Selasa, 29 Mac 2011

Ringgit Seorang Penghibur : SUDIRMAN

Assalamualaikum WBT...

Ok.. untuk entri yg seterusnya ni saya nak sampaikan APRESIASI kepada seorang INSPIRASI dalam dunia hiburan tanah air. Siapa2? jeng2!!


SUDIRMAN HAJI ARSHAD...
Siapa yg tak kenal dia boleh pergi masuk tadika balik...
Bagi saya, dia ONE AND ONLY penghibur. Ok... tak akan ada seorang pun daripada lambakan penyanyi2 sekarang yg boleh duduk dalam 'KELAS' dia... Mungkin ada yang kata SUDIRMAN sama dengan P. RAMLEE. Ada jugak yang kata dia sama dengan SITI NURHALIZA. Tak kisahlah. Pandangan saya, ketiga2 ikon ni ada keistimewaan masing2. jadi, tak boleh disamakan. P Ramlee adalah P Ramlee. Siti adalah Siti. Dan Sudirman adalah Sudirman.

Dulu, masa kecik istilah 'penghibur' tu selalu saya dengar. Fikiran masa tu anggap yang gelaran tu boleh dibagi dekat sapa2 pun. Walau siapa pun orang tu, dia boleh digelar penghibur kalau nak. Tapi, bila dah meniti hari-hari tua ni (haha)... saya tau yang istilah tu terlalu mahal untuk digunakan. Sudirman bagi saya adalah orang yang sememangnya layak untuk gelaran tu. Yes, Sudirman adalah seorang PENGHIBUR.


PENGHIBUR NOMBOR SATU MALAYSIA
PENGHIBUR MILIK RAKYAT
IKON
ELVIS MALAYSIA

Gelaran2 dekat atas ni adalah antara yg selalu dilabelkan untuk lelaki yang ketinggiannya hanya 147 cm ini. So, bila baca balik pengiktirafan2 dekat atas ni, berdiri jugak kan bulu roma. Kita akan tanya dekat hati kita, merayu2 mintak jawapan. Agak2nya apa yang menyebabkan Sudirman diangkat sampai macam tu sekali. Satu yang pasti, dia bukan calang-calang punya anak seni.

Untuk pelengkapnya.. ni bio dia sikit..
Sudirman merupakan anak kelahiran negeri Pahang. Dilahirkan pada tarikh 25 Mei 1954. Dari apa yang saya baca, dia pun bukanlah orang kaya2. Sederhana. Daripada dulu lagi, apa yang saya kagum adalah dia merupakan seorang peguam pada dasarnya!


Dia penyanyi. Dia pelakon. Dia penggubah lagu. Dia kartunis. Dia usahawan. Dia penulis buku kanak2. Ni semua pekerjaannya termasuk dengan peguam tu.


Sampai sekarang saya yakin yang semua orang masih lagi mendengar lagu2 dia dekat radio, melihat dia di televisyen, Youtube. Sampai sekarang, walaupun dia dah tak ada, lagu2 dia tetap ada dengan jiwa rakyat2 Malaysia. Hmm.. Kesayangan rakyat, kan?


Balik Kampung, Mat Disko, Hoore-Hoore, Ayah dan Ibu, Warisan, Salam Terakhir, Milik Siapakah Gadis Ini..
Semua ni beberapa sahaja lagu2 dia daripada 168 buah lagu. Kalau kita dengar balik lagu2 ni, sampai sekarang lagu2 tu akan menyusup sampai ke darah kan? Lagu2 Sudirman berkait rapat dengan kehidupan orang2 biasa. Lagu dia ada yang untuk budak sekolah, jururawat, penganggur n banyak lagi. Terlalu banyak untuk disenaraikan.

KONSERT CHOW KIT ROAD
Untuk siapa yang pernah berada pada zaman tu mesti konsert ni antara momen paling besar, kan? 16 April 1986 menjadi satu peristiwa bersejarah. Sudirman menghimpunkan ribuan rakyat dekat sebatang jalan semata-mata untuk menonton Sudirman menyanyi tanpa perlu beratur membeli tiket. Free! Saya pernah tengok sedutan daripada konsert ini dekat tv dulu. Saya lihat bagaimana gahnya Sudirman berdiri di atas kren sambil menyanyi. Wow... saya pasti konsert ni adalah antara konsert terbaik yang pernah diadakan di Malaysia. Ini menunjukkan betapa Sudirman ingin mengatakan TERIMA KASIH kepada mereka2 yg selama ini menyokong dia. Menaikkan dia tinggi2. Jadi, tahniah Malaysia!


