Sabtu, 29 Oktober 2011

TERIMA KASIH PELANGI 10 OKTOBER

Assalamualaikum WBT. Cover sikit woi!


Menyampah kan semenjak 36 menjak ni, entri blog asyik cerita pasal diri sendiri je kan? Hahaha... bukan salah saya. Ni semua salah otak ni yang memerah idea! (yang kau nak marah ni pahal?)


Alhamdulillah. Umur saya kini 18 tahun 1 bulan (atau lebih atau kurang kot.. saya matametik failed). Hampir sebulan dah tempohnya berlalu bermula dari tarikh 10 Oktober 2011. Bersyukur untuk menempuhi saat-saat ini. 


Mak dan Abah di bumi suci. Along, Bangah dan Alip. Mak Cu satu keluarga. Kawan-kawan ahli penulis mesin taip skrip. Kawan-kawan di pra-universiti. Kawan-kawan di muka buku. Yeah! Mereka cukup hebat. 


Menu 10 Oktober 2011 cukup membuatkan saya meniti detik itu dengan bangga dan bahagia. 




Kek buatan Along. Ya... mungkin tak sehebat Resepi Rahsia tu! Tapi kakak saya buat dengan 'kasih sayang' tau (ok... saya geli menaipnya). Resepi Rahsia tu ada ke ramuan tu? Tak ada kan? Hahahaha ...Along kata dia tak ada duit nak beli hadiah, jadi dia buatkan ni. Konon nak buat kejutan tapi terkantoi sebab saya awal-awal dah masuk dapur. Hahahaha . Failed! Jadi, petang 10 Oktober itu, ini menu kami adik beradik. 
TERIMA KASIH !!!




Ok. Tak sangka hadiah ini yang saya terima pada pagi 10 Oktober. Dayah Cover Sikit! Terima kasih! Kirim salam mak ! Hahahaha!




'Burung Origami = Tanda Kasih Sayang"
Terima kasih Tiqah dan Afa.





Ini dari Teha. Sepupu terbaiklah! Terima kasih! 
*sakit gigi makan coklat. hahahaa


Seterusnya... semestinya masa untuk 'menggedik-gedik' bersama-sama the scriptwriters!
Yeah... petang 15 Oktober memang terbaik. Kami 'huha-huha' ... kami gila... kami hebat!



'Baca punggung kami !'









Hadiah masing-masing dari Syai dan Aria. 




 Yeah... Ini 'cerita' yang paling jujur dalam menjadi GURU kami! Terima kasih kenangan!




Hadiah dari Syai Hidayah. Dia menghabiskan tenaga dan idea semata-mata untuk menulis lebih 30 muka surat 'nota-nota' yang diselit di dalam naskhah Ben 10. Wow! Saya harus mengatakan bahawa ini adalah salah satu idea abnormal daripada beliau yang memang saya tak dapat teka. Setiap satu penuh emosi, sarat dengan kenangan. Terima kasih babe!




Aria bagi yang ini. Yeah... dia tau keghairahan saya. Muzik! Seperti yang dia kata... bila pandang earphone ni, ingat dekat dia. Harimau! Rawwwrrrr!!!




Kami ... the scriptwriter. Kawan sampai mati! 




Dalam riuh sana-sini... tiba-tiba! Gedebuk!





Kiriman Mak dan Abah... Mmmmm... 'bau Madinah...'
hahahahahaha.. ada ke? Tak ada kan? Hahahahaha .... Tak adalah satu kotak besar tu saya punya. Mak dan Abah belikan saya jubah. Terima kasih!



Apa yang perlu saya katakan lagi? Saya rasa terlalu dihargai! Bukan dari si pemberi-pemberi ini sahaja. Tapi jugak dari setiap orang yang mengingati tarikh lahir saya. Ya kan? Kadang-kadang bila kita fikir yang hidup ini tidak ada sesiapa pun yang perasan akan kita, sebenarnya anggapan kita tu silap. Buktinya lihat ketika tarikh ulang tahun kelahiran anda. Setidak-tidaknya ada orang yang mendoakan anda di laman FB mahupun di skrin telefon bimbit. 

Mereka pelengkap kepada jigsaw puzzle hidup saya. Terima kasih untuk memori-meori itu. Saya benar-benar menghargainya! 
TERIMA KASIH 





Selasa, 25 Oktober 2011

SARJANA LANTAI HIJAU

Assalamualaikum WBT. Cover sikit!


"Cover sikit." Dari mana sebenarnya istilah ni datang kan? Tertanya-tanya? Keliru? Hmm.. hampir setiap hari saya dengar istilah ini. Ya, untuk tahun ni hampir setiap hari. Di mana? Di sini...


