Selasa, 29 Mac 2011

Ringgit Seorang Penghibur : SUDIRMAN

Assalamualaikum WBT...

Ok.. untuk entri yg seterusnya ni saya nak sampaikan APRESIASI kepada seorang INSPIRASI dalam dunia hiburan tanah air. Siapa2? jeng2!!


SUDIRMAN HAJI ARSHAD...
Siapa yg tak kenal dia boleh pergi masuk tadika balik...
Bagi saya, dia ONE AND ONLY penghibur. Ok... tak akan ada seorang pun daripada lambakan penyanyi2 sekarang yg boleh duduk dalam 'KELAS' dia... Mungkin ada yang kata SUDIRMAN sama dengan P. RAMLEE. Ada jugak yang kata dia sama dengan SITI NURHALIZA. Tak kisahlah. Pandangan saya, ketiga2 ikon ni ada keistimewaan masing2. jadi, tak boleh disamakan. P Ramlee adalah P Ramlee. Siti adalah Siti. Dan Sudirman adalah Sudirman.

Dulu, masa kecik istilah 'penghibur' tu selalu saya dengar. Fikiran masa tu anggap yang gelaran tu boleh dibagi dekat sapa2 pun. Walau siapa pun orang tu, dia boleh digelar penghibur kalau nak. Tapi, bila dah meniti hari-hari tua ni (haha)... saya tau yang istilah tu terlalu mahal untuk digunakan. Sudirman bagi saya adalah orang yang sememangnya layak untuk gelaran tu. Yes, Sudirman adalah seorang PENGHIBUR.


PENGHIBUR NOMBOR SATU MALAYSIA
PENGHIBUR MILIK RAKYAT
IKON
ELVIS MALAYSIA

Gelaran2 dekat atas ni adalah antara yg selalu dilabelkan untuk lelaki yang ketinggiannya hanya 147 cm ini. So, bila baca balik pengiktirafan2 dekat atas ni, berdiri jugak kan bulu roma. Kita akan tanya dekat hati kita, merayu2 mintak jawapan. Agak2nya apa yang menyebabkan Sudirman diangkat sampai macam tu sekali. Satu yang pasti, dia bukan calang-calang punya anak seni.

Untuk pelengkapnya.. ni bio dia sikit..
Sudirman merupakan anak kelahiran negeri Pahang. Dilahirkan pada tarikh 25 Mei 1954. Dari apa yang saya baca, dia pun bukanlah orang kaya2. Sederhana. Daripada dulu lagi, apa yang saya kagum adalah dia merupakan seorang peguam pada dasarnya!


Dia penyanyi. Dia pelakon. Dia penggubah lagu. Dia kartunis. Dia usahawan. Dia penulis buku kanak2. Ni semua pekerjaannya termasuk dengan peguam tu.


Sampai sekarang saya yakin yang semua orang masih lagi mendengar lagu2 dia dekat radio, melihat dia di televisyen, Youtube. Sampai sekarang, walaupun dia dah tak ada, lagu2 dia tetap ada dengan jiwa rakyat2 Malaysia. Hmm.. Kesayangan rakyat, kan?


Balik Kampung, Mat Disko, Hoore-Hoore, Ayah dan Ibu, Warisan, Salam Terakhir, Milik Siapakah Gadis Ini..
Semua ni beberapa sahaja lagu2 dia daripada 168 buah lagu. Kalau kita dengar balik lagu2 ni, sampai sekarang lagu2 tu akan menyusup sampai ke darah kan? Lagu2 Sudirman berkait rapat dengan kehidupan orang2 biasa. Lagu dia ada yang untuk budak sekolah, jururawat, penganggur n banyak lagi. Terlalu banyak untuk disenaraikan.

KONSERT CHOW KIT ROAD
Untuk siapa yang pernah berada pada zaman tu mesti konsert ni antara momen paling besar, kan? 16 April 1986 menjadi satu peristiwa bersejarah. Sudirman menghimpunkan ribuan rakyat dekat sebatang jalan semata-mata untuk menonton Sudirman menyanyi tanpa perlu beratur membeli tiket. Free! Saya pernah tengok sedutan daripada konsert ini dekat tv dulu. Saya lihat bagaimana gahnya Sudirman berdiri di atas kren sambil menyanyi. Wow... saya pasti konsert ni adalah antara konsert terbaik yang pernah diadakan di Malaysia. Ini menunjukkan betapa Sudirman ingin mengatakan TERIMA KASIH kepada mereka2 yg selama ini menyokong dia. Menaikkan dia tinggi2. Jadi, tahniah Malaysia!


BEST ASIA'S PERFORMER
Satu lagi sejarah yang simbolik kepada lelaki ini adalah kejayaan Sudirman di Royal Albert Hall, London pada tarikh 19 Mac 1989, kira2 tiga tahun selepas sejarah Konsert Chow Kit Road. Satu pengiktirafan untuk seorang anak Malaysia. Saya tak ingat bila, saya menonton dokumentari Sudirman di tv. Menceritakan bagaimana kejayaan itu menjadi satu kebanggaan, malah disebut2 sampai sekarang. Sudirman bertanding dengan 8 lagi peserta lain dari seluruh Asia. Bayangkan, dia menewaskan Leslie Chung dari Hong Kong di mana penyanyi tu antara saingan hebat dan paling dikenali. Dia juga tewaskan Kuh Ledesma dari Filipina yang masa tu memukau satu dewan dengan nyanyiannya. Dia tewaskan Anita Sarawak dari Singapura. Sudirman kalahkan semua melalui dua persembahan dia. Pertama, persembahan 'Charlie Chaplin' dengan lagu Send In The Clown. Dan, yang kedua lagu One Thousand Million Smiles, lagu yang dicipta khas untuk pertandingan tu. Akhirnya, kita akan perasan, betapa lega dan betapa bangganya Sudirman bila nama dia disebut sebagai pemenang anugerah tu. Hei.. anak Malaysia tu!

Fuhh... terlalu 'titanic' kan kejayaan2 Sudirman.

Susah nak cari seseorang seperti dia. Saya sebagai pemerhati, susah nak cari atau mustahil untuk jumpa penyanyi2 zaman sekarang yang mampu memberi impak sehebat lelaki ni. Dia datang untuk menghibur. Setiap lagu2 dia melekat dekat telinga bertahun2. Kehebatan dia melangkaui luar batasan Malaysia. Jauh... sampai ke Asia.


Saya agak terkilan kerana dia meninggal dunia setahun je sebelum tahun kelahiran saya. Tapi, yalah kan? Tuhan dah tulis, Sudirman hanya akan dipinjamkan seketika sahaja. Ya, seketika yang akan kita kenang sampai bila2. Identiti dia; menyanyi dengan memakai baju bendera panjang, hembusan lighter, semua tu masih lagi akan ada dekat dalam kotak ingatan kita.

Untuk penutupnya.. saya tinggalkan anda dengan lagu yang bagi saya adalah lagu yang penuh dengan elemen seorang penghibur. So... enjoy


"Walau apa pun yang terjadi, bagi Sudir, perjuangan Sudir dalam bidang seni tiada noktahnya. Selagi nadi ini masih berdenyut, selagi peminat masih meminati Sudir, selama itulah Sudir berjuang dalam dunia hiburan..."
Sudirman Haji Arshad


SUDIRMAN HAJI ARSHAD
25 MEI 1954 - 22 FEBRUARI 1992
AL-FATIHAH

Tiada ulasan: