Sabtu, 31 Disember 2011

NOTA UNTUK TUHAN : PERENGGAN BAHARU UNTUK UNGU

Assalamualaikum WBT. 


Sekali lagi bebeh! Entri yang digolongkan dalam grup 'NOTA UNTUK TUHAN.' Sekali lagi, saya paparkan pada kornea anda cerita-cerita berkenaan dengan famili saya. 


31 Disember 2011 bersamaan hari Sabtu, ketika manusia-manusia lain sedang sibuk membuat persiapan mengalu-alukan kehadiran 2012 yang sedang menunggu di muka pintu, rumah saya menjadi saksi berlangsungnya majlis pertunangan kakak saya.


Alhamdulillah. Syukur Tuhan melancarkan semuanya. Majlis kecil-kecilan tetapi tak sangka menjadi begitu meriah. Sebenarnya penat itu masih ada... sebab tu penghasilan entri ni agak kelewatan sikit. 


Persalinan ungu membaluti tubuh kakak dari hujung kaki ke hujung kepala. Sembilan dulang biru dibalas sebelas dulang ungu. Lauk yang agak mewah. Hah... ambik kau! Hahahaha... 







Diva tak diva? Hahaha... Sebenarnya ni satu pengalaman yang agak menarik untuk saya. Selama ni cuma dengar je macam mana adat pertunangan dilangsungkan. Tapi, untuk yang ni.. saya sendiri yang melihatnya. Jujur, ini merupakan satu pengalaman yang agak menarik.


Terlihat wajah gembira yang terlakar pada air muka Abah dan Mak. Wajah saudara mara. Semuanya menyambut kehadiran 'orang baru' dalam keluarga kami. 


Untuk kakakku... dari kecik dibela besar macam ni kau jadinya.. Hahahaha. Sedikit sebanyak rasanya macam mimpi bila kita melihat adik beradik sendiri sedang mencuba untuk melangkah ke tangga yang lain. Menekan butang 'enter' di keyboard bagi memulakan perenggan baharu. Mungkin anda pernah merasakan hal yang serupa. Membesar bersama-sama sejak dari kecil. Dan bila tiba pada satu tahap, mereka juga akan meneruskan kehidupan.  Sedikit sebanyak itu akan menimbulkan perasaan asing. Tapi, sekejap je kot ni. Untuk kebahagiaan jugak. Hahahaha...




Fairiz dan Shahida. Suara ini mendoakan kebahagiaan selama mana yang ALLAH telah janjikan. InsyaALLAH. Pedulikan jelingan. Hiraukan kaca mahupun alfabet-alfabet syaitan. Yang lepas biar menjadi lepas. Apa yang tersedia di hadapan, itu lebih penting. Bila dah memulakan perenggan baharu ni, terus yakin untuk menaip ayat-ayat yang seterusnya. Yang buruk disempadankan, yang baik diteladankan. 


Sehingga sampai ke jinjang pelamin. Sehingga sampai ke anak cucu. *eh terlebih pulak. Cover sikit... Sebelum berundur, ni lagu tema untuk korang tau! Hahahaha...








*maaf entri pendek... bak kata pepatah orang putih; 'less is more.' :)

Isnin, 26 Disember 2011

NOTA UNTUK TUHAN : NOSTALGIA WARUNG TEPI RAILWAY

Assalamualaikum WBT.


