Isnin, 29 Ogos 2011

RAKAMAN DUA DETIK

Assalamualaikum WBT ! 



Syawal dan Hari Kebangsaan. Tahun ni, mungkin bertuah, Malaysia menempuh dua tarikh terpenting yang hampir serentak. Hmm... kontennya mungkin sama. Ya, meraikan kemenangan; Satu, kemenangan melawan nafsu. Satu lagi, kemenangan mengekalkan kemerdekaan.

Sebenar-benarnya, tak ada kejadah saya de nak buat entri melalut-lalut pasal semua ni. Haha.. Sekadar untuk menjamukan mata anda dengan kata-kata ini.

Selamat hari raya aidilfitri. Maaf kalau tulisan saya mengguris hati anda selama ni. Mintak ampun! Jugak untuk semua yang kenal Faiz Md Nasir. Minta maaf dari kepala sampai kaki! Bawa sekali kebiasaan kita ketika di Ramadan pada masa-masa akan datang, ya. Insya-ALLAH. Dunia mampu berubah selagi kita erat memegang agama dan akhlak yang baik. (Macam ustaz!) Ok fine!  

Selamat menyambut hari kemerdekaan untuk Malaysia. Ya, kita bebas dari jajahan fizikal. Tapi, dalam masa yang sama, bebaskan diri kita daripada jajahan mental. Nilai sentimental, itu lebih penting. Sekali pun tiada bendera, sekurang-kurangnya bersyukur dalam hati bahawa kita masih kekal di atas tanah yang harmoni. Terima kasih pejuang-pejuang. Sama ada pejuang yang berbaju kot mahupun pejuang yang berbaju peluh dan lumpur. Terima kasih! Kerana anda, kami di sini.

Okey! Fine! Tak stress lagi! ;D

Ahad, 21 Ogos 2011

SUATU PETANG DI KAKI LIMA

Assalamualaikum WBT... cover la sikit!

Terperap di dalam pejabat abah lepas waktu sekolah, itu rutin saya setiap hari Isnin sampai Jumaat. Apa yang saya buat untuk habiskan masa? Baca buku? Bosan! Buat latihan? Bosan! Siapkan kerja sekolah? Bosan! Ok... saya akui dan sedar, saya bukan manusia 'abnormal.' Otak saya perlukan rehat! Saya melangkah keluar dari tempat berhawa dingin tahap tertinggi tu. Di tangan ada Kosmo (tabloid harian saya). Saya duduk di satu tempat duduk di kaki lima.


Habis satu akhbar saya khatam. Tak tahu apa nak buat. Ya, termenung! Saya habiskan masa dengan memenatkan kornea mata, memerhati gelagat satu-persatu manusia yang melintasi di hadapan saya. Tak kiralah sama ada yang berjalan kaki, bermotorsikal mahupun yang berkereta. Mata saya jadi leka memerhatikan satu demi satu gelagat mereka. 


Terus tiba-tiba, mata saya terpaku pada satu babak. Ya, babak yang saya sempat rakamkan.




Tak tahu apa yang menyebabkan saya rasa bahawa gambar ini, situasi ini mempunyai satu mesej yang tersirat. Lihat pada gambar dekat atas ni.


Seorang lelaki yang sedang memegang erat tangan ibunya yang sudah tua. Itu tafsiran saya. Mereka bertiga nampak seperti 'susah.' Berjalan tanpa sedikit pun menoleh ke arah manusia-manusia yang leka memerhati. Mereka membawa beban yang kelihatan agak memberatkan langkah mereka.


Apa tujuan Tuhan 'menghantar' mereka bertiga untuk lalu di kaki lima pada petang itu? Ketika saya sedang duduk termenung di kaki lima itu? Kenapa? Seperti ada mesej yang mahu disampaikan Tuhan. Sebab tulah, jari saya bagaikan ditarik-tarik untuk berkongsi ini dengan anda.