BEST ASIA'S PERFORMER
Satu lagi sejarah yang simbolik kepada lelaki ini adalah kejayaan Sudirman di Royal Albert Hall, London pada tarikh 19 Mac 1989, kira2 tiga tahun selepas sejarah Konsert Chow Kit Road. Satu pengiktirafan untuk seorang anak Malaysia. Saya tak ingat bila, saya menonton dokumentari Sudirman di tv. Menceritakan bagaimana kejayaan itu menjadi satu kebanggaan, malah disebut2 sampai sekarang. Sudirman bertanding dengan 8 lagi peserta lain dari seluruh Asia. Bayangkan, dia menewaskan Leslie Chung dari Hong Kong di mana penyanyi tu antara saingan hebat dan paling dikenali. Dia juga tewaskan Kuh Ledesma dari Filipina yang masa tu memukau satu dewan dengan nyanyiannya. Dia tewaskan Anita Sarawak dari Singapura. Sudirman kalahkan semua melalui dua persembahan dia. Pertama, persembahan 'Charlie Chaplin' dengan lagu Send In The Clown. Dan, yang kedua lagu One Thousand Million Smiles, lagu yang dicipta khas untuk pertandingan tu. Akhirnya, kita akan perasan, betapa lega dan betapa bangganya Sudirman bila nama dia disebut sebagai pemenang anugerah tu. Hei.. anak Malaysia tu!

Fuhh... terlalu 'titanic' kan kejayaan2 Sudirman.

Susah nak cari seseorang seperti dia. Saya sebagai pemerhati, susah nak cari atau mustahil untuk jumpa penyanyi2 zaman sekarang yang mampu memberi impak sehebat lelaki ni. Dia datang untuk menghibur. Setiap lagu2 dia melekat dekat telinga bertahun2. Kehebatan dia melangkaui luar batasan Malaysia. Jauh... sampai ke Asia.


Saya agak terkilan kerana dia meninggal dunia setahun je sebelum tahun kelahiran saya. Tapi, yalah kan? Tuhan dah tulis, Sudirman hanya akan dipinjamkan seketika sahaja. Ya, seketika yang akan kita kenang sampai bila2. Identiti dia; menyanyi dengan memakai baju bendera panjang, hembusan lighter, semua tu masih lagi akan ada dekat dalam kotak ingatan kita.

Untuk penutupnya.. saya tinggalkan anda dengan lagu yang bagi saya adalah lagu yang penuh dengan elemen seorang penghibur. So... enjoy


"Walau apa pun yang terjadi, bagi Sudir, perjuangan Sudir dalam bidang seni tiada noktahnya. Selagi nadi ini masih berdenyut, selagi peminat masih meminati Sudir, selama itulah Sudir berjuang dalam dunia hiburan..."
Sudirman Haji Arshad


SUDIRMAN HAJI ARSHAD
25 MEI 1954 - 22 FEBRUARI 1992
AL-FATIHAH

Khamis, 17 Mac 2011

NASKHAH "BULAN BERBISIK"

Assalamualaikum..
Novel? Lelaki?
hmm.. dua item yang jarang sekali mahu 'bercantum.' Macam minyak dengan air. Saya akui yg saya adalah 'NOVELHOLIC.' Ye, saya suka gile baca novel. Saya tak ingat bila pertama kali saya membaca novel, mungkin terlalu muda. Tapi, apa yang saya ingat masa kecik  saya banyak membaca novel2 terjemahan dari Enid Blyton. Mungkin bermula dari situ minat saya membaca novel bermula. Believe it or not, saya mula membaca novel cinta serius ketika berumur 11 tahun, iaitu masa saya berada di darjah lima. Ingat lagi, tajuk novel tu Tak Semanis Impian oleh Sharifah Abu Salem. Haha.. statement. Bermula dari situ sampai ke hari ini, saya dah baca hampir 200 novel la jugak. Ya, mungkin novelholic dkt rumah ni dah membelanjakan hampir RM2000 semata-mata untuk novel je. Jumlah ni maybe kurang kalau nak dibandingkan dengan novelholic yang lain. Saya percaya jumlahnya lebih lagi. Biaselah tu.

BULAN BERBISIK
Mungkin ada yang sudah mengenali novel ini. Bagi yang tak tau, novel ini hasil karya novelis Samsiah Mohd Nor dan diterbitkan oleh Alaf 21. Novel yang saya beli dkt sekolah ketika saya di Tingkatan 3. Saya beli di pusat sumber. Hmm.. actually masa tu saya tak adelah nak beli novel sangat. Yelah, tahun PMR. At last, saya beli. Saya balik, baca novel ini dari mula hingga ke muka surat terakhir. Penilaian saya yang pertama masa tu, BIASA. Ya, masa tu saya labelkan novel ini di tahap biasa-biasa je.