PRA-UNIVERSITI 6 (B) SARJANA


Saya rasa saya ada sebut lah pasal ni. Tahu kan? kan? Ya, saya dengan intonasi bangganya mengaku bahawa saya sedang ber-TINGKATAN ENAM. Bermula dari Mei tahun ini dan insyaALLAH sampai tahun depan. Walau ada orang yang berdialog "Eh, kau sekolah lagi???" Saya abaikan frasa tidak matang itu. 


Risau ketika mula-mula mahu menapak di tingkatan enam. Yalah. Kemungkinannya besar untuk kita tidak akan lagi berjumpa dengan rakan-rakan tingkatan satu hingga tingkatan lima kita. Persoalan macam mana dengan rakan baru, kelas baru, subjek baru, guru baru. Semuanya seperti hantu. Kawan-kawan lain mungkin dah jauh 'terbang' ke menara gading. Yang kami ni? Masih lagi beruniform, berbeg sekolah. Ok.. tak apa. Saya kuatkan hati. Setahun setengah sahaja.


6 (B) Sarjana. Itu kelas saya. Selepas seminggu berorientasi... kemudian 'tunggang terbalik' sana... akhirnya kami mengenali satu sama lain. Menyelusuri hari demi hari, bulan demi bulan di lantai itu, saya temui bermacam-macam warna. Di situ, 20 orang (atau lebih sebab ramai yang keluar dan masuk). Dan saya percaya, sesiapa sahaja yang mengenali kelompok ini, perkataan pertama yang akan timbul di dalam hati mereka yang enggan untuk mengaku adalah : "Happeningnya!" Gelak. Kelakar. Trademark. Emosi. Semua itu jadi 'ramuan' di dalam 'cawan' itu.


Serius. Kami seperti bahan kimia yang mudah untuk bertindak balas dalam kadar masa yang sangat cepat. Dalam masa yang cukup singkat, kami menjadi begitu rapat. Peliklah?! Macam mana benda macam itu boleh berlaku? Sedangkan bila diimbas kembali, masa tadika, saya jenis yang paling susah untuk dapat kawan. Masa sekolah rendah, kawan saya yang paling rapat mungkin dua tiga orang sahaja. Sekolah menengah ada bahagian-bahagiannya saya rasa seperti saya tak dapat nak 'masuk' dalam satu-satu perbualan. Berbeza dekat sini. Semuanya kawan, semuanya keluarga. 


Kejap2. Benda ni tak semestinya berlaku dekat dalam 6 (B) Sarjana sahaja... tetapi jugak berlaku dekat keseluruhan lantai tingkatan enam. Hebat kan? Ada ke? Tak ada kan? Hahahahahaha....


KEM PERDANA. AHAK. YANG BAJU MERAH TU. YANG BIBIR SEKSI TU... SAYA ;)

WHO RUN THE WORLD? - GIRL


SAYA MANA? AHAK... SAYA DI BELAKANG KAMERA NI


YB DAN BINI-BININYA

BAPAK MERTUA TAK RESTU.. BELAKANG TU MEMANG COUPLE PALING HARUK PUN DEKAT BLOK TU.. HUH



KEM CERDIK CUKAI, BANGI


YEAH... KELAS MENGIKAT TALI KASUT!
BLOGGER FAMOUS KELAS KAMI.. SERIUS .. KAGUM DENGAN BLOG BELIAU ..  ADILA


YANG SELALU OVER... KETUA KELAS KAMI .. AWIE .. HUH .. PENAT MENAIP DALAM HIPOKRIT .. HAHAHAHAHA

BINGO!!!!



SAPA NI WEIY?! HAH?! HAH?!
BESAR KAN PENGARUH FRASA INI???
SIAPA PELOPOR FRASA 'COVER SIKIT'? JAWAPANNYA : YANG BERTUDUNG PINK TU! YEAH ! DAYAH! *TERIMA KASIH UNTUK DIA...
Sepantas mana hubungan ini kekal, sepantas itu jugakah hubungan ini akan dilupakan? Saya sering tertanya-tanya, mana arah tujuan kami selepas habis STPM nanti? Ya, kami rapat dalam satu jangka masa yang cukup singkat. Tapi, secepat itukah masanya untuk kami melupakan antara satu sama lain? 


