Sabtu, 30 April 2011

PENGASUH TERBAIK BERSUARA SENGAU

Assalamualaikum WBT...

Tiba-tiba saya teringat setahun ke dua tahun lepas. Mungkin pada waktu yang sama ketika saya mulakan penulisan ini iaitu 12 malam... saya sanggup berjaga sampai pukul 1 pagi - sedangkan besoknya sekolah :p - semata-mata untuk berbaring depan televisyen dan gelak sorang-sorang. Saya pastikan semua homework siap dan baju sekolah dah bergosok, so saya boleh tengok tv awal pagi tu dengan aman. 

Saya percaya dan saya yakin.... sesiapa yang tengah baca sekarang, yang pernah menjadi peminat tegar kepada topik yang akan saya taip ni... pasti anda dah dapat agak dah apa yang saya akan tulis sebaik sahaja anda baca tajuk dekat atas ni. Hahahaha... 

*Mencelah sekejap.. thanks to Syai Hidayah yang juga peminat tegar'benda' ni sekali gus bagi idea untuk saya buat entri pasal 'benda' ni...*



THE NANNY!!!!!!!
Satu-satunya produk yang saya anugerahkan title PERSEMBAHAN KOMEDI TERBAIK SEPANJANG ZAMAN.

WOW!
SUPERB!
AWESOME!

Apa lagi perkataan yang boleh saya guna untuk gambarkan betapa hebatnya siri ini dalam hidup saya??

Suara sengau itu macam masih terdengar-dengar lagi dekat telinga saya. Saya masih teringat-ingat lagi setiap komedi dia. Semuanya memberikan saya satu inspirasi untuk saya mulakan hari. Saya tonton tanpa sedikit pun perasaan jemu meskipun berulang-ulang. Memetik kata-kata Syai Hidayah (cewah)... "lawak dia sebenarnya untuk orang-orang yang genius tau wei!". Yes it is!


Fran Fine 
Sapa yang tak terkesan dengan pembawakan watak ini? Seorang wanita bersuara sengau yang berkhidmat dengan keluarga Sheffield. Pakaian dia yang sentiasa berani berada di luar kotak. Dengan gedik dia, ketawa dia.. semuanya. Sememangnya, dia aktres komedi terbaik yang saya pernah tonton seumur hidup saya...

Maxwell Sheffield

Maggie Sheffield

Brighton Sheffield

Gracie Sheffield

CC Babcock

Val

Sylvia Fine


Yetta
NILES!!!   
Sememangnya... sitkom ini meninggalkan kesan kepada saya. Malah, saya percaya juga yang sitkom ini turut meninggalkan kesan kepada penonton2 yang lain. 
Butler yang penyibuk tetapi seorang kawan yang sangat best! Rakan kongsi yang psiko. Mak yang kuat makan. Nenek yang nyanyuk. Bos yang ego. Semuanya gabungan yang sempurna. Cukup sempurna untuk mengizinkan sitkom ini terus menghuni kaca televisyen rumah saya satu ketika dahulu.

Walaupun The Nanny dah lama menoktahkan perjalanannya, sampai sekarang saya masih dapat rasa kelakar dia. Dan lepas tu ketawa sorang-sorang macam orang gila. 

Untuk meninggalkan sesuatu impak dalam sesebuah produk komedi, saya percaya, bahan komedi itu sendiri perlu dekat dengan jiwa penontonnya. Seperti mana The Nanny. Dan bila elemen itu ditekankan, saya percaya komedi itu akan diiktiraf sebagai komedi terbaik.

Hmmm... ketawa pun sebenarnya satu terapi kan dalam hidup? Saya percaya.. ada lambakan lagi sitkom2 yang ada dekat tv sekarang ni. Percaya cakap saya! Kalau anda stres atau anda rasakan saat-saat dalam hidup anda adalah saat-saat yang paling membosankan... pergi depan tv , tonton bahan2 komedi dan ketawa. Semuanya akan hilang! CONFIRM!