Langit gelap tanda hari mahu hujan kelmarin ketika kereta yang dipandu Abah memasuki kawasan pekan Seremban. Kuantiti kereta yang agak banyak hari tu *memandangkan nak cuti Krismas menyebabkan trafik bergerak seperti siput. Bila kami pandang kiri, kami sedang melintasi Stesen Keretapi Seremban


Seperti biasa, macam detik-detik yang sebelum ni.. Mak berkali-kali meluahkan kekesalannya dek keruntuhan sekelompok warung-warung yang pernah wujud dekat tapak parking Stesen Keretapi Seremban masa zaman dia muda dulu. Dia kata, kalaulah warung-warung yang katanya cuma dikenali sebagai RAILWAY tu ada lagi, pasti dia akan bawa kami semua makan dekat situ


Korang semua tahu pasal RAILWAY tu? Dari yang Mak cerita, tapak asal warung-warung tu dekat tempat parking Stesen Keretapi Seremban. Kalau anda dari Rembau/Tampin, anda akan berjumpa dulu dengan tapak parking tu lepas tu baru jumpa dengan bangunan Stesen Keretapi Seremban. Alaa.. senang cerita, parking tu  lebih kurang berhadapan dengan Padang Georgian SMKGV. 


Mungkin sesiapa yang pernah wujud zaman tu, ingat lagi pasal RAILWAY. Sekitar 1970an hingga 1990an. *lebih kurang mintak maaf Seronok dengar Mak cerita pasal RAILWAY masa mula-mula dulu. Tapi, bila dah berkali-kali, saya sendiri pun jadi hafal dialog Mak. Hahahaha. Mak cerita... sebelum kahwin ketika dia di zaman awal dunia pekerjaan, meskipun dia bawak bekal hari-hari dari rumah *well kami bukan orang senang setiap kali rehat pada pukul 10 pagi, dia dan sahabat akan menyeberang jalan menuju ke RAILWAY. Mungkin hampir setiap hari saya fikir memandangkan Mak selalu menceritakan nostalgia itu dengan begitu obses. *cover sikit Mak.


Macam-macam menu yang Mak ceritakan ada di warung RAILWAY tersebut. Ada gerai yang menjual nasi lemak berlauk rendang burung puyuh. Ada gerai yang menjual nasi campur dengan lauk wajibnya, ikan merah masak asam pedas. Ada gerai jual mee kari yang mak saya klasifikasikan sebagai mee kurus dan mee gemuk. Ada gerai yang jual mee kantonis *mungkin korang gelarkan sebagai mee kung fu. Harganya pun murah sampai ada yang mencecah RM 1.20 je! Menurut Mak lagi, masa tu siapa yang tak kenal dengan RAILWAY. Ramai pekerja memilih destinasi itu selepas penat bergelumang dengan tanggungjawab. Gerai-gerai RAILWAY menjadi tumpuan. Mungkin boleh dikatakan sebagai 'sangat dikenali' ataupun popular


Masa mula-mula dengar cerita mak ni, tak adalah sampai otak nakal saya menafsir apa-apa. Tapi, makin lama makin meningkat dewasa... saya mula hidu sesuatu. Cerita 'perkenalan' Mak dan Abah sebelum kahwin dulu yang juga turut menjadi halwa telinga, saya kaitkan dengan nostalgia Mak pada RAILWAY. 


Hahahahaha... bila saja Mak ditembak dengan soalan saya "RAILWAY ni tempat Mak dengan Abah berdating ke dulu?" dan Mak menjawabnya dengan diam dan ketawa, otak sang anak mula mengerti sendiri. 



GAMBAR SEKADAR HIASAN

GAMBAR SEKADAR HIASAN

GAMBAR SEKADAR HIASAN



Patutlah bila saja lalu depan tapak parking tu, Mak asyik mempertikaikan kenapa dirobohkan RAILWAY. Rupanya, RAILWAY ada nostalgianya yang tersendiri. Sedikit sebanyak, mungkin tempat itu menjadi 'tempat' untuk Mak dan Abah saling mengenali. Mungkin hanya dengan menu-menu makanan sederhana itu, makan di tempat yang tak berdinding bata, duduk bukan di kerusi berukir mewah... item-item itu sudah memadai. Tak perlu restoran bertaraf lima bintang. tak perlu dress labuh berlabuci yang menyapu lantai serta tuxedo yang mencekik nyawa. 