Wow... saya tak berani untuk membeli mesin masa. Itu di luar abnormal saya. Apa yang saya nak, apa yang kami nak... lalui setiap apa yang Tuhan bentangkan di hadapan. Kami enjoy. Kami belajar. Kami mencipta kenangan. Ya, kami tak sehebat Laskar Pelangi yang kisahnya dilakar di dalam sebuah naskhah terbaik. Kami hanya kami. 


Jadi, untuk semua yang bergelar ahli sarjana lantai hijau. Ehem2.. saya tak mampu untuk melambakkan anda seplastik not-not kertas. Saya tak mampu untuk membelikan anda sejuta cincin Habib Jewels. Saya cuma mampu untuk memberikan anda puisi ini. Ya, mungkin tak ada kena mengena. Tapi, bila kita dah habis berjuang di gelanggan STPM nanti, bacalah balik puisi ini. Okey! 


AKUSTIK ANGIN DISEMBER

Rakaman peti suara,
Nota pensil kelmarin,
Telah aku simpan di dalam kotak,
Di celahan foto dan bunga kering,
Sepi...
Semuanya separuh pergi.

Mesin masa aku putarkan,
Yang telah berkata-kata,
Udara Mei,
Jadi abc pada kertas,
Bilik itu penuh jiwa,
Setiap masa aku ketawa.

Tentera-tentera jingga,
Aku mau kau tau,
Aku bangga menjadi engkau,
Terima kasih,
Kerana menjadi kulit novel semalam,
Dan sudi menjadi Bruno Mars aku.

Puisi yang aku tulis,
Hilang dari dakwat,
Jariku menggeletar,
Kerana darahku menangis,
Berat...
Kerana kini sudah di penghujung Disember.


COVER SIKIT!!!
"INSYAALLAH .... ENTRI NI AKAN ADA SAMBUNGAN DIA OK??"

Ahad, 9 Oktober 2011

18 TAHUN : SUSUN SILANG KATA

Assalamualaikum. Cover sikit la ngek!


10 OKTOBER 2011
Tarikh untuk saya sampai pada angka 18 tahun. Yeah! Hahaha... (yang kau suka sangat ni apahal?) 18 tahun. Ayat klise yang saya akan taip. "Oh! Aku tak sangka aku dah hidup sepanjang ni!" Ya. Memang stereotaip tapi memang ni pun saya nak taip. Ya, saya bangga sebab saya sudah mencapai angka ini. 


Sekejap kan? Mungkin masa-masa macam inilah kita akan terfikir-fikir, 18 tahun yang lepas dekat mana sebenarnya kita masa tu. Banyak orang kata 18 tahun adalah kunci kebebasan yang sebenar. Mungkin lah kot. Sebab kita bukan lagi dilabel sebagai golongan bawah umur. Kita bukan lagi 'budak sekolah.' Kita dah ada lesen P. Kita dah bebas keluar masuk kedai untuk beli rokok. Kita bebas tengok apa-apa genre filem atau cerita dekat TV. Itu normal.


Menyambut hari jadi kali pertama tanpa mak dan abah. Menyambut hari jadi dalam otak yang makin matang. Menyambut hari jadi dikelilingi keluarga lain dan rakan-rakan. Tak ada apa yang berbeza. Mungkin diuji sedikit saja. Tapi, saya bukan budak 2 tahun yang cengeng. 


Saya akui saya sedang melalui satu frasa kehidupan yang hebat sekarang. Macam-macam yang saya jumpa. Dari hitam ke putih. Dari jinga ke merah. Hujan atau pagi. Malam dan siang. Sedikit demi sedikit, saya mula belajar yang setiap tragedi itu normal. 


Teringat apa yang Andrea Hirata tulis dalam Lasykar Pelangi
"Cara Tuhan bertindak sangat aneh."

Ya. Dia benar. Besok adalah rahsia dan semalam adalah kaunselor. Saya belajar macam-macam sebelum ini. Setiap peristiwa atau situasi yang Tuhan cipta, yang dulunya saya anggap adalah sangat teruk, sebenarnya adalah 'cikgu' yang paling jujur! Saya tahu ini adalah pelik. Tapi kenyataan realitinya: saya bangga sebab saya buat salah pada masa laluAhak2. Anda setuju tak? 

Setiap soalan semalam sudah dijawab. Ya, semuanya. Tetapi kini yang masih lagi belum dijawab ialah apa yang akan terjadi pada masa akan datang. Ya, otak normal manusia seperti saya mendambakan sesuatu yang sempurna. Cukup sempurna. Walau kita tahu yang itu bukan 'di bawah republik' kita... sekurang-kurangnya kita ada hak untuk imaginasi, kan?