Jumaat, 29 April 2011

DARI SUDUT : "KASHAF IMANI"

Assalamualaikum WBT



Sebelum kita mula... pertama sekali saya minta maaf. Pengakuannya, baru kelmarin saya menonton ulangan drama ni. Sedangkan drama ni dah ditayangkan dekat Astro Ria lebih dua bulan yang lalu. Saya mengaku masa saya tengok iklan dia dulu, saya agak skeptikal pada penilaian awal. Saya tak tahu... tapi apa yang saya fikirkan masa tu, saya tak berminat nak tengok drama ni. Tapi, malam kelmarin benar-benar berubah. Saya terpaku depan tv, tengok cerita ni dari awal sampai ke habis.

Drama ini diarahkan oleh pemenang Aktor Pembantu Terbaik Anugerah Skrin 2010 : Azma Aizal Yusof. Dilakonkan oleh Beto Kusyairi, Sharifah Amani, Normah Damanhuri, Wan Sharmila, Noryati Taib, dan beberapa lagi. Skrip oleh Shahrulezad Mohameddin dan Shariman Wahap. Cerita asalnya pula oleh pengarah drama ini sendiri.

Menceritakan kehidupan yang berkisar di sebuah flat. KASHAF, remaja bermasalah yang tinggal bersama dengan ibunya, Rosnah, seorang GRO dan adiknya, Shamim, seorang pelajar kolej. Kashaf bekerja sebagai 'budak penghantar dadah.' Satu hari, tragedi yang tak diduga berlaku bila Kashaf diserang dan ditikam menyebabkan dia terlantar koma. Yang menjadi konfliknya adalah ketika koma itulah roh Kashaf mula 'berkeliaran' untuk meminta maaf kepada ibunya dan bertaubat. Isunya pulak, tak ada sesiapa yang boleh nampak dia. Melainkan hanya seorang sahaja.

Imani pula merupakan pekerja di sebuah kedai buku/perpustakaan. Yang saya perasan, rak-rak yang mengelilingi dia tu semuanya diisi dengan buku-buku keagamaan. Tanpa dicadangkan atau diminta, Imani mempunyai suatu keistimewaan anugerah daripada Tuhan. Dia mampu melihat perkara-perkara yang orang biasa tak dapat nak lihat dengan mata kasar. Dalam ayat lainnya... MAKHLUK HALUS. Ha....
Dalam masa yang sama, Imani yang turut tinggal di flat yang sama dengan flat Kashaf, dah lama simpan perasaan dekat lelaki tu. Manisnya, dia sanggup kutip barang-barang yang Kashaf dah buang seperti botol minyak wangi dan lighter. Semua tu dia simpan dalam tin biskut.  Tetapi, Imani tak berani untuk tampil berterus-terang di hadapan lelaki itu.

Menarik telemovie ni... Macam-macam emosi yang kita dapat rasa: 
  • Kita dapat rasa kemanisan perasaan yang dipendam oleh Imani untuk 'kekasih gelapnya.' Kemanisan ketika Imani dan Kahsaf berbual-bual buat pertama kalinya. Imani mati2 cari alasan untuk nampakkan yang dia sebenarnya tak suka dekat Kashaf. Tapi alasan2 tu semua adalah alasan2 yang tak logik. 
  • Kita dapat rasa kelemasan hidup dalam keluarga yang kucar-kacir. 
  • Kita dapat rasa kemarahan masa Kashaf mengamuk dekat mak dan adik dia. Tetapi, kemudiannya dia rasa bersalah sangat.
  • Kita dapat rasa keinsafan ketika Kashaf dekat atas jejantas tu.
  • Kita dapat rasa bila Imani serba tak kena untuk tolong mana-mana roh yang datang dekat dia sebelum ni sebab dia seperti ragu-ragu dengan keistimewaan ini. Tapi, bila yang datang tu adalah roh orang yang dia sayang...?? Itu benar-benar membuntukan, saya percaya.

Hebatlah. Saya kagum skrip cerita ni. Serius! Sampaikan saya rasa cerita ni tak diskripkan tapi sebaliknya dikatakan dengan spontan mengikut emosi pelakon ketika itu. Skripnya jujur. Ya.. banyak mencarut tapi itu tak jadi masalah sebab bukan tu pointnya. 