Menurut Mak, dia dan Abah pernah makan berdua di RAILWAY dulu sebelum berkahwin. Mungkin di situlah tempat mereka selalu berjumpa. Bila saya dengar balik semua cerita tu, rasa manis sangat. Menjamah makanan dengan malu-malu sambil berlatarbelakangkan riuh rendah orang berniaga dan bunyi brek keretapi. Memang sweetYalah kan? Selama ni bila lalu dekat situ saya tak kisah sangat pasal RAILWAY. Menggelabah nak tengok keretapi lalu adalah. Tapi, sekarang saya mula menghargai nilai sentimental yang ada pada cerita RAILWAY Mak. 

Nostalgia semalam yang terlalu indah. 23 Mac 1986, tarikh kahwin mereka. Pejam celik, pejam celik... tengok! Dah lebih dua dekad Mak dan Abah bersama. Kau ada? Jatuh bangun, suka duka... inilah mereka. Inilah kami. Kami empat beradik. Kami satu keluarga.




Tak ada apa yang saya mahu tulis pada nota untuk diserahkan pada Tuhan. Melainkan kelestarian kami sekeluarga sebagai keluarga yang aman dan bahagia. Jauhi kami dari segala hitam dan lambakkan kami dengan seberapa banyak putih. 

Hari akan terus berganti hari. Masa akan terus berganti masa. Semoga masa depan menanti kami dengan senyuman. Dan Mak... terus diulit nostalgia RAILWAY.


Credit to Along yang membantu untuk menghasilkan entri ni. Ni blog dia... lawat jangan tak lawat! 

Jumaat, 23 Disember 2011

SEMALAM BUKAN ESOK

Assalamualaikum WBT.


Mendapat ilham untuk menarikan jari di atas keyboard ni bila saya dengar lagu nyanyian Christina Aguilera... HURT. Pernah dengar lagu ni?




Seems like it was yesterday when i saw your face
You told me how proud you were but i walked away
If only I knew what I know today
Oooh.. Oooh...

I would hold you in my arms
I would take the pain away
Thank you for all you've done
Forgive all your mistakes
There's nothing I wouldn't do
To hear your voice again
Sometimes I want to call you
But I know you won"t be there

Oohh.. I'm sorry for blaming you
For everything I just couldn't do
And I've hurt myself by hurting you

Somedays I fell brokes inside but I won't admit
Sometimes I just want to hide, cause it's you I miss
And it's so hard to say goodbye
When it comes to this
Ooohh

Would you tell me I was wrong?
Would you help me understand?
Are you looking down upon me?
Are you proud of who I am?
There's nothing I wouldn't do
To have this one more chance
To look into your eyes
And see you looking back

Ooohh.. I'm sorry for blaming you
For everything I just couldn't do
And I'vve hurt myself... Ooohh..

If I had just one more day
I would tell you how much than I missed since you've been away
Ooohh.. it's dangerous
So out of line
To try and turn back time

Ooohh.. I'm sorry for blaming you
For everything I just couldn't do
And I've hurt myself...
By hurting you



Sebenarnya, daripada dulu lagi saya tak pernah mana-mana lagu Christina Aguilera. Sebab saya ingat, masa dalam umur-umur 7 tahun *lebih kurang saya lagi banyak mengikuti arus Britney Spears berbanding Christina Aguilera. Dalam usia sebegitu, otak kanak-kanak saya mengatakan bahawa lagu-lagu Britney Spears lagi best berbanding dengan lagu-lagu Christina Aguilera


Saya ingat masa mula-mula beli fon C3 ni... saya belek-belek jugalah lagu-lagu yang dah memang dimasukkan dek Tauke Cina tu dalam kad memori. Saya terjumpa lagu ni. Serius.. saya tak ambil pusing pun tahun bila lagu ni dilancarkan. Saya tak kira ni lagu baru atau sudah dikategorikan sebagai retro. Sekali je saya dengar lagu ni terus saya nak dengar berkali-kali. Video muziknya saya terjah. Liriknya saya rakam dalam otak.


