Isnin, 12 Disember 2011

MIKROFON SEORANG MAT LUTHFI

Assalamualaikum WBT.


Makin galak jari jemari ni menaip entri blog semenjak dua bulan kebelakangan ini dari mengelakkan blog saya ni dihuni 'hantu-hantu' atau 'jembalang-jembalang.' Biasalah kan? Masa-masa macam ni lah otak kita dihujani macam-macam idea. 


Siapa yang tak kenal dengan Mat Luthfi? Lelaki Youtube yang mengumpul ratusan ribu tontonan daripada kalangan kita. Kenal kan? Kalau tak kenal, pergi daftar masuk mana-mana sekolah memandu balik lah! *uish macam marah .. hahaha Nah! Ni saluran Youtube dia... MatLuthfi90.


Saya menonton hampir kesemua video yang dihasilkan oleh vlogger ini. Memang saya kenal Anwar Hadi terlebih dahulu sebelum mengenali dia. Tapi, bila dah terjumpa dengan video-video dia... mata ini lebih tertarik untuk mengikuti karya Mat Luthfi.


Dia menyentuh pelbagai aspek kehidupan dari sudut pandangan yang tersendiri. Komedi dan sarkastiknya menyampaikan mesej dan inspirasi yang tersirat. Dia memerli lirik-lirik lagu cinta masa kini yang stereotaip. Dia memerli penghibur yang tercari-cari identiti. Dia menunjukkan definisi sebenar perpaduan yang dah lama tercipta dalam kalangan masyarakat kita. Bersahaja dan selamba. Dia tak perlukan publisiti untuk menempatkan dia sebagai seorang ikon yang bersinar di atas pentas. Dia hanya mempunyai suara dan otak. 


Kagum sebenarnya bila melihat cara-cara komuniti seperti Mat Luthfi meluahkan apa yang berselirat di fikiran mereka untuk tatapan 'kawan-kawan' mereka yang lain. Mereka bercakap menggunakan akal bukan sekadar mulut. Mereka tegur apa yang salah untuk kita gali apa yang betul. 


Saya berminat nak tunjukkan pada anda salah satu daripada video-video Mat Luthfi. Saya katakan ini sebagai video terbaik yang pernah dihasilkan oleh dia. Ideologi, kritikan dan humor disatukan dengan baik. Dia bercakap mengenai tipikal drama-drama Malaysia yang hampir tidak pernah berubah semenjak dari dulu hinggalah kini. 


Dari cerita dunia korporat yang merapu, cerita cinta yang tidak sudah-sudah ditimpa tragedi hinggalah ke kisah-kisah hantu yang agak melampau. Walaupun ada 'hujah' dia yang saya tak berapa setuju, tapi saya tetap melihat pandangan dia dari satu sudut yang positif. Apa-apa pun, memang perkara yang ditegur oleh Mat Luthfi itu wujud dalam era seni penyiaran kita. Dan saya tertarik dengan gaya penceritaan dia. 



Saya terkesan dengan mesej yang tertera di skrin komputer ini sebaik saja meniti saat-saat terakhir menonton video ini. 

"Apa guna pelakon korporat pada penonton hidup melarat."
"Mengapa tayang cinta terhalang bila rahmat Tuhan tebar melayang."
"Hantu sudah penat, tunggu manusia cari Malaikat."

Akhir kata, Mat Luthfi mempunyai mikrofonnya yang menjadi tempat untuk dia menjerit tentang inspirasi pada semua penghuni dunia. Dia tak beromong kosong seperti pak cik-pak cik yang melepaskan batuk di kedai kopi. Dia tak berlawak bodoh seperti badut-badut yang tak dibayar gajinya. Dia benar-benar melihat dunia, melihat apa yang ada di sekeliling kita untuk dijadikan sebagai inspirasi oleh pendengar-pendengar ocehannya. 

Renung-renungkan. Selamat beramal bebeh-bebeh sekalian! 




2 ulasan:

Saddila berkata...

i love u mat luthfi .
tetapi maaf abang , sayang terpaksa berkahwin dengan lelaki lain demi keluarga . lagi pun dia lagi kaya dari abang .
maafkan sayang , abang :(

i love u always <3 <3 muah !

dari lensa faiz berkata...

mat luthfi kata : "ok."