Lihat pada gambar di atas. Seperti yang saya tafsirkan; seorang anak memegang tangan ibunya yang sudah tua dan uzur. Lihat balik refleksinya pada zaman kini. Sudah?


Agak jarang untuk saya melihat lagi situasi seperti ini. Terutamanya di pasar malam, pusat membeli belah. Paling jelas di depan mata saya ketika itu; DI KAKI LIMA. Anak yang sihat, segar bugar berjalan jauh di hadapan. Ibu atau bapa yang tua dan tak larat untuk mengatur kaki, jauh di belakang. Apa ni?


Kalau dulu, seorang ibu sanggup berjalan jauh mendaki tangga-tangga hospital untuk pemeriksaan 'ibu mengandung.' Kalau dulu, seorang ibu sanggup berlari lepas tersentak dari tidur disebabkan anaknya yang menangis pada subuh hari. Kalau dulu, seorang ibu sanggup berjalan mengikut langkah kaki si anak yang hyper-active di pusat membeli belah. Kalau dulu, seorang ibu sanggup menggagahkan kakinya untuk ke kedai membeli permainan yang dikehendaki si anak.


Mengapa tidak 10 atau 20 tahun kemudian, anak itu tidak bersikap seperti mana ibunya?

Fikir kembali dan renungkan. Untuk anak lelaki yang remaja (seperti saya), mungkin ego melekat pada lidah sehinggakan sukar untuk kita kata dekat ibu kita. "Mak, saya sayang mak." Tapi, tak mustahilkan untuk kita tunjukkan perasaan sayang tu dalam fisiologi yang berbeza. Cukuplah hanya melalui genggaman tangan ketika berjalan bersama dengan ibu. Cukuplah memadai bersama dengan genggaman tu untuk beritahu pada ibu kita bahawa kita adalah seorang anak yang menyayangi ibunya. Cukuplah... andai itu adalah apa yang kita mampu lakukan untuk beritahu ibu kita bahawa kita mahu dia selamat ketika berjalan. Kita mahu keringat silamnya berbals hanya dengan perbuatan ini.






Bolehkah? - Boleh. 
Mustahil ni.. - Tak mustahillah.
Ok, saya cuba .. Good!

Sabtu, 13 Ogos 2011

KALAU KITA BINATANG...

Assalamualaikum WBT! Cover la sikit, sentil !


Mula-mula, memang niat tangan saya nak taip ayat ni pun mula-mula ; SELAMAT BERPUASA UNTUK SEMUA UMAT ISLAM, YA! 


Apahal? Apa masalahnya kalau kita binatang? Wow... wow! Rileks 'doh! Sebelum tu, saya awal-awal nak mengingatkan entri kali ni bukan seperti apa yang anda pikirkan, ok? Jadi, jangan menilai kulit buku sebelum membacanya terlebih dahulu!


Kes buang bayi, cabul pelajar, remaja lari dari rumah, sumbang mahram, dadah, bunuh kerat belas-belas. Semua ni selalu saja memonopoli akhbar pagi kita. Ya, memang benda-benda berleluasa macam ni perlu dijamah oleh mata masyarakat kita. Realiti kan? Sesungguhnya, bukan tu 'akar' untuk entri kali ni. Seperti didesak satu emosi, jari ni macam ditarik-tarik untuk menaip secebis kisah kecik yang kadang-kadang selalu kita abaikan. Ya, mengenai makhluk bernama BINATANG.


Bermula jam 6.40 am, telinga ni dah terbiasa menjamah bunyi deruan enjin Proton Wira putih yang saya naiki untuk ke sekolah. Dalam perjalanan hampir setengah jam tu, sungguh, saya tak dapat nak mengira dengan kalkulator berapa jumlah bangkai binatang yang saya jumpa tersadai di sepanjang jalan. Menyelesuri 'jalan dalam' a.k.a. jalan kampung, saya percaya, lumrah la bila terserempak dengan motokar yang dipandu macam ribut. Manusia kan?