Bagi saya, lagu ni sempurna. Lirik dia bercerita dengan penuh selamba tanpa perkataan-perkataan yang bombastik. Liriknya bergelumang dengan perasaan kesal yang tak sudah dan harapan yang tak mungkin akan tertunai. Video muziknya bercerita tentang penyesalan seorang bintang sarkas yang sebelum itu tidak menghargai sang ayah. Sedangkan, sebelum dia mengecapi glamor di gelanggang sarkas... lelaki tua itulah yang memberi tunjuk ajar dan restu kepadanya. Lalu, bila ayahnya dah tiada lagi, dia mula melalui saat-saat penyesalan yang teramat. 


Suara Christina Aguilera bila melantunkan lagu ini... cukup hebat. Bila dia berbisik pada sesetengah bahagian, kita dapat rasa seolah-olah dia sedang memencilkan diri daripada gerombolan manusia dan menangis seorang diri. Bila dia tinggikan suara, kita dapat rasa bahawa dia sedangmengutuk tubuhnya sendiri kerana sebelum ini dia tidak pernah ada perasaan menghargai. Bila dia serakkan suara, kita akan ingat mungkin dia menangis sebelum merekodkan lagu ini. 


Bunyi piano yang mendayu-dayu dan suara gesekan biola yang begitu beremosi memberikan lagu ini mood yang cepat meresap dalam perasaan. Lagu ni mempunyai jiwa... ada soul. Sehinggakan saya yang tak pernah melalui pengalaman seperti mana yang lagu ini ceritakan, merasai sendiri kesakitannya. Kesakitan bila kita kehilangan orang yang tak pernah kita hargai.


Menyelusuri ayat-ayat terakhir, apa yang boleh jari ini taipkan sebagai konklusi... untuk anda yang melalui saat-saat seperti di dalam lagu ini. Kita pernah dengar orang kata; menangis air mata darah sekalipun, yang pergi tetap pergi. Ya, tu benar. Hidup bukan berada di muka surat terakhir kalau kita kehilangan orang yang kita sayang. Bersyukur setidak-tidaknya kerana kita cuma kehilangan seorang, bukan semua. 


Semalam adalah semalam. 
Esok adalah esok. 


Memang sakit kerana kita berdepan dengan realiti bahawa kita tak akan lagi jumpa dengan 'dia.' Ambillah seberapa banyak mana pun masa untuk membina balik hidup anda tanpa perlu memadamkan 'dia' daripada 'kad memori' anda.


Kata pada otak anda lepas baca entri ni. Hargai sesiapa saja yang ada di kiri, kanan, depan, belakang, atas mahupun bawah. Kerana kita, manusia normal yang selalu buat silap, cuma akan menghargai bila mereka sudah tiada. Jadi sebelum terlambat... sebelum telinga anda terngiang-ngiang dengan lagu ni, buat apa yang sepatutnya anda buat. 




p/s : tengok kotak oren putih dekat sebelah ni... hik2!

Isnin, 12 Disember 2011

MIKROFON SEORANG MAT LUTHFI

Assalamualaikum WBT.


Makin galak jari jemari ni menaip entri blog semenjak dua bulan kebelakangan ini dari mengelakkan blog saya ni dihuni 'hantu-hantu' atau 'jembalang-jembalang.' Biasalah kan? Masa-masa macam ni lah otak kita dihujani macam-macam idea. 


Siapa yang tak kenal dengan Mat Luthfi? Lelaki Youtube yang mengumpul ratusan ribu tontonan daripada kalangan kita. Kenal kan? Kalau tak kenal, pergi daftar masuk mana-mana sekolah memandu balik lah! *uish macam marah .. hahaha Nah! Ni saluran Youtube dia... MatLuthfi90.


Saya menonton hampir kesemua video yang dihasilkan oleh vlogger ini. Memang saya kenal Anwar Hadi terlebih dahulu sebelum mengenali dia. Tapi, bila dah terjumpa dengan video-video dia... mata ini lebih tertarik untuk mengikuti karya Mat Luthfi.


