Rabu, 21 September 2011

CERITA CINTA AGUNG

Assalamualaikum WBT. Cover sikit la sentil!


Ketika telinga ditujah lagu-lagu dari earphone, kekusutan menghuni otak yang diziarahi parasit-parasit. Keghairahan yang mendesak jari ini untuk menari di atas keyboard; merapu apa sahaja agar blog ini tak akan terus menjadi bisu. Dalam situasi inilah, otak saya terus mengimbau filem TAMIL (satu-satunya filem Tamil yang saya tonton penuh seumur hidup saya) di saluran Astro Fiesta. Madrasapattinam. Terus otak saya terdetik untuk menjadikan kisah itu sebagai inspirasi kepada entri blog saya kali ini. 


Bercakap tentang cinta. Cinta agung. Wow! Macam mana saya nak definisikan perkataan yang menemukan 5 huruf yang berlainan tu? Saya ada definisi 'cinta' yang tersendiri. Tapi, hahaha... malulah nak kongsi dekat sini. InsyaALLAH, bila novel saya dah menjadi realiti nanti, anda taulah nanti. Sejak daripada kecil, tanpa kita sedar, sebenarnya telinga kita menghadamkan variasi kisah cinta agung. Nak saya senaraikan? Tak ada hal.


Adam Hawa
Laila Majnun
Romeo Juliet
Jack Rose 
Uda Dara
Hang Tuah Gusti Putri
Kasyah Ayu
Adam Nur Amina
Dan yang baru saya tengok ni: Amy dan Parithi










Kisah cinta agung kerap melagakan konflik budaya, agama, darjat, politik, umur mahupun apa sahaja 'item' yang boleh 'diperbesarkan' semata-mata untuk menguji cinta itu berada di tahap yang lemah ataupun kukuh. Kalau 'lemah' warnanya... goodbye lah. Tapi kalau 'kukuh,' dengan autonya cerita itu akan dipahat. Diingati sampai bila-bila. 


Ada apa pada cinta agung ini semua? Membantu membangunkan duniakah? Membantu membina teknologi kereta terbangkah? Membantu mengamankan dunia daripada hujan pelurukah? 


Tidak. Saya jawab soalan itu semua dengan 'tidak.' Tetapi, saya percaya, kisah cinta agung ini membantu setiap manusia untuk menjadi manusia yang lebih baik untuk hari-hari yang akan datang.


Saya bukan doktor cinta. Jauh lagi seorang kaunselor. Cuma, apa yang boleh saya taip untuk semua yang akan, sedang mahupun sudah berada di lantai yang bernama cinta... anda cuma mempunyai satu sahaja peluang untuk hidup. Satu sahaja. Pedulikan kalau ada yang memandang sinis kepada kisah cinta anda. Pedulikan kalau ada parasit yang cuba menjadi batu api untuk anda membenci cinta anda. Pedulikan kalau ada penghalang yang tidak relevan untuk menghadang emosi cinta anda. Pedulikan! Sebab peluang itu kita cuma terima sekali. Pergi berlari untuk mengejar title cinta agung.  


Ya.. mungkin tak akan tercatat dalam satu naskhah seperti mana kisah-kisah dekat atas ni. Tapi, sekurang-kurangnya, anda perlu berbangga... kerana anda sudah sampai pada tingkat itu. Cinta abadi yang menembusi pintu syurga. 


Amin! Saya doakan anda semua!



Isnin, 5 September 2011

BERJALAN DI ATAS MIMPI

Assalamualaikum WBT. Cover sikit!


Masih dalam fiil raya? Aha! Tak pa. Teruskan okey. Kejap! Sebelum terlupa... sekali lagi.. selamat menyambut Syawal untuk semua umat Islam! Saya tak lupa ok walaupun saya tengah ghairah nak menaip ni. Hahahaha...


Cita-cita. Saya percaya... setiap manusia normal yang menyedut oksigen, mesti ada 'item' yang diimpikan. Macam tu jugak halnya dengan saya. Ya, saya nak jadi novelis. Itu pasti! Tengok je la senah dekat tepi belah kanan ni. *Psst.. Ada ke yang ingat tu betul? Hahaha.. dah! Jangan terpedaya okey untuk sapa-sapa yang berkenaan tu! Tu 'minyak gas' untuk membakar semangat je...