Tapi, dek kerana sikap kita tulah, tayar-tayar motokar tadi selalu sahaja melanyak dan menggilis mana-mana tubuh haiwan dekat atas jalan. Hmm.. nak contoh? Tak payahlah. Anda tahu sendiri kan? Kucing, anjing, babi hutan, ular, monyet. Hish... kan ye saya cakap. Memang kita tak akan jumpa jumlah dia. 


Emosi apa yang berselirat dekat otak saya masa ni? Saya tak tahu. Apa yang saya tahu, satu hari (beberapa hari sebelum ni), saya lihat dengan mata kepala saya sendiri, keadaan KUCING yang dilanggar dekat tengah jalan raya! Macam masih lagi terakam-rakam dekat otak saya sekarang. Macam mana kucing tu susah payah bangun dengan mulutnya yang ternganga luas (mungkin dilanggar di bahagian tu)... kemudian dia hilang imbangan dan jatuh. Tubuh kucing yang mungkin tengah nyawa-nyawa ikan tu tersadai di bawah lori-lori yang tak ada mata. Waktu pulang, masa saya melalui balik jalan tu, saya cuma terlihat tubuh kucing tu je. Ya, tubuh kucing tu yang sudah PENYEK dan LUNYAI!



Tak payah tanya soalan ;
"Mana hati perut kita sebagai manusia?"

Saya tak berminat pun nak tanya soalan klise tu. Saya cuma mahukan anda untuk meletakkan diri anda sebagai seekor binatang, kucing misalnya. Apa perasaan yang menjalar dekat hati kita masa kita lihat tubuh 'ayah' kita sedang menggelepar, mengiau kuat akibat dilenyek di tengah jalan raya? 

Fikir. Baca balik soalan saya berulang kali. Faham balik soalan saya berulang kali. 

Sensitif? YA! Hati lelaki yang tengah menaip ni memang sensitif bila bab2 haiwan terseksa ni. Entahlah... lambakkanlah sejuta sekali pun cerita klise anak derhaka, putus cinta atau apa pun. Susah untuk hati saya berdetik sensitif. Tapi bila tengok walhal kucing saya disembur Ridsect pun saya boleh emo nak mampus! 

Anda-anda yang sedang membaca, lafazkan janji pada mana-mana yang boleh mendengar ikrar anda. 

Lepas ni, tak payah nak buat dajal pada mana-mana haiwan lagi! 

Saya sentuh satu je bentuk penganiayaan; langgar lari. Belum lagi pasal orang-orang badigol yang main sepak kucing kurap dekat restoran. Belum lagi pasal orang yang buang kucing dekat pasar. Belum lagi orang yang baling anjing dengan batu. Belum lagi orang yang kurung burung dalam sangkar sempit. 








Ufh!! Hentikanlah! Dunia ni, dunia yang kita sedang pijak ni... bukan hak cipta terpelihara MANUSIA lah. Haiwan pun makhluk, apa?

Maaf. Suhu emosi saya selalunya maksimum bila memikirkan pasal benda ni. Fuuuuhhh... cover sikit jari! Tahan-tahan.

Saya bersyukur sebab saya dikelilingi 12 ekor kucing (setakat ni)dekat rumah. Wow! Banyak kan? Yeah.. lagi banyak lagi murah rezeki. Insya-ALLAH! Nak tau kenapa saya bersyukur? Sebab mereka adalah antara detik-detik yang terselit dalam 86 400 saat milik saya. 

Tak kira. Bila tension dengan hidup, bila buntu tak ada idea nak tulis karangan... si pengacau-pengacau ni lah yang akan datang kemudian 'memahami' saya hanya dengan bunyi 'meow.' 
Untuk semua, ini dia.. LEGASI JIJI




JIJI 
COEB



DASHI
DANIA




JACK SPARROW
AWAN POPEYE
RINDU
KAK LEEN
Untuk menutup entri kali ni... saya nak mata anda menjamah satu frasa yang saya taip secara spontan...


BERSYUKURLAH SEBAB DUNIA NI ADA BINATANG!
Pikirlah baik-baik weyh!