Dia menyentuh pelbagai aspek kehidupan dari sudut pandangan yang tersendiri. Komedi dan sarkastiknya menyampaikan mesej dan inspirasi yang tersirat. Dia memerli lirik-lirik lagu cinta masa kini yang stereotaip. Dia memerli penghibur yang tercari-cari identiti. Dia menunjukkan definisi sebenar perpaduan yang dah lama tercipta dalam kalangan masyarakat kita. Bersahaja dan selamba. Dia tak perlukan publisiti untuk menempatkan dia sebagai seorang ikon yang bersinar di atas pentas. Dia hanya mempunyai suara dan otak. 


Kagum sebenarnya bila melihat cara-cara komuniti seperti Mat Luthfi meluahkan apa yang berselirat di fikiran mereka untuk tatapan 'kawan-kawan' mereka yang lain. Mereka bercakap menggunakan akal bukan sekadar mulut. Mereka tegur apa yang salah untuk kita gali apa yang betul. 


Saya berminat nak tunjukkan pada anda salah satu daripada video-video Mat Luthfi. Saya katakan ini sebagai video terbaik yang pernah dihasilkan oleh dia. Ideologi, kritikan dan humor disatukan dengan baik. Dia bercakap mengenai tipikal drama-drama Malaysia yang hampir tidak pernah berubah semenjak dari dulu hinggalah kini. 


Dari cerita dunia korporat yang merapu, cerita cinta yang tidak sudah-sudah ditimpa tragedi hinggalah ke kisah-kisah hantu yang agak melampau. Walaupun ada 'hujah' dia yang saya tak berapa setuju, tapi saya tetap melihat pandangan dia dari satu sudut yang positif. Apa-apa pun, memang perkara yang ditegur oleh Mat Luthfi itu wujud dalam era seni penyiaran kita. Dan saya tertarik dengan gaya penceritaan dia. 



Saya terkesan dengan mesej yang tertera di skrin komputer ini sebaik saja meniti saat-saat terakhir menonton video ini. 

"Apa guna pelakon korporat pada penonton hidup melarat."
"Mengapa tayang cinta terhalang bila rahmat Tuhan tebar melayang."
"Hantu sudah penat, tunggu manusia cari Malaikat."

Akhir kata, Mat Luthfi mempunyai mikrofonnya yang menjadi tempat untuk dia menjerit tentang inspirasi pada semua penghuni dunia. Dia tak beromong kosong seperti pak cik-pak cik yang melepaskan batuk di kedai kopi. Dia tak berlawak bodoh seperti badut-badut yang tak dibayar gajinya. Dia benar-benar melihat dunia, melihat apa yang ada di sekeliling kita untuk dijadikan sebagai inspirasi oleh pendengar-pendengar ocehannya. 

Renung-renungkan. Selamat beramal bebeh-bebeh sekalian! 




Jumaat, 9 Disember 2011

SARJANA LANTAI HIJAU : PELANGI ADILA

Assalamualaikum WBT. 


Okey. Sapa pernah baca entri ni Sarjana Lantai Hijau, angkat tangan sekarang!!! *apa gedik sangat ni? Cover sikit lah! Hahaha... Jadi, dengan tanpa membuang masa lagi, saya mempersembahkan kepada anda sambungan kepada entri tersebut. 


Memandangkan didesak beberapa kali oleh beliau *hahahahaha ... saya mengerah juga 10 jari ini untuk menaip entri mengenai diri beliau. Adila Azizan.


Ketika habis orientasi Pra U di dewan SMKTBT, kami terus ditempatkan di kelas masing-masing. Mula-mula pandang dia dulu, saya ingat lagi... saya tak tegur dia pun. Sebab dia seperti agak kedivaan dan kurang melayan sedikit. Tapi, situasi itu lama kelamaan... berubah. Dia tidaklah seperti yang saya fikirkan. Jauh lari dari tanggapan pertama! 