Satu babak dalam keseluruhan cerita ni yang buat saya kagum iaitu masa Imani pergi ke hospital untuk jberumpa Mak Cik Rosnah. Masa tu Mak Cik Rosnah sedang menangis dekat depan Kashaf yang dah koma tak sedar diri. Jelas tergambar dekat wajah Imani yang seperti berperang dengan emosi bila roh Kashaf menjerit2 mintak Imani bagitau Mak Cik Rosnah yang dia sayangkan Mak Cik Rosnah. Saya dapat rasa babak tu sampai sekarang.

Mulanya saya ingat tajuk cerita ni: 'Kashaf Imani' sekadar melambangkan nama kedua-dua watak utamanya. Tapi sebenarnya ada yang tersirat. Perkataan 'Kashaf' tu sebenarnya membawa maksud untuk watak Imani sendiri. Dalam Islam... 'Kashaf' bermaksud terbuka atau ternampak sesuatu yang ghaib melalui pandangan hati. Imani sendiri dikurniakan Tuhan untuk memiliki keistimewaan tersebut.

Keseluruhannya... cerita ini meninggalkan kesan dalam diri saya. Jalan cerita yang disusun dengan begitu kemas. Buat penontonnya teringat tentang peluang kedua yang tak semestinya dapat dekat semua orang. Buat penonton sedar tentang kenytaan bahawa setiap perkara yang berlaku ada hikmah yang akan datang di kemudian hari. Buat penonton terfikir yang setiap perkara yang berlaku itu adalah takdir yang dah ditulis. Dakwahnya... tegurannya... mungkin berbeza dari mana-mana cerita lain, tapi ianya masih mampu meninggalkan kesan, malah mungkin dengan lebih mendalam lagi.

Tahniah untuk semua yang terlibat, membikin telemovie ini. Dari penulis skrip sehingga ke pengarah. Dari pelakon utama hinggalah ke pelakon pembantu. 
TAHNIAH!

Rabu, 20 April 2011

LELAKI DI ATAS 'WILCA'

Assalamualaikum WBT... 

"Oleh kerana kita hidup dalam demokrasi terpimpin... Saya Usop, bekas penari kebudayaan, ingin mengesyorkan agar kita membuat undian. Sapa-sapa di sini yang menyokong supaya rumah Kak Limah tu kita bako, dan kita menang dalam mesyuarat ini... Sila angkat tangan macam saya..."

"Bukan 'wilca'.... wheelchair. Tu le, sekolah dulu tak nak ambik ape... english education. Ha... sume nak kome nolong bila dah bengap macam tu..." 

Hahahahahahaha...
Dialog-dialog dekat atas ni mungkin antara dialog yang paling popular buat masa ni. Dialog ini adalah antara cebisan yang terdapat di dalam filem 'Hantu Kak Limah Balik Rumah.' Sebuah filem yang berjaya mencipta lingkungan fenomenanya yang tersendiri. Tapi, entri kali ni bukan mengenai keseluruhan filem itu. Saya hanya berminat untuk mengambil seorang sahaja daripada kelompok tersebut. Tak lain tak bukan... watak yang berjaya mengekspresikan skrip-skrip di atas dengan begitu hebat sekali iaitu:

USOP. 
Watak ini dimainkan oleh pelakon Syed Mohamad Asri atau Shy8. Lebih dikenali dengan nama 'Usop Wilca' atau 'Usop Wheelchair' (ni untuk sapa2 yang ada english education). Salah seorang penduduk Kampung Pisang yang juga merupakan bekas penari kebudayaan. Saya tahu ramai yang dah sedia maklum. Tapi, fakta ni sekadar pelengkap. Watak ni pada mulanya wujud dalam filem 'Zombi Kampung Pisang.' Ianya kemudian diberi peranan yang lebih berat dalam sekual filem tersebut; 'Hantu Kak Limah Balik Rumah.' Berkerusi roda kerana kecacatan kakinya. Siapa yang tak terbayang-bayang dengan pergerakan lenggok tangan yang begitu sinonim dengan watak ni? Hahahahaha...