Apa yang saya harapkan? Apa yang saya nak untuk 18 tahun akan datang lagi? Hahaha... ok2. Jom kita masuk dalam otak saya :

untuk STPM! InsyaALLAH!

Satu hari nanti! InsyaALLAH!

Keghairahan yang pasti! InsyaALLAH!

Macam dia satu hari nanti! InsyaALLAH!

Yang ni... ehem2.. dengan budi pekerti anda InsyaALLAH! Haha

Sampai bilo2! InsyaALLAH!

Semuanya InsyaALLAH. Kalau Tuhan izinkan... kalau Tuhan permudahkan. Semua 'soalan' dekat atas ni akan terjawab.

Ok! Konklusinya... 18 tahun. Ya, dalam masa 18 tahun, saya kena mengaku yang saya belum lagi sempurna. Saya belum lagi habiskan 'susun silang kata' hidup saya ni. Saya perlukan masa lagi untuk sampai pada satu tahap yang dipanggil sebagai 'HUH PUAS HATI.' Belum lagi sebab kita perlukan pengalaman yang bukan sedikit untuk itu. 

Akhir sekali... cakaplah HAPPY BIRTHDAY dekat saya!!! (macam marah) Hahahaha ...

Kejap! Sebelum habis rasanya dah lama saya tak post puisi saya kan. Ramai yang kata best. Hahaha .. terkembanglah pulak. Ah... sapa pedulik?! Ini untuk entri kali ni... ini untuk anda!


HEIY... ABNORMAL

Aku lelah,
Mengikut rentak tipikal,
Bak resmi lalang,
Mana angin bertiup itulah utara,
Cukuplah!
Mentaliti itu seperti stereng,
Yang menentukan landasan aku; lorong satu atau jalan dua,
Sesekali bila aku sengaja tersasar,
Seperti ledakan grenad dia menjerit.

Kotak hatiku kerap memberontak,
Ruang ini seperti sebuah negara sosialis,
Setiap satu inci disangkarkan,
Lalu membikin neuron-neuronku berlari di dalam kamar sempit,
Kali ini...
Oksigen lelah sudah di tingkat maksimum,
Aku perlu keluar.

Di luar,
Baju badut menunggu,
Wajahku terpalit warna-warna mental,
Aku megah di atas laluan karpet jingga,
Kornea sinikal yang menghina... aku tidak peduli,
Hmm... cukup idiosinkratik,
Apa yang darahku perlu tahu,
Dunia ini bukan hak cipta terpelihara si lasykar bengap,
Aku sudah penat menjadi normal,
Ini 'aku' yang baru; ABNORMAL

Dari Lensa : Faiz Md Nasir
*budak 18 tahun*
cover sikit!

Jumaat, 7 Oktober 2011

NOTA UNTUK TUHAN : SELAMAT PERGI MAK ABAH

Assalamualaikum WBT. Ahak2! Cover la sikit!


Menulis entri ketika awan Malaysia sedang sibuk diterjah pesawat-pesawat menuju ke Madinah dan Makkah, anda dah dapat agak entri kali ini mengenai apa kan?


Ya.. tarikh 4 OKTOBER 2011 .. Md Nasir bin Bujang dan Halijah binti Ninggal berangkat ke tanah suci


45 hari berjauhan daripada mak dan abah ... tak ada apa yang saya harapkan. Saya cuma harapkan Tuhan mempermudahkan setiap langkah mak dan abah. Saya cuma harapkan Tuhan permudahkan setiap langkah saya dan adik beradik menempuhi 45 hari tanpa mak dan abah.


Bila mak dan abah pergi... macam mana saya nak cakap. Ok, macam ni. Anda yang mungkin pernah atau sedang berada di tempat saya, mesti telinga anda akan terngiang-ngiang marah seorang abah. Leteran seorang mak. Janggal? Ya, saya rasa janggal. Pukul 5 pagi saya bangun dari tidur lepas dikejutkan oleh mak. Tapi, untuk 45 hari ni, saya kena paksa diri untuk akur pada jeritan jam loceng. Ya, itu salah satu situasi yang saya lalui. Banyak lagi sebenarnya tapi tak cukup satu hari untuk saya gambarkan rasanya. Hahahaha...


Apa pun, saya yakin. Mak dan abah pergi seketika untuk 'berjumpa' dengan Tuhan. Perpisahan itu pasti berlaku dalam mana-mana perhubungan. Soalannya, cuma 'bilakah?' Dan kini, saya sedang melalui frasa untuk menjawab soalan itu. 


Senyum! Saya tak menangislah! Anak jantan!!! Yeah!! Hahahahaha....