Saya tak tahu sebab apa. Beberapa masa kemudian, mungkin 5 ke 6 bulan lepas saya baca tu, saya tergerak nak baca balik novel ni. Saya baca berulang-ulang kali sampai ke hari ni. Dan, novel ni menjadi satu-satunya novel yang saya baca berulang-ulang kali. Peliknya, setiap kali saya baca, feelnya masih lagi sama mcm yg sebelum2nya. Langsung tak berubah. Makin saya baca, makin saya kagum. Sekarang, kulit dia pun dah koyak sana, terlipat sini. Apa kehebatan novel MELAYU yang satu ni?


Saya terangkan secara ringkas sinopsisnya.
Novel ini membawa kita menyelusuri perjuangan dua orang wanita; KHADIJAH BINTI MUHAMMAD dan WONG AI LEEN @ AIMA ADAWIYAH BINTI ABDULLAH. Kisah kedua-duanya diceritakan secara berselang seli, yang kemudiannya dicantumkan di pertengahan jalan cerita. Khadijah, seorang isteri yang terlalu setia, satu hari telah melakukan kesalahan. Dia dengan tanpa sengaja telah membaca emel2 suaminya, Khaled yg ditujukan kepada seorang pelajarnya bernama Aima. Aima Adawiyah, seorang mualaf yang masih meneroka Islam, diminati pensyarahnya yang sudah pun berkahwin. Kesedihan dan keperitan seorang isteri yang setia bila dia dicurangi dalam diam menjadikan Khadijah seorang wanita yang sentiasa bersulam dengan lara. Dan, di akhir-akhir, dia temui kekuatan ketika berada di Makkah.

Sehingga sekarang, saya rasa, ini adalah novel terbaik yang saya pernah baca sepanjang 18 tahun ini. Kenapa?

Pertamanya, saya tertarik dengan gaya penulisan Samsiah Mohd. Nor (NOW I'M A BIGGEST FAN OF HER) yang seakan-akan berpuisi dalam ayat-ayatnya. Ketika membaca naskhah ini, adakalanya saya rasa seperti saya jauh ke atas langit. Adakalanya saya rasa seperti terjunam ke perut bumi. Hinggakan sampai ke tahap saya berfikir, kalau satu hari nanti saya menjadi novelis, saya mahu menjadi seperti Samsiah Mohd Nor dalam Bulan Berbisik.

Dia gambarkan kesedihan Khadijah hinggakan saya yang lelaki ni, dapat rasa apa yang watak ni rasa. And, buat pertama kalinya, Khadijah adalah satu-satunya watak utama yang mampu membuatkan bibir saya berkata "wow." Watak ni tak tipikal macam watak-watak novel yang lain. Yelah, terlalu baik, cantik & ape2 je lah. Jujur dan tak hipokrit. Dia menangis, dia berhak kan? Dia sakit, dia berhak kan? Dia kecewa, dia berhak kan? Sebab didorong kesakitan tu, dia jadi lupa sekejap. Dia mencerca kedunguan suaminya. Dia terlalu berlara. Saya kagum bila dia temukan kekuatan yang sebenar ketika dia Makkah. Di situ,dia mohon ampun. Di situ dia temui ketabahan.

Mengenai Wong Ai Leen. Anak Cina yang dibesarkan di perkampungan Melayu. Dia kenali Andak Rabiah. Dia terpesona dengan keindahan syair Rabiah Al- Adawiyah (seorang tokoh Islam) yang selalu dibacakan oleh Andak Rabiah. Di situlah keinginannya timbul untuk memeluk Islam. Lalu, bila dewasa dia menjadi Aima Adawiyah. Dia bukan antagonis di dalam cerita ini. Dia bukan racun yang merosakkan Khadijah. Dia hanya terjerat dalam ayat-ayat romeo si Khaled.

Sepanjang novel ni, saya membaca pelbagai ragam dunia di mata novelis. Isu kekeluargaan yang kuat. Isu politik luar dan dalam sedikit. Isu bencana alam yang menginsafkan Khadijah. Isu talam 2 muka yg sememangnya wujud di sekeliling kita (Norina). Isu 'haruan makan anak' (Keluarga Syafikah). Krisis Khadijah dengan ibu mertuanya, Rokiah yang terlalu memandang pangkat. Macam2. Saya rasakan seperti mengembara di dlm satu perjalanan yg jauh bila membaca novel setebal 493 muka surat ini.