Saya ingat lagi. Kali pertama saya menonton Shy8 ketika beliau berlakon dalam siri popular 'Dunia Baru.' Saya percaya ramai yang ingat dengan drama bersiri popular tu. Saya pun salah seorang pengikut siri tersebut. Pada ketika itu, Shy8 melakonkan watak lelaki cemerkap yang hampir-hampir menjadi bapa tiri kepada Opie. Selepas itu, saya melihat pula dia di dalam 'Zombi Kampung Pisang.' Dan, akhirnya ingatan saya terpaku untuk lelaki ini sebaik sahaja menonton 'Hantu Kak Limah Balik Rumah.' 

Dengan cara percakapan berloghat Perak yang pekat, hayunan jari-jari dia dan suara yang kedengaran agak kelakar, watak ini benar-benar kuat pada saya. Membawa unsur komedi yang tersendiri dan tidak nampak 'bodoh,' dialog-dialog yang dituturkannya dalam filem tersebut menjadi ikut-ikutan sekarang. Kekuatan watak ini membuatkan saya terfikir, watak ini mempunyai peluang besar untuk dinobatkan sebagai Aktor Pembantu Terbaik dalam mana-mana majlis anugerah. Yeah... ini serius. Watak tersebut betul-betul membuatkan saya berasa kagum. Ia menyampaikan humor melalui satu sisi yang berlainan. Perli-perli yang dinyatakan dalam bentuk humor mungkin membuatkan kita rasa seperti itu bukan perli pada dasarnya. Tapi, sebenarnya setiap apa yang dia katakan - bukan dia saja, semua watak dalam filem tu katakan - mempunyai mesej-mesej yang tersirat. Menyentuh semua aspek yang kadang-kadang kita terlepas pandang.

Tahniah la untuk pembawa watak ini, Shy8. Tahniah untuk Mamat Khalid, penulis skrip dan semua yang dah menyuntik kekuatan untuk watak ni. Serius... benar-benar hebat. 








Mungkin pada tahap ni... masyarakat Malaysia kena buang perspektif yang mengatakan komedi pada zaman sekarang adalah komedi tepi jalan saja. Ya, mungkin kita tak boleh tandingi P Ramlee. Kita tak boleh nak buat cerita-cerita seperti 'Bujang Lapok,' 'Madu Tiga' atau 'Ahmad Albab.' Kita juga tak boleh nak cipta watak-watak sekelakar 'Pendekar Mustar,' 'Cik Normah Tuan Rumah' atau 'Sadiq Segaraga.' Zaman berubah dari minit ke minit. Karya-karya yang terhasil sebelum-sebelum ni tak boleh nak dibanding-bandingkan dengan karya yang terhasil pada zaman sekarang. Sebab kita sentiasa akan jumpa kelebihan atau kekurangan dari kedua-dua belah. Setiap satu mempunyai kelebihan-kelebihan yang tersendiri. Cuma tinggal kita yang melihat ni. Berhenti merungut. Berdiri dan bersedia untuk rasa bangga kerana Malaysia sudah lama mampu dalam menghasilkan karya-kerya terbaik. 

Akhir katanya... 

Tahniah untuk semua pengarah, krew-krew dan pelakon-pelakon KOMEDI tanah air! ANDA SEMUA HEBAT!

Ahad, 17 April 2011

"TANYA SAMA HATI"

Assalamualaikum WBT..



Antara lambakan lagu P Ramlee... lagu yang satu ini betul-betul melekat dekat otak saya. Lagu yang dinyanyikan oleh P Ramlee dan Normadiah ini adalah lagu yang dipetik daripada filem "Anakku Sazali." Filem ini ditayangkan pada tarikh 27 Oktober 1956. Hero filem ini adalah P Ramlee yang melakonkan watak Hassan manakala Zaiton sebagai heroin memainkan watak Ani.

Bila tonton balik filem klasik ni, saya selalu terpaku dekat depan TV masa babak di mana lagu ini dinyanyikan. Serius, meremang dekat tengkuk. Babak di mana Hassan dengan Ani sedang bercengkerama malam-malam, duduk dekat tangga tepi sungai, sambil nyanyi lagu 'tanya sama hati' diiringi dengan gesekan biola oleh Hassan memang satu babak yang akan saya ingat sampai bila-bila. Babak yang sangat mudah diiringi dengan lagu yang menakjubkan. Lihat! Tak perlu skrin hijau, tak payah teknik CGI. Hanya kain pelekat dengan biola, cukup untuk menyatakan kehebatan lagu ini bila diterjemahkan ke bentuk pergerakan.

