Khamis, 17 Mac 2011

NASKHAH "BULAN BERBISIK"

Assalamualaikum..
Novel? Lelaki?
hmm.. dua item yang jarang sekali mahu 'bercantum.' Macam minyak dengan air. Saya akui yg saya adalah 'NOVELHOLIC.' Ye, saya suka gile baca novel. Saya tak ingat bila pertama kali saya membaca novel, mungkin terlalu muda. Tapi, apa yang saya ingat masa kecik  saya banyak membaca novel2 terjemahan dari Enid Blyton. Mungkin bermula dari situ minat saya membaca novel bermula. Believe it or not, saya mula membaca novel cinta serius ketika berumur 11 tahun, iaitu masa saya berada di darjah lima. Ingat lagi, tajuk novel tu Tak Semanis Impian oleh Sharifah Abu Salem. Haha.. statement. Bermula dari situ sampai ke hari ini, saya dah baca hampir 200 novel la jugak. Ya, mungkin novelholic dkt rumah ni dah membelanjakan hampir RM2000 semata-mata untuk novel je. Jumlah ni maybe kurang kalau nak dibandingkan dengan novelholic yang lain. Saya percaya jumlahnya lebih lagi. Biaselah tu.

BULAN BERBISIK
Mungkin ada yang sudah mengenali novel ini. Bagi yang tak tau, novel ini hasil karya novelis Samsiah Mohd Nor dan diterbitkan oleh Alaf 21. Novel yang saya beli dkt sekolah ketika saya di Tingkatan 3. Saya beli di pusat sumber. Hmm.. actually masa tu saya tak adelah nak beli novel sangat. Yelah, tahun PMR. At last, saya beli. Saya balik, baca novel ini dari mula hingga ke muka surat terakhir. Penilaian saya yang pertama masa tu, BIASA. Ya, masa tu saya labelkan novel ini di tahap biasa-biasa je.

Saya tak tahu sebab apa. Beberapa masa kemudian, mungkin 5 ke 6 bulan lepas saya baca tu, saya tergerak nak baca balik novel ni. Saya baca berulang-ulang kali sampai ke hari ni. Dan, novel ni menjadi satu-satunya novel yang saya baca berulang-ulang kali. Peliknya, setiap kali saya baca, feelnya masih lagi sama mcm yg sebelum2nya. Langsung tak berubah. Makin saya baca, makin saya kagum. Sekarang, kulit dia pun dah koyak sana, terlipat sini. Apa kehebatan novel MELAYU yang satu ni?


Saya terangkan secara ringkas sinopsisnya.
Novel ini membawa kita menyelusuri perjuangan dua orang wanita; KHADIJAH BINTI MUHAMMAD dan WONG AI LEEN @ AIMA ADAWIYAH BINTI ABDULLAH. Kisah kedua-duanya diceritakan secara berselang seli, yang kemudiannya dicantumkan di pertengahan jalan cerita. Khadijah, seorang isteri yang terlalu setia, satu hari telah melakukan kesalahan. Dia dengan tanpa sengaja telah membaca emel2 suaminya, Khaled yg ditujukan kepada seorang pelajarnya bernama Aima. Aima Adawiyah, seorang mualaf yang masih meneroka Islam, diminati pensyarahnya yang sudah pun berkahwin. Kesedihan dan keperitan seorang isteri yang setia bila dia dicurangi dalam diam menjadikan Khadijah seorang wanita yang sentiasa bersulam dengan lara. Dan, di akhir-akhir, dia temui kekuatan ketika berada di Makkah.

Sehingga sekarang, saya rasa, ini adalah novel terbaik yang saya pernah baca sepanjang 18 tahun ini. Kenapa?

Pertamanya, saya tertarik dengan gaya penulisan Samsiah Mohd. Nor (NOW I'M A BIGGEST FAN OF HER) yang seakan-akan berpuisi dalam ayat-ayatnya. Ketika membaca naskhah ini, adakalanya saya rasa seperti saya jauh ke atas langit. Adakalanya saya rasa seperti terjunam ke perut bumi. Hinggakan sampai ke tahap saya berfikir, kalau satu hari nanti saya menjadi novelis, saya mahu menjadi seperti Samsiah Mohd Nor dalam Bulan Berbisik.