Sepanjang mengenali dia, saya masak dengan beberapa karakter dia yang memang agak ketara. Cermin yang sentiasa melekat di tangan. Pandangan yang khuatir bila ada mata yang merenung lama wajah dia. Agak senyap dengan orang yang dia tak kenal. Bunyi ketawa yang kadang-kadang agak membingitkan. Itu penilaian tahap pertama saya.


Masa demi masa... kami mula rapat *cet! jangan pikir lain! Ternyata, ianya sesuatu yang agak thriller bila berkawan dengan dia. 


aku copy yang ni cik dila oi !!! *aku paling suka gambar kau yang ni.. terserlah ke'adila'n nya... hik2

Di sebelah blogger terkenal

Suka baca blog beliau. Ini blog dia.. pergi tengok sekarang ! Pelangi Itu Hijau ! *ok.. perlu ke tanda seru ni. Cara dia 'bersuara' dalam satu bentuk komedi yang selalu membuat saya terbelahak. Entri dia kadang-kadang agak gila tetapi ada point yang dia nak cakapkan. Selalu membicarakan pasal kehidupan dari sudut pandang dia yang kelakar dan lucu.


Apa-apa pun, zombie dah on the way ke mari terima kasih kepada beliau sebab sudi melakukan perkara-perkara di bawah ini dengan saya sepanjang hampir 8 bulan saya mengenalil dia iaitu :


Sudi jadi 'konsultan' yang memakenikkan blog SILANG KATA FAIZ ni. Dia lah yang masukkan saya dalam grup hitu grup hini, dia lah yang tolong renovatekan blog ni dari shoutmix hinggalah ke bahagian membetulkan header.


Sudi jadi teman sebas dulu!


Sudi penuhkan dinding Facebook saya hampir setiap hari.


Sudi jadi 'cikgu' kadang kala dekat sekolah.


Sudi pinjamkan cermin


Okey... saya rasa tu jelah kot. yang lain-lain punya terima kasih saya simpan untuk yang episod lain je lah. Awal sangat nak berterima kasih panjang lebar bebenor. Rileks, malam kan masih muda. Mungkin entri ni tak seberapa, tapi Adila! Aku ikhlas menaip ni ! Hahahaha...


Terima kasih sebab menjadi salah seorang Ahli Sarjana Lantai Hijau. Jom, kita cipta memori untuk satu tahun lagi! Saya doakan kebahagiaan anda bersama dengan 'dia.' Ehem2.. kahwin nanti jemput!


*Tunggu ya entri seterusnya pasal ahli Sarjana Lantai Hijau yang lain pulak... hik2...

Ahad, 4 Disember 2011

SMS DARIPADA KATY PERRY

Assalamualaikum WBT. Cover sikit doe!


Kembali 'berjalan-jalan' di kad memori 2 gig saya, saya mula perasan... kebanyakan lagu-lagu yang mengisi arkib kad memori itu didominasi oleh Katy Perry. Wow... lebih dari dua puluh lagu. Kalau difikir semula, hampir setiap hari earphone saya 'membawa' lagu Katy Perry ke telinga. Ya, setiap hari saya pasti mendengar suara dia.


Pengakuannya... saya adalah salah seorang 'penagih tegar Katy Perry.' Dia pilihan pertama saya selain Stacy Angie (Malaysia). Lagu-lagu dia selalu berkumandang di telinga. Daripada yang pop sehinggalah ke ballad. Dari yang nakal hinggalah yang sedih.


Saya ingat lagi, lagu dia yang mula-mula saya dengar, Hot 'N' Cold. Bermula daripada itu, saya mula menjejaki kesemua lagu-lagu Katy Perry. I Kissed A Girl, Thinking Of You, Waking Up In Vegas, Ur So Gay, One Of The Boys, Fingerprint, Cup Of Coffee, Wish You The Worst, Starstrukk, If We Ever Meet Again, California Girls, E.T., Teenage Dream, Firework, Last Friday Night (T.G.I.F.), The One That Got Away dan banyak lagi. Saya gilakan dia teramat. 