Kalau dalam MP4 saya, lagu ini berdurasi selama 3 minit 25 saat ini. Dimulakan dengan suara kanak-kanak. Kemudian diikuti dengan suara Normadiah yang saya akui, merdu gila! Lepas tu barulah diikuti dengan suara P Ramlee. 

Berlatar belakangkan muzik yang sangat indah, bila dengar lagu ni saya terasa seperti saya tengah menunggang mesin cahaya masa untuk kembali ke zaman ketika lagu ini dicipta. Muzik memainkan peranan yang sangat penting kan dalam sesebuah lagu? Jadi, pada lensa saya muzik lagu 'tanya sama hati' hanya dapat digambarkan dengan satu perkataan iaitu; MERDU. Saya bukanlah seorang pengkritik yang mahir untuk menilai sesuatu muzik itu dengan mendalam, sejujurnya. Saya cuma pendengar biasa-biasa sahaja, yang kagum dengan lagu-lagu seperti ini. Gesekan biolanya yang mengkhayalkan... muzik yang ada percikan 'Melayu'nya yang tersendiri. Apa lagi yang dapat kita cakap pasal muziknya?
  
Lirik dia... 
Wow. Jujur, saya adalah peminat sastera khususnya sastera Melayu. Bila dengar lirik lagu ni, saya seperti dibawa mengembara dalam kisah cinta Hassan dengan Ani. Berat... lirik ni berat. Kaya dengan emosi. Kaya dengan keindahan bahasanya. Dengar pertama kali kita akan anggap lirik ni biasa-biasa saja. Tapi, untuk yang kedua kalinya, cuba kita hayati betul-betul. Pada saya, lirik inilah yang boleh kita katakan sebagai lirik lagu CINTA yang sebenar. Ada jiwa. Sempurna... 


Susah untuk saya suka pada sesebuah lagu tu sekaligus mengatakan bahawa itu adalah lagu terbaik. Tapi, tak untuk lagi yang satu ini. Bagi saya, ini adalah LAGU DUET TERBAIK yang pernah dihasilkan. Muziknya yang merdu, liriknya yang ada jiwa dan cara penyanyi lagu ini menyampaikan ceritanya... SEMPURNA.

Sampai pada satu tahap, saya ada mendengar lagu 'tanya sama hati' dinyanyikan dalam versi yang berlainan. Dinyanyikan oleh orang lain. Sejujurnya, saya tak sokong sebenarnya. Ya, saya puji dengan kelainan yang dibawa dalam lagu versi baru itu. Saya puji dengan usaha mereka untuk memanjangkan lagi usia lagu ini. Tapi, pada saya bila tiba pada sesuatu tahap, kita kena hormat dengan ke'original'an sesebuah karya itu.

Sebelum noktah, apa kata kita layan lagu ni. Apa yang boleh saya cadangkan untuk anda bila dengar lagu ini; kakukan mata  dan pekakan telinga. Tanya sama hati anda: 
"apa kehebatan lagu ini?"



Tanya sama hati apa rasa sayang,
Adakah tandanya nampak dipandang,
Kumbang rayu bunga bulan dan bintangnya,
Punya tanda-tanda hubungan mesra.

Tanya sama hati pernahkah merindu,
Tiba masa lena apa mimpimu,
Masa berjauhan apa nan dikenang,
Bila difahamkan itulah sayang.

Jikalau tidak kerana sayang,
Kuntuman kasih tak mungkin kembang,
Andainya jemu mengganti rindu,
Jambangan mesra tentulah layu.

Tanya sama hati pernahkah merindu,
Tiba masa lena apa mimpimu,
Masa berjauhan apa nan dikenang,
Bila difahamkan itulah sayang.

