Sabtu, 28 Mei 2011

FIGURA DI ATAS LANGIT : LOLOQ

Assalamualaikum. Hoi2!

"Saya akan terus berkarya dan tidak akan berhenti hanya kerana rasa sudah tua. Cuma saya harap satu hari nanti saya tidak akan menjadi manusia aneh."

 * Masukkan mood anda dalam setiap perkataan ini...

30 Januari 2008 membikin satu industri seni milik bumi Malaysia seperti dilanggar garuda. Semuanya terpaku dan langsung tak menyangka bahawa berita itu akan menghiasi akhbar pagi serta kaca tv mereka. 

Rosli Khamis a.k.a Loloq...
Seorang lelaki yang berperwatakan ranggi, berketinggian sekitar 5 kaki dan antara figura penulis lirik yang genius menghembuskan oksigen yang terakhir pada tarikh itu. Sepi... senyap. Pemergian lelaki itu memberi impak yang besar kepada dunia seni tanah air.

Rakan seperjuangannya, M. Nasir pernah melabelkan hasil tulisan Loloq adalah hasil tulisan yang merakamkan pemikiran, perjalanan dan kehidupan. Loloq diletakkan dalam satu ruang prestij yang tersendiri. Tak perlu dipertikaikan kehebatannya. Loloq meletakkan ramai penghibur pada kelasnya yang tersendiri. M Nasir, Search, Wings, Dato' Siti Nurhaliza dan Ella antara yang pernah mendapat sentuhan magis Loloq.

Mungkin 5 ke 10 tahun lepas... saya langsung tak terkesan dengan hasil penulisan beliau. Yolah.. apa saja yang ada dekat otak budak-budak masa tu, kan? Melewati usia-usia yang langsung tak berkurang (ehem2)... sedikit demi sedikit saya mengkagumi manusia ini. Yeah.. saya adalah penulis puisi. Bawah tanah. Tak pernah pun puisi-puisi saya keluar dekat mana-mana majalah. Semuanya ada dekat dalam fail keras buruk tu. Setakat tercatat dekat meja hak kerajaan milik kawan adolah. Hahaha... 

Saya mengerti... saya paham. Betapa peritnya untuk menghasilkan 'sekertas' puisi. Betapa yang kita perlu menumpukan mood dan jiwa hanya pada satu-satunya perkataan. Percayolah... kalau setakat kita tulis puisi tu tanpa ada rasa apa-apa, sambil lewa... kita sendiri yang akan rasa puisi tu tak cukup sempurna. Tapi.. sekali kita dah tumpukan semuanya dekat satu-satu puisi tu... kita kan dapat satu perasaan yang takkan boleh nak diekspres dalam bentuk ejaan. Serius!

Berbalik kepada lirik-lirik hasil tulisan Loloq. Saya sangat terkesan pada "Awan Yang Terpilu." 

Kerana cinta
Aku kembara
Bagai camar melintas laut
Mencari pohon untuk berteduh
Kerana cinta
Aku kembara
Ikut lagu
Bisikan hati
Mendamba kasih paling setia

Sepasang sayap tak terlihat
Umpama mimpi yang tersimpan
Jadi rintik
Rintik hujan
Menciptakan awan yang terpilu

Puisi ini tercipta lantas
Tak kesampaian
Hajat meronakan
Gelora rindu ku kepadamu

Ingin sekali
Aku ungkapi
Isyarat jiwa dengan sempurna
Biar kau mengerti
Biar kau sedari
Perasaanku yang memujamu
 
Liriknya indah tetapi sederhana. Lirik ini menggambarkan penjuru hai yang mahukan sesuatu yang dia dambakan daripada orang yang dia harapkan untuk memberi. Fuh! Terasa kerdil sangat bila dengar lirik seindah macam ni. Sungguh. Lagu ini jadi sempurna kerana lirik ini. 
 
Kemudian lirik "Kasih Latifah."

Makin puja, makin cinta menusuk kalbumu
Dalam naik turun nafas menjunjung namamu
Makin asyik, makin jauh dihanyutkan rindu
Tiap saat ketika kudambakan kasihmu

Janganlah kau seksa diriku yang lemah
Sedangkan kau sedar semua ini
Bukanlah satu permintaanku

Janganlah kau seksa lagi
Diriku yang lemah dan hina ini
Sedangkan kau sedar semua ini
Bukanlah pilihanku

Aku sanggup cabar sesiapa saja
Yang sempat memandang cahaya kau itu
Dan tidak tergoda (wajahmu)
Tersungkur jatuh (kasihmu)
Menuntut kasih Latifah (jiwamu)

Hebatnya Latifah sehingga wanita itu dijadikan subjek. Hebatnya dia membuatkan jantung lelaki kucar0kacir. Dikisar dengan sempurna oleh Loloq. Hmm... perlu ke saya ulang dengan mengatakan ini hebat?
 
Lagu 'menanah' satu ketika dahulu. "Aduh Saliha."
 
Mana rayuan ku
Hendak ku sampai kan
Rindu berahi ku pada
Kasih yang jauh
Jauh bukan jarak dan tempat
Jauh nama dan pangkat

Mana pengganti mu
Hendak ku dakapkan
Dendam asmara ku
Pada cinta yang luruh
Luruh bukan daun yang pudar
Luruh jiwa dan badan

Bertahun ku sandar percaya
Tak mungkin padam cahaya
Cinta mu bagai rembulan
Hilang di pandangan
Kala langit di lindung awan

Aduh mahkota terhempas
Baru lah ku sedar
Yang ku sangkakan intan
Oh hanya lah kaca
Sesudah berdarah barulah
Aku sedar jiwaku tercalar
Oh ... sakitnya
Bukan kepalang

Kau biarkan aku sendiri
Menderita siksa
Racun hidup ku
Saliha

Kau biarkan aku sendiri
Melewati sepi dalam hidup ku saliha

Kau biarkan aku sendiri
Meratapi nasib dalam gelita
Saliha
Oohh Saliha
 
Runtuhnya seorang raja a.k.a bangsawan hanya kerana seorang wanita. Dia terkