Rabu, 21 September 2011

CERITA CINTA AGUNG

Assalamualaikum WBT. Cover sikit la sentil!


Ketika telinga ditujah lagu-lagu dari earphone, kekusutan menghuni otak yang diziarahi parasit-parasit. Keghairahan yang mendesak jari ini untuk menari di atas keyboard; merapu apa sahaja agar blog ini tak akan terus menjadi bisu. Dalam situasi inilah, otak saya terus mengimbau filem TAMIL (satu-satunya filem Tamil yang saya tonton penuh seumur hidup saya) di saluran Astro Fiesta. Madrasapattinam. Terus otak saya terdetik untuk menjadikan kisah itu sebagai inspirasi kepada entri blog saya kali ini. 


Bercakap tentang cinta. Cinta agung. Wow! Macam mana saya nak definisikan perkataan yang menemukan 5 huruf yang berlainan tu? Saya ada definisi 'cinta' yang tersendiri. Tapi, hahaha... malulah nak kongsi dekat sini. InsyaALLAH, bila novel saya dah menjadi realiti nanti, anda taulah nanti. Sejak daripada kecil, tanpa kita sedar, sebenarnya telinga kita menghadamkan variasi kisah cinta agung. Nak saya senaraikan? Tak ada hal.


Adam Hawa
Laila Majnun
Romeo Juliet
Jack Rose 
Uda Dara
Hang Tuah Gusti Putri
Kasyah Ayu
Adam Nur Amina
Dan yang baru saya tengok ni: Amy dan Parithi










Kisah cinta agung kerap melagakan konflik budaya, agama, darjat, politik, umur mahupun apa sahaja 'item' yang boleh 'diperbesarkan' semata-mata untuk menguji cinta itu berada di tahap yang lemah ataupun kukuh. Kalau 'lemah' warnanya... goodbye lah. Tapi kalau 'kukuh,' dengan autonya cerita itu akan dipahat. Diingati sampai bila-bila. 


Ada apa pada cinta agung ini semua? Membantu membangunkan duniakah? Membantu membina teknologi kereta terbangkah? Membantu mengamankan dunia daripada hujan pelurukah? 


Tidak. Saya jawab soalan itu semua dengan 'tidak.' Tetapi, saya percaya, kisah cinta agung ini membantu setiap manusia untuk menjadi manusia yang lebih baik untuk hari-hari yang akan datang.


Saya bukan doktor cinta. Jauh lagi seorang kaunselor. Cuma, apa yang boleh saya taip untuk semua yang akan, sedang mahupun sudah berada di lantai yang bernama cinta... anda cuma mempunyai satu sahaja peluang untuk hidup. Satu sahaja. Pedulikan kalau ada yang memandang sinis kepada kisah cinta anda. Pedulikan kalau ada parasit yang cuba menjadi batu api untuk anda membenci cinta anda. Pedulikan kalau ada penghalang yang tidak relevan untuk menghadang emosi cinta anda. Pedulikan! Sebab peluang itu kita cuma terima sekali. Pergi berlari untuk mengejar title cinta agung.  


Ya.. mungkin tak akan tercatat dalam satu naskhah seperti mana kisah-kisah dekat atas ni. Tapi, sekurang-kurangnya, anda perlu berbangga... kerana anda sudah sampai pada tingkat itu. Cinta abadi yang menembusi pintu syurga. 


Amin! Saya doakan anda semua!



2 ulasan:

Syai Hidayah berkata...

hahahahha... aq ingat aq sorang je yg tengok cter tamil tu... :D oke2,amin untuk kaw jugak .. :)btw,nicee one..(as usual la kan) hihihi :D

Anonymous berkata...

hah ! Diva kan?? ahhahahahaha