untuk entri kali ni, saya ingin menyatakan betapa besarnya jantung saya untuk mengangkat ibu jari kepada filem seram arahan Yusry Abd. Halim ini. 


Bermula dengan perancangan untuk menonton filem lain... semuanya tergendala disebabkan masa yang 'cemburu buta'! (uish) Sejujurnya apa yang dilakukan, segala bengang hari tu bagi saya berbaloi.


Awal-awal lagi saya nak kata, saya tahu ramai sangat yang kutuk filem-filem Malaysia. Terutama yang bergenre seram atau aksi. Orang-orang yang hanya tau menilai buku hanya dengan kulitnya. Ceh. Come on lah.. Seni sesuatu yang luas dan terlalu halus untuk dipertikaikan ok? Tak semestinya hasil seni dalam negera kita ni adalah sesuatu yang skeptikal je. Tinggal kita je yang perlu menilai sesuatu tu dengan lebih terbuka.


KARAK membawa sesuatu yang kebanyakan cerita seram di Malaysia tak bawa. Tagline 'pengalaman benar dari mata saksi' tu memang cukup berkesan. Diadaptasikan sehingga saya percaya 100 peratus. Saya tak menafikan kisah makhluk-makhluk halus ni. Mereka pun antara penghuni dunia kan? Karak beri saya kesedaran yang lebih mencengkam mengenai kewujudan makhluk-makhluk halus. Tak payah nak lenguhkan mata.. jom layan sebahagian babak dalam filem ni.









Babak yang ada polis tu adalah babak yang paling seram dan efektif. Serius. Dialog "keluar dari kereta dan jangan toleh ke belakang!" terngiang-ngiang sampai sekarang. Hahahha..

Babak di mana Cik Sheera Aiyob nak baca Ayat Kursi tu pun antara babak yang paling saya terasa. Dia cuba berapa kali pun, dia tak kan dapat nak sebut ayat terakhir surah tu. Dan, apa yang dia lakukan iaitu membaca terjemahan Ayat Kursi buat bulu tengkuk saya meremang hinggakan saya ikut sekali apa yang dia baca. Serius, efek dia sampai sahaja dekat rumah, terus cari dalam buku terjemahan Ayat Kursi. Bagus gila! Dia memang pelakon baru yang sangat berbakat! Well... saya bagi Mrs Zahiril Adzim ni 5 bintang untuk babak tu.


Sesungguhnya, saya tak berani kata ini adalah FILEM SERAM TERBAIK. Ya. Tapi, mesej keagamaan dia benar-benar kuat jika nak dibandingkan dengan mesej-mesej keagamaan dari filem-filem seram yang lain. Benar. Cerita ini memberi kesedaran dalam satu cara yang di luar kotak. 

*Pengarah-pengarah yang nak mengarahkan filem seram lepas ni, saya sarankan ambik jalan cerita dari kisah benar! hahahaha

Sabtu, 4 Jun 2011

"FIKIRKAN KAMU : BILA AKU DENGAN DIA"

Assalamualaikum WBT! Salam kesejahteraan (wah)! Hoi!


Bila mata anda dok jeling-jeling dekat tajuk entri ni... hentikanlah! Maaf okey! Ini bukan nak cerita pasal "apa tu cinta?" atau "aku jatuh cinta hari ni." Tidak! Bukan itu! Hahahaha...


Saya hanya ingin berkongsi dengan mata dan telinga anda... satu video yang saya jumpa dah lama dulu dekat laman YouTube. Video apa???


Prolognya... video ini adalah suntingan daripada video muzik "Thinking Of You." Lagu yang dinyanyikan oleh penghibur luar negara yang paling saya minat - saya pilih dia berbanding Lady Gaga, Rihanna atau Britney Spears - iaitu KATY PERRY!!


"Thinking Of You".... hmmm... siapa yang pernah dengar lagu ini? Untuk saya, lagu ini mempunyai nilai emosi dia yang tersendiri. Saya 'jatuh hati' dengan lagu ni sebaik sahaja saya menonton video muziknya yang sangat-sangat.... uh.. susah nak cakap. Senang cerita, emosi tahap Burj Khalifa Dubai la. 


Saya bermurah hati untuk menterjemahkan video klip yang dah diedit - yang saya nak anda semua tonton ni - dekat bawah ni.

Ia mengisahkan heroinnya teringatkan kekasih lama dia walaupun dia dah bersama dengan orang lain. Hero yang dia ingatkan tu sebenarnya dah terkorban dalam perang.

Saya tertarik dengan setiap apa yang ada dalam video muzik ni. Sedetik pun saya tak larikan mata saya dari tengok skrin. Saya sukakan suasana retro atau klasik yang menjadi tema untuk video muzik ini. Suasana itu awal-awal lagi digenggam masa mula-mula video ini. Kemudian ada babak di mana hero dan heroinnya menari. Bagi saya, ianya seperti pelengkap untuk video ini. 


Suasana suram cinta agung dapat saya rasakan sepanjang menontonnya. Sehinggakan saya rasa yang Katy Perry dan Matt Dallas betul-betul loving couple. Muzik instrumental tanpa suara pada permulaannya juga turut meninggalkan kesan yang tersendiri.

Seterusnya, Katy Perry juga antara item yang menampakkan video muzik ini seperti satu kisah cinta agung yang sedih. Apa sahaja yang dia buat dengan suami baru dia... dia pasti akan terbayangkan kekasih lamanya. Dia tak jujur bila bersama dengan suami dia sebab cinta dia dekat kekasih lama dia terlalu kuat. Cuba lihat ekspresi wajah Katy Perry masa lepas menari tu. Saat Matt Dallas perlahan-lahan lepaskan tangan sebab dia kena kembali bertugas sebagai askar. Dia macam tahu yang detik itu adalah detik terakhir dia melihat wajah kekasih dia tu. Wow.. emosi kan? Betul tak Hawa-Hawa semua? 

Letakkan diri anda pada tempat Katy Perry di dalam video muzik ini. 

Sejujurnya, wujud tak walau satu mililiter perasaan sayang untuk orang yang pernah bersama dengan kita bila kita dah bersama dengan orang lain? Ada tak walau seinci ruang dalam otak kita untuk simpan memori kita dengan orang tu dulu? Hahaha... janganlah 'touch screen.'

Tak kira apa pun, walau kita pernah merasakan detik paling pahit dalam hidup kita sebab kehilangan orang yang paling kita sayang, percaya cakap saya. Teruskan sahaja melangkah. Yakin bahawa itu hanyalah muka surat pertama kamus hidup kita. 
GO BABY GO!