Tak tahulah. Apasal saya tak pilih Lady Gaga, Justin Bieber mahupun Rihanna? Kenapa saya tak fanatik pada Bruno Mars dan Maroon 5 sefanatik saya pada Katy Perry? Saya tak ada jawapan. Yang saya tahu saya tak pernah muak dengar mana-mana lagu dia walaupun berulang kali. Bagi saya, Katy Perry hebat kerana suaranya. Suara dia akan menyebabkan lagu yang tak sedap menjadi hebat. Suara dia akan menyebabkan sesuatu lagu itu menjadi sempurna. Dia nakal. Nakal Katy Perry relevan dengan muzik yang dia bawa. Kostum-kostum dia langsung tidak konvensional. Dia sanggup untuk berdiri sebagai seorang yang aneh di depan penonton-penonton untuk melabelkannya sebagai seorang penyanyi beridentiti. 


Lirik-lirik yang tercatat di atas susunan-susunan lagu dia selalu membuatkan saya terfikir panjang. Kebanyakannya dekat dengan hati orang yang mendengar, saya percaya itu. Lirik yang ditulis begitu selamba dan bersahaja, kemudian diekspresikan dengan vokal luar biasa Katy Perry... itu sudah cukup untuk dia 'menembak' jauh ke emosi setiap kali saya layan mana-mana lagu dia. 


Someone call the doctor
Got a case of a love bi-polar
Stuck on a roller coaster
Can't get off this ride
You change your mind
Like a girl changes clothes
- HOT 'N' COLD -


Saya kagum dengan bahagian ini dalam lagu Hot 'N' Cold. Dalam bahagian ni, Katy Perry kedengaran umpama merengek seperti bayi dan menjerit seperti orang yang terkena skizofrenia semata-mata untuk mengadu pada dunia yang boyfriendnya gantung dia tak bertali. Hahahaha .. dia memang gila.

He kissed my lips I taste your mouth
He pulled me
I was disgusted with myself
- Thinking Of You -


Lagu ni antara lagu dia yang paling saya minat. Sungguh, saya betul-betul terasa akan emosinya bila otak kita begitu ego kerana mengingati kekasih yang telah lama pergi sedangkan fizikal kita hipokrit kerana kita menggantikan 'kekasih' itu dengan orang yang tak kita cintai. Sedih dan sayu. Lagu ini mungkin lagu paling beremosi sedih yang pernah saya dengar.

'Cause baby you're firework
Come on, show 'em what your worth
Make 'em go, oh, oh, oh
As you shoot across the sky
Baby you're firework
Come on, let your colour burst
Make 'em go, oh, oh, oh
You're gonna leave 'em falling down
- Firework - 


Lagu yang cukup menginspirasikan. Dia menjerit kepada semua untuk berani menonjolkan apa yang tersembunyi di sebalik tangan mereka. Yeah! Inspirasi!

All this money can't buy me a time machine (No)
It can't replace you with a million rings (No)
I should told you what you meant to me (Woo)
'Cause now i paid the price
- The One That Got Away -


Mula-mula saya dengar lagu ni dulu, saya terus jadikannya sebagai ringtone. Saya terus jadikan ini sebagai lagu Katy Perry yang paling saya minat. Sayunya bila kita nak orang yang dah tiada untuk muncul balik dalam kehidupan yang tak pasti lagi. Penuh penyesalan. Lagu ni mengajar kita untuk menghargai sebelum 'benda' tu pergi dari kita. Supaya kita tak menyesal. Supaya kita tak berimaginasi sesuatu yang tak pasti. 

