Ahad, 21 Ogos 2011

SUATU PETANG DI KAKI LIMA

Assalamualaikum WBT... cover la sikit!

Terperap di dalam pejabat abah lepas waktu sekolah, itu rutin saya setiap hari Isnin sampai Jumaat. Apa yang saya buat untuk habiskan masa? Baca buku? Bosan! Buat latihan? Bosan! Siapkan kerja sekolah? Bosan! Ok... saya akui dan sedar, saya bukan manusia 'abnormal.' Otak saya perlukan rehat! Saya melangkah keluar dari tempat berhawa dingin tahap tertinggi tu. Di tangan ada Kosmo (tabloid harian saya). Saya duduk di satu tempat duduk di kaki lima.


Habis satu akhbar saya khatam. Tak tahu apa nak buat. Ya, termenung! Saya habiskan masa dengan memenatkan kornea mata, memerhati gelagat satu-persatu manusia yang melintasi di hadapan saya. Tak kiralah sama ada yang berjalan kaki, bermotorsikal mahupun yang berkereta. Mata saya jadi leka memerhatikan satu demi satu gelagat mereka. 


Terus tiba-tiba, mata saya terpaku pada satu babak. Ya, babak yang saya sempat rakamkan.




Tak tahu apa yang menyebabkan saya rasa bahawa gambar ini, situasi ini mempunyai satu mesej yang tersirat. Lihat pada gambar dekat atas ni.


Seorang lelaki yang sedang memegang erat tangan ibunya yang sudah tua. Itu tafsiran saya. Mereka bertiga nampak seperti 'susah.' Berjalan tanpa sedikit pun menoleh ke arah manusia-manusia yang leka memerhati. Mereka membawa beban yang kelihatan agak memberatkan langkah mereka.


Apa tujuan Tuhan 'menghantar' mereka bertiga untuk lalu di kaki lima pada petang itu? Ketika saya sedang duduk termenung di kaki lima itu? Kenapa? Seperti ada mesej yang mahu disampaikan Tuhan. Sebab tulah, jari saya bagaikan ditarik-tarik untuk berkongsi ini dengan anda.


Lihat pada gambar di atas. Seperti yang saya tafsirkan; seorang anak memegang tangan ibunya yang sudah tua dan uzur. Lihat balik refleksinya pada zaman kini. Sudah?


Agak jarang untuk saya melihat lagi situasi seperti ini. Terutamanya di pasar malam, pusat membeli belah. Paling jelas di depan mata saya ketika itu; DI KAKI LIMA. Anak yang sihat, segar bugar berjalan jauh di hadapan. Ibu atau bapa yang tua dan tak larat untuk mengatur kaki, jauh di belakang. Apa ni?


Kalau dulu, seorang ibu sanggup berjalan jauh mendaki tangga-tangga hospital untuk pemeriksaan 'ibu mengandung.' Kalau dulu, seorang ibu sanggup berlari lepas tersentak dari tidur disebabkan anaknya yang menangis pada subuh hari. Kalau dulu, seorang ibu sanggup berjalan mengikut langkah kaki si anak yang hyper-active di pusat membeli belah. Kalau dulu, seorang ibu sanggup menggagahkan kakinya untuk ke kedai membeli permainan yang dikehendaki si anak.


Mengapa tidak 10 atau 20 tahun kemudian, anak itu tidak bersikap seperti mana ibunya?

Fikir kembali dan renungkan. Untuk anak lelaki yang remaja (seperti saya), mungkin ego melekat pada lidah sehinggakan sukar untuk kita kata dekat ibu kita. "Mak, saya sayang mak." Tapi, tak mustahilkan untuk kita tunjukkan perasaan sayang tu dalam fisiologi yang berbeza. Cukuplah hanya melalui genggaman tangan ketika berjalan bersama dengan ibu. Cukuplah memadai bersama dengan genggaman tu untuk beritahu pada ibu kita bahawa kita adalah seorang anak yang menyayangi ibunya. Cukuplah... andai itu adalah apa yang kita mampu lakukan untuk beritahu ibu kita bahawa kita mahu dia selamat ketika berjalan. Kita mahu keringat silamnya berbals hanya dengan perbuatan ini.






Bolehkah? - Boleh. 
Mustahil ni.. - Tak mustahillah.
Ok, saya cuba .. Good!

2 ulasan:

Syai Hidayah berkata...

oke...sumpah tersa la wey..... bile ingat balik time aq n family jalan2 kat tampin square or kat mana2 la,mak aq kat belakang sekali...sorang2... ayah aq kat depan... hmm... better change before to late right ? thanks for entri la kawan... betul2 membuka mata aq... short but awesome :D keep it up :D

Anonymous berkata...

ok fine syai!! teruskan usaha! hahahaha