Selasa, 12 April 2011

ADA APA PADA SECAWAN TEH







Assalamualaikum WBT...
Saya percaya kebanyakan yang membaca entri ni pasti dah awal2 menyenaraikan minuman ni sebagai salah satu minuman kegemaran dalam catatan biodata. Minuman yang selalu menjadi kawan kita masa kita sarapan pagi. Minuman yang selalu dibancuh oleh pembuat air dekat restoran2. Minuman yang selalu kita bagi dekat tetamu. Macam2 aplikasi minuman yang satu ni.

Apa sebabnya saya berminat untuk buat entri pasal air ni agaknya ya? Semuanya tercetus (ceh) bila saya tengok iklan Teh Lipton dekat tv. Iklan itu menceritakan bagaimana secawan teh dapat memberikan idea kepada penggubah lagu tema kartun Pink Panther di mana kita satu dunia kenal lagu tu. Mungkin ada yang tak percaya tentang 'kuasa magis' yang ada dalam secawan teh tu. Mungkin ada yang cakap:
"tak logiklah! takkanlah!." 
Tertanya-tanya, macam mana secawan teh tu boleh memberikan inspirasi dekat lelaki tu sampai macam tu sekali?
Kenyataan dia, itulah kebenaran. Tagline 'sumber inspirasi' bukan sekadar sebaris ayat promosi sahaja.

Hmmm... aapa sebenarnya yang ada dekat minuman yang cuma berasal daripada daun ni?
Percaya atau tak, teh mempunyai lebih sekadar elemen penghilang dahaga. Biasalah kan, setiap makanan mesti ada zat2 dia. Macam tu jugak halnya dengan teh.

Mengikut kajian2 tertentu, teh mampu membaiki sel-sel kita yang rosak. Selain tu, dapat jugak mencegah KANSER dan megurangkan kadar kolestrol dalam darah. Info penting untuk Hawa2 sekalian! Teh mampu menghaluskan kulit anda dan melangsingkan tubuh badan. Dah macam jual jamu pulak dah. Ha! Terkejut an?


Jadi, apa kena mengena kulit licin, kanser bagai dengan 'inspirasi' ni? Haha... belum habis lagi tu.
Okey, baca dengan teliti ye..
Teh mampu memberikan kesan positif ke atas mood kita. Siapa2 yang boring tak tahu nak berborak dengan siapa, carilah orang yang tengah minum teh. Hahahaha. Confirm orang tu tengah ceria. Selain tu, teh jugak mampu menjadikan peminumnya menjadi lebih kreatif dalam cara diaorang berfikir & cara diaorang bekerja. Jadi, patutlah penggubah lagu Pink Panther tu kreatif masa buat lagu tu. Tambahan lagi, teh mempu membuatkan orang lebih fokus. Ada kajian yang mengatakan, selepas pengambilan satu dos kuat theanine & kafein (kandungan dalam teh) akan menyebabkan rangkaian perhatian otak akan diaktifkan dengan lebih cekap.Wow!

So, konklusinya (ceh lagi) dekat sini , minuman yang tersenarai dalam selera rakyat2 Malaysia ni banyak kebaikan dia. Cuma kita yang tak perasan. Tak salah kalau kita sanggup luangkan masa berjam2 dekat depan skrin komputer semata-mata untuk mengetahui apa yang ada dalam pinggan makanan dan gelas minuman kita.

Jadi... bila dah tau ni apa lagi? 
Ayuh kita ber-teh!!!

Ahad, 3 April 2011

KENAPA ORANG IRISH MENARI BEGITU?

Assalamualaikum WBT

Hah? Kenapa tajuknya macam tu? Apa motifnya?
Haha... sebenarnya tajuk dekat atas ni hanyalah terjemahan BM kepada tajuk sebuah filem pendek...
WHY THE IRISH DANCE THAT WAY




Sejujurnya, masa first time saya menonton filem pendek ni dekat tv, satu perkataan yang keluar dari mulut saya masa tu adalah "WOW." Saya kagum sebenarnya dengan filem pendek ni. Kagum dengan 'kekreatifan' penghasilnya dalam menterjemahkan sesuatu sejarah atau fakta dalam bentuk humor yang mengkagumkan.

