Isnin, 26 Disember 2011

NOTA UNTUK TUHAN : NOSTALGIA WARUNG TEPI RAILWAY

Assalamualaikum WBT.


Langit gelap tanda hari mahu hujan kelmarin ketika kereta yang dipandu Abah memasuki kawasan pekan Seremban. Kuantiti kereta yang agak banyak hari tu *memandangkan nak cuti Krismas menyebabkan trafik bergerak seperti siput. Bila kami pandang kiri, kami sedang melintasi Stesen Keretapi Seremban


Seperti biasa, macam detik-detik yang sebelum ni.. Mak berkali-kali meluahkan kekesalannya dek keruntuhan sekelompok warung-warung yang pernah wujud dekat tapak parking Stesen Keretapi Seremban masa zaman dia muda dulu. Dia kata, kalaulah warung-warung yang katanya cuma dikenali sebagai RAILWAY tu ada lagi, pasti dia akan bawa kami semua makan dekat situ


Korang semua tahu pasal RAILWAY tu? Dari yang Mak cerita, tapak asal warung-warung tu dekat tempat parking Stesen Keretapi Seremban. Kalau anda dari Rembau/Tampin, anda akan berjumpa dulu dengan tapak parking tu lepas tu baru jumpa dengan bangunan Stesen Keretapi Seremban. Alaa.. senang cerita, parking tu  lebih kurang berhadapan dengan Padang Georgian SMKGV. 


Mungkin sesiapa yang pernah wujud zaman tu, ingat lagi pasal RAILWAY. Sekitar 1970an hingga 1990an. *lebih kurang mintak maaf Seronok dengar Mak cerita pasal RAILWAY masa mula-mula dulu. Tapi, bila dah berkali-kali, saya sendiri pun jadi hafal dialog Mak. Hahahaha. Mak cerita... sebelum kahwin ketika dia di zaman awal dunia pekerjaan, meskipun dia bawak bekal hari-hari dari rumah *well kami bukan orang senang setiap kali rehat pada pukul 10 pagi, dia dan sahabat akan menyeberang jalan menuju ke RAILWAY. Mungkin hampir setiap hari saya fikir memandangkan Mak selalu menceritakan nostalgia itu dengan begitu obses. *cover sikit Mak.


Macam-macam menu yang Mak ceritakan ada di warung RAILWAY tersebut. Ada gerai yang menjual nasi lemak berlauk rendang burung puyuh. Ada gerai yang menjual nasi campur dengan lauk wajibnya, ikan merah masak asam pedas. Ada gerai jual mee kari yang mak saya klasifikasikan sebagai mee kurus dan mee gemuk. Ada gerai yang jual mee kantonis *mungkin korang gelarkan sebagai mee kung fu. Harganya pun murah sampai ada yang mencecah RM 1.20 je! Menurut Mak lagi, masa tu siapa yang tak kenal dengan RAILWAY. Ramai pekerja memilih destinasi itu selepas penat bergelumang dengan tanggungjawab. Gerai-gerai RAILWAY menjadi tumpuan. Mungkin boleh dikatakan sebagai 'sangat dikenali' ataupun popular


Masa mula-mula dengar cerita mak ni, tak adalah sampai otak nakal saya menafsir apa-apa. Tapi, makin lama makin meningkat dewasa... saya mula hidu sesuatu. Cerita 'perkenalan' Mak dan Abah sebelum kahwin dulu yang juga turut menjadi halwa telinga, saya kaitkan dengan nostalgia Mak pada RAILWAY. 


Hahahahaha... bila saja Mak ditembak dengan soalan saya "RAILWAY ni tempat Mak dengan Abah berdating ke dulu?" dan Mak menjawabnya dengan diam dan ketawa, otak sang anak mula mengerti sendiri. 



GAMBAR SEKADAR HIASAN

GAMBAR SEKADAR HIASAN

GAMBAR SEKADAR HIASAN



Patutlah bila saja lalu depan tapak parking tu, Mak asyik mempertikaikan kenapa dirobohkan RAILWAY. Rupanya, RAILWAY ada nostalgianya yang tersendiri. Sedikit sebanyak, mungkin tempat itu menjadi 'tempat' untuk Mak dan Abah saling mengenali. Mungkin hanya dengan menu-menu makanan sederhana itu, makan di tempat yang tak berdinding bata, duduk bukan di kerusi berukir mewah... item-item itu sudah memadai. Tak perlu restoran bertaraf lima bintang. tak perlu dress labuh berlabuci yang menyapu lantai serta tuxedo yang mencekik nyawa. 

Menurut Mak, dia dan Abah pernah makan berdua di RAILWAY dulu sebelum berkahwin. Mungkin di situlah tempat mereka selalu berjumpa. Bila saya dengar balik semua cerita tu, rasa manis sangat. Menjamah makanan dengan malu-malu sambil berlatarbelakangkan riuh rendah orang berniaga dan bunyi brek keretapi. Memang sweetYalah kan? Selama ni bila lalu dekat situ saya tak kisah sangat pasal RAILWAY. Menggelabah nak tengok keretapi lalu adalah. Tapi, sekarang saya mula menghargai nilai sentimental yang ada pada cerita RAILWAY Mak. 

Nostalgia semalam yang terlalu indah. 23 Mac 1986, tarikh kahwin mereka. Pejam celik, pejam celik... tengok! Dah lebih dua dekad Mak dan Abah bersama. Kau ada? Jatuh bangun, suka duka... inilah mereka. Inilah kami. Kami empat beradik. Kami satu keluarga.




Tak ada apa yang saya mahu tulis pada nota untuk diserahkan pada Tuhan. Melainkan kelestarian kami sekeluarga sebagai keluarga yang aman dan bahagia. Jauhi kami dari segala hitam dan lambakkan kami dengan seberapa banyak putih. 

Hari akan terus berganti hari. Masa akan terus berganti masa. Semoga masa depan menanti kami dengan senyuman. Dan Mak... terus diulit nostalgia RAILWAY.


Credit to Along yang membantu untuk menghasilkan entri ni. Ni blog dia... lawat jangan tak lawat! 

2 ulasan:

Saddila berkata...

boleh pass kan abg kamu kepada saya tak ? beliau nampak handsome daripada makanan2 tu semua -__-'
kirim salam ye ??

dari lensa faiz berkata...

-__- hahahaa