Saya imbas balik masa lepas dengan 'mesin masa.' Banyak sebenarnya cita-cita yang pernah wujud dalam otak imaginasi kanak-kanak saya. Yang paling saya ingat... doktor pakar bedah dan pereka hiasan dalaman. Ya, itu yang paling dominanlah tu. Tapi.. dah saya ni tak pandai mana kan? Selamat tinggal cita-cita! Hahahaha.


Memasuki alam 16 tahun menyebabkan saya lebih berfikir. Masa tu, dari ragu-ragu sampailah ke masa sekarang, saya benar-benar yakin. Nak-nak lepas saya dicucuk-cucuk dengan apa yang saya lihat... makin berkobar-kobarlah. Nak tau apa yang menginspirasikan sangat tu? Ehem-ehem...


Cikgu Zakiah

Seorang watak yang dibawa oleh Izreen Azminda dalam drama bersiri Juvana. Mustahil ada yang tak kenal! Sepak kang! Saya mengaku. Saya cerewet dalam bab-bab menonton drama-drama tanah air kita. Saya tak sebegitu mudah mengikuti sesuatu drama dengan penuh feeling. Juvana lain bagi saya. Drama yang bagi saya dapat membawa anjakan paradigma yang lebih baik dalam hidup belia kita tanpa menyentuh isu klise 'rempit,' 'gangster,' mahupun 'bohsia' secara berlebihan. Drama yang bagi saya betul-betul mampu membuatkan mata yang menontonnya gali apa yang tersirat. 

Titik. Bukan nak melalut pasal drama ni. Tetapi, saya hanya nak sentuh satu sahaja 'molekul' yang terselit dekat dalam drama ni. Ye... Cikgu Zakiah. Kaunselor dekat sekolah tu. 

Sungguh, saya tak berapa nak ambil tau pasal pelakon ni sebelum ni. Kes dia dulu gemuk la.. kes diet la.. kes dia jadi jahat dalam Isabella la... Tambahan, saya agak kecewa masa awalnya bila saya dapat tau dia yang jadi Cikgu Zakiah dalam Juvana. Tapi... saya silap lepas habis berbelas-belas minggu tu. Saya mengaku yang dia sememangnya ada dalam dunia ni untuk membawakan watak tu. Hahaha... tak-tak. Saya tak bergurau. 

Susah untuk sesebuah watak meninggalkan impak kepada saya. Watak Cikgu Zakiah benar-benar luar dari kotak. Entah! Mungkin saya nampak diri saya dalam watak tu? Ya, betul. Saya nampak diri saya pada masa akan datang dalam diri Cikgu Zakiah. 

Seorang KAUNSELOR yang membantu mengubah hidup orang lain. 

Saya percaya, bila kita mampu 'memberi nafas baru' kepada orang lain, itu adalah perkara yang paling melegakan. Saya berpegang kepada falsafah ; SETIAP MANUSIA BERHAK UNTUK PELUANG KEDUA. Mungkin disebabkan saya pernah melalui satu situasi pahit, saya sedar akan realiti bahawa kita memang berhak untuk peluang kedua. Dan kedua itu lebih baik dari yang pertama. 

Ya, itu cita-cita saya. Saya tahu, saya sedar. Saya hanya boleh berjalan di atas mimpi. Tetapi, untuk berjalan di atas realiti, itu kita tidak pasti. Masa depan adalah satu yang sangat rahsia. Kita hanya boleh mengagak. Kita hanya boleh menyusun plan. tapi, hasilnya... hanya ALLAH yang tahu. Saya tak terlalu berharap. Itukan cuma cita-cita. Saya tahu, Tuhan dah sediakan yang terbaik. Terbaik untuk setiap manusia.
Kalau mimpi itu milik saya... insyaALLAH! Amin!


JUVANA terbaik!
cover sikit!
:)