Let me be the first
To wish you the worst
'Cause I think you
Deserve each other
Let me be the curse
That creeps
Under your skin
Until your heart
Caves in
And you wish
She was me again
- Wish You The Worst -


Lagu Katy Perry yang paling saya gilakan. Sarkastik dan sinikal. Kita dapat rasa macam mana marahnya Katy Perry kepada 'bekas' dia sehingga dia berkata: "Wish You The Worst." Lagu ini hidup dengan cara yang begitu selamba. Kadang-kadang kedengaran santai. tapi penuh toksik yang boleh membuatkan 'bekas' dia itu tertunduk dengan muka yang merah. Kerja yang baik, Katy Perry!!!

Banyak lagi pendapat saya terhadap lagu dia yang saya nak kongsi dengan anda. Tapi takkan nak buat sampai bernanah jari anda nak scroll kan? Hahahaha... ini sebahagian daripada fenomena yang penghibur ini lakukan. Saya sentiasa mengharap 'wow' daripada dia. Dan setiap 'wow' yang dia hasilkan tak pernah menghampakan saya. Mungkin ada yang melihat kecacatan atau ketidaksempurnaan seorang Katy Perry. Tapi, dari mata saya... dia sudah cukup hebat

Suara dia akan terus dekat di telinga lalu dibawa ke hati. Mimik muka nakal dia akan terus menyapa mata lalu dibawa ke otak. Muzik dia akan terus membingit di gegendang telinga lalu membawa ke jantung langsung menyebabkan darah dipam dengan perlahan. 

Dan saya akan terus menanti 'SMS' yang terselindung di sebalik lirik-lirik lagu dia. 'SMS' yang sentiasa menjadi inspirasi kepada saya.

Dia... Katy Perry. Dia gula-gula. Dia radio. Dia badut. Dia semuanya. Penghibur sebenar.




PENULIS DI MESIN TAIP SKRIP : KUATKAN HATI, ARIA

Assalamualaikum WBT.


Tarikh 1 Disember 2011, saya dikejutkan dengan berita pemergian ayahanda kepada rakan scriptwriter saya, Aria ke rahmatullah. 


Besoknya, saya pergi melawat. Seperti biasa... bacaan yasin saya sedekahkan. Melihat Aria yang lesu tidak bermaya membuatkan jiwa saya terasa. Berat dugaan yang diberikan kepada seseorang manusia tu bila diambil ayah atau ibu mereka, kan? Saya percaya, sesiapa yang pernah melalui detik-detik seumpama itu... separuh daripada semangat akan terbang. Tercari-cari kekuatan.


Bila saya melihat keadaan itu, saya seolah-olah melihat refleksinya pada diri saya. Mungkin satu hari nanti bila saya berada di tempat itu, saya turut akan menitiskan air mata yang mahal RMnya, menghilangkan bar-bar tenaga yang tidak dicas, menghabiskan masa dengan termenung mengingatkan momen-momen bersama 'dia' dan menyusun hari-hari sepi yang akan datang tanpa ditemani suara 'dia' yang telah pergi. Wow... saya percaya itu berat. Saya percaya itu bukan sesuatu yang bisa PULIH dalam seminit dua. 


Untuk Aria...
Aku kenal kau dari darjah satu. Dan aku kenal kekuatan kau. Aku tau, dalam air mata yang seberapa banyak sekali pun kuantitinya.. kau masih tetap teruskan kehidupan. Kuat, Eya!!! Tuhan sedang berkata sesuatu. Dia berikan kau ujian untuk dia berikan kau kebahagiaan pada hari-hari yang akan datang. Kuat, Eya!!! Aku tak nak kau lemah. Kau masih ada keluarga dan kawan-kawan yang perlukan kau pada hari esok, lusa dan seterusnya. Dan aku nak kau tau... yang aku akan sentiasa berada di belakang kau. Ingat janji kita? Kawan sampai mati.


Untuk anda semua... luangkan masa sesaat dua jika anda Muslim. Mari kita sedekahkan Al-Fatihah ke atas arwah. Moga Tuhan mempermudahkan segala-galanya.