Tanpa menggunakan dialog, setiap pelakon dalam cerita ni menyampaikan watak diaorang dalam bentuk BAHASA TUBUH. Bahasa tubuh mereka tu lebih kepada corak tarian masyarakat Ireland. Tarian yang menggunakan kaki. Yeah... itu yang mereka lakukan dalam scene2 cerita ni. Menarik bila mereka menginspirasikannya hanya daripada satu tarian masyarakat.

Situasinya sangat mudah je. Dekat pejabat pos. Haha.. yes. Hanya dekat pejabat pos.

Dimulakan dengan pegawai pejabat pos yang menguap dan mengeluh a.k.a BOSAN. Perwatakannya nampak macam dia suka bergaya atau agak menitik beratkan penampilan diri dia sendiri. Dalam pada tu, dia ambik keputusan untuk ke salon (paham2 je la apa dia buat kat sana). Dia tinggalkan post office tu dengan sign "BACK SOON."

Masa tu la, time pegawai tu dah tak ada, barulah ada orang yang nak datang. Sembilan orang yang setia menunggu kepulangan pegawai tu dengan macam2 ekspresi. Businessman yang macam mengejar masa emas dia tu. Jogger yang nampak bersemangat (macam masih lagi terpengaruh dengan lariannya sebelum dia tiba dekat pejabat pos tu). Lepas tu librarian yang nampak teruja tentang sesuatu (saya tak pasti apa). Diikuti pulak dengan kedatangan satu famili kecil; ibu, adik perempuan dan kakaknya. Si adik nampak macam terpaksa mengikut ibunya dan dia tak suka tapi dia tak ada pilihan. Si akak pulak digambarkan seperti remaja yang sentiasa mahu memberontak, sentiasa nak berada jauh daripada ibunya. Ibu pulak agak tipikal, ibu yang sentiasa mahu mengongkong anak-anaknya. Lepas tu, datang pulak seorang hippy yang terlalu excited untuk ber'yoga' sementara menunggu tu. Lepas tu datang pulak seorang lelaki diikuti dengan seorang remaja perempuan. Lelaki tu nampak cool. Si perempuan nampak berani dengan cuba2 untuk mengurat lelaki tu. Hahaha...

Part kemuncak, yang paling best, adalah ketika pegawai pejabat pos tu tiba daripada 'membuat' rambut. berjalan dengan penuh diva ke pintu dan menghentakkan kakinya. Kemudian disambut dengan hentakan kaki seperti askar yang sedang memberi tabik hormat oleh semua yang penat menunggu tadi. Hahaha... sampai sekarang, bila saya tengok part tu, saya masih lagi tergelak. 

Sekali lagi ditekankan, tanpa menggunakan PERKATAAN, kita dapat memahami cerita ni sebab pelakon2 dia bijak memainkan peranan masing-masing dengan hanya hentakan kaki. Hentakan kaki yang menggambarkan secara keseluruhannya cerita yang dibawa oleh setiap seorang.

Bagi saya, cerita ni bukan untuk memperlekeh2kan tarian tu. Jauh sekali mahu mengetawakan tradisi tu. Filem pendek ni menceritakan lebih daripada maksud perkataan MENUNGGU. Ianya tentang cerita dalam tarian itu sendiri. Saya suka cara emosi2 dalam filem pendek ni yang dinyatakan dalam satu bentuk yang berlainan. Dalam kata lainnya, tak klise. Unsur2 humor dalam filem ni bukanlah humor yang bertujuan untuk mencaci. Filem pendek ni tak membosankan, tak rumit. Saya percaya orang yang kali pertama menontonnya dah dapat tangkap maksud cerita ni.

Saya sukakan kesederhanaan filem pendek ni. Tak perlu macam yang lain-lain. Agak meleret-;eret sehinggakan ada ketikanya saya tak dapat tangkap maksud yang cuba disampaikan. Cerita ni sekadar menceritakan petikan kehidupan yang paling mudah. Mengambil contoh satu situasi yang kadang-kadang kita melihatnya setiap hari. Lalu ianya digabungkan pulak dengan tarian. 

Apa yang saya boleh katakan, ini adalah satu hasil kerja yang sangat berseni. Saya tau banyak lagi karya2 hebat dekat luar sana. Tapi, bagi saya, ini adalah salah satu daripadanya.

SUPERB!!!