Saya terlalu mengagumi novel ini. Mengubah pandangan saya dengan fakta bahawa CINTA KEPADA ALLAH adalah segala-galanya. Saya susah untuk berasa sayu bila membaca mana2 novel. Tetapi, novel ni... tak perlulah nak dipertikaikan oleh saya lagi. Sayu bila digambarkan bagaimana Khadijah termuntah bila membaca ayat2 suaminya kepada Aima. "MENGAPA KAU HADIR TERKEMUDIAN?" Sayu bila Khadijah melihat bucu Kaabah sedikit demi sedikit. Sayu bila part Khadijah mengadu dekat emaknya.

Saya ingat lagi, masa dekat sekolah dulu. Ketika Minggu Pusat Sumber berlangsung, turut diadakan pertandingan Bicara Buku (mengkaji sesebuah buku then menerangkannya dalam bentuk lisan kepada juri). Saya jadikan Bulan Berbisik sebagai pilihan saya. At last, saya jd juara disebabkan persembahan saya tu... hehehe...

Sekarang, jelas terbukti yang Malaysia jugak mampu untuk melahirkan bahan sastera yang bermutu. Bukan Samsiah Mohd. Nor saje, tapi ramai lagi novelis yang lain. Saya sendiri merasakan yg karya kita jauh lebih baik dari karya luar. Kepada sesiapa yang terlalu mengagung2kan karya daripada luar dan merendah2kan karya2 dari dalam Malaysia, please... tolong bukak mata luas2. 

Apa yang menjadikan novel ini sebagai inspirasi kepada saya adalah saya jadikan naskah ini sebagai pembakar semangat untuk saya menghasilkan novel pada satu hari nanti. Yes, NOVELIS adalah salah satu drpd cita2 saya. 

Last sekali... saya selalu dengar ayat ni.. dan saya nak ulang..
DON'T JUDGE A BOOK BY IT'S COVER YEAH

Selasa, 15 Mac 2011

BABAK SATU

MUHAMMAD FAIZ BIN MD NASIR
10 OKTOBER 1993

Assalamualaikum..
ok... first of all.. imma new blogger here.. so.. amatur la nie... 
nama penuh saya macam yang dah tercatat dekat atas ni.. so.. anda boleh panggil saya dengan nama  Faiz @ Aih..18 tahun (teen)..
Tak payahlah nak intro berjela2 pasal si penulis blog ni  ok.. yg lebih diutamakan adalah intro untuk blog ni.. 

...dari lensa faiz
hmm.. mungkin ada yang dah terjuih.. yelah.. dalam dunia 'maya' ni pun dah ada berjuta blog dah.. jadi dengan kewujudan satu je  blog lagi.. dah ada dah yang menjangkakan apa yang blog ni akan 'katakan.' 
Terpulang.. setiap orang ada pandangan kan? 

Kembali kpd landasan : intro untuk blog ini..
Blog ini cuma akan mengatakan sesuatu yang terjadi di sekeliling saya, yang saya lihat berdasarkan lensa saya. Sesuatu yang boleh saya gelarkan sebagai INSPIRASI. Yeah, INSPIRASI... sesuatu yang boleh dijadikan 'penunjuk arah' untuk kita meniti nafas2 yang akan datang dengan lebih bermakna lagi. Sesuatu itu boleh menjadi PERISTIWA, MANUSIA, BUKU, atau apa sahaja. Saya lebih gemar untuk memuji daripada mengkritik. Jadi, insyaALLAH, anda tidak akan terjumpa kata2 kesat yang mengutuk sesuatu bahan dengan tujuan untuk menjatuhkan.

Saya tidak menjanjikan kepuasan kerana itu hak individu. Jadi, sebelum kita lebih jauh bergerak lagi, awal2 saya ingin katakan bahawa setiap apa yang dicetak bukanlah bertujuan untuk menyakiti atau  menjatuhkan. Cuma untuk berkongsi. Tak wajib kalau tak kata ni, tak ada kena mengena sama ada yang hidup mahupun yang sudah mati.

Saya hanya wujud selama 18 tahun di atas karpet dunia ni.. jadi masa yang dipinjamkan itulah digunakan oleh saya untuk meniti dunia sekeliling. Mungkin masih setahun jagung. Mungkin masih belum cukup untuk menghadam garam dalam kuantiti  yang banyak. tapi kenyataannya saya hanya ada 18 tahun pengalaman hidup untuk dikongsikan di ruang ini. Cuma 18 tahun. So, read it or leave it.. haha

Ok.. Jadi kalau ada kekurangan atau kelemahan, i'm so sorry.. dan saya kan cuba untuk perbaiki blog ini dari masa ke semasa.