Dia gambarkan kesedihan Khadijah hinggakan saya yang lelaki ni, dapat rasa apa yang watak ni rasa. And, buat pertama kalinya, Khadijah adalah satu-satunya watak utama yang mampu membuatkan bibir saya berkata "wow." Watak ni tak tipikal macam watak-watak novel yang lain. Yelah, terlalu baik, cantik & ape2 je lah. Jujur dan tak hipokrit. Dia menangis, dia berhak kan? Dia sakit, dia berhak kan? Dia kecewa, dia berhak kan? Sebab didorong kesakitan tu, dia jadi lupa sekejap. Dia mencerca kedunguan suaminya. Dia terlalu berlara. Saya kagum bila dia temukan kekuatan yang sebenar ketika dia Makkah. Di situ,dia mohon ampun. Di situ dia temui ketabahan.

Mengenai Wong Ai Leen. Anak Cina yang dibesarkan di perkampungan Melayu. Dia kenali Andak Rabiah. Dia terpesona dengan keindahan syair Rabiah Al- Adawiyah (seorang tokoh Islam) yang selalu dibacakan oleh Andak Rabiah. Di situlah keinginannya timbul untuk memeluk Islam. Lalu, bila dewasa dia menjadi Aima Adawiyah. Dia bukan antagonis di dalam cerita ini. Dia bukan racun yang merosakkan Khadijah. Dia hanya terjerat dalam ayat-ayat romeo si Khaled.

Sepanjang novel ni, saya membaca pelbagai ragam dunia di mata novelis. Isu kekeluargaan yang kuat. Isu politik luar dan dalam sedikit. Isu bencana alam yang menginsafkan Khadijah. Isu talam 2 muka yg sememangnya wujud di sekeliling kita (Norina). Isu 'haruan makan anak' (Keluarga Syafikah). Krisis Khadijah dengan ibu mertuanya, Rokiah yang terlalu memandang pangkat. Macam2. Saya rasakan seperti mengembara di dlm satu perjalanan yg jauh bila membaca novel setebal 493 muka surat ini.

Saya terlalu mengagumi novel ini. Mengubah pandangan saya dengan fakta bahawa CINTA KEPADA ALLAH adalah segala-galanya. Saya susah untuk berasa sayu bila membaca mana2 novel. Tetapi, novel ni... tak perlulah nak dipertikaikan oleh saya lagi. Sayu bila digambarkan bagaimana Khadijah termuntah bila membaca ayat2 suaminya kepada Aima. "MENGAPA KAU HADIR TERKEMUDIAN?" Sayu bila Khadijah melihat bucu Kaabah sedikit demi sedikit. Sayu bila part Khadijah mengadu dekat emaknya.

Saya ingat lagi, masa dekat sekolah dulu. Ketika Minggu Pusat Sumber berlangsung, turut diadakan pertandingan Bicara Buku (mengkaji sesebuah buku then menerangkannya dalam bentuk lisan kepada juri). Saya jadikan Bulan Berbisik sebagai pilihan saya. At last, saya jd juara disebabkan persembahan saya tu... hehehe...

Sekarang, jelas terbukti yang Malaysia jugak mampu untuk melahirkan bahan sastera yang bermutu. Bukan Samsiah Mohd. Nor saje, tapi ramai lagi novelis yang lain. Saya sendiri merasakan yg karya kita jauh lebih baik dari karya luar. Kepada sesiapa yang terlalu mengagung2kan karya daripada luar dan merendah2kan karya2 dari dalam Malaysia, please... tolong bukak mata luas2. 

Apa yang menjadikan novel ini sebagai inspirasi kepada saya adalah saya jadikan naskah ini sebagai pembakar semangat untuk saya menghasilkan novel pada satu hari nanti. Yes, NOVELIS adalah salah satu drpd cita2 saya. 

Last sekali... saya selalu dengar ayat ni.. dan saya nak ulang..
DON'T JUDGE A BOOK BY IT'S COVER YEAH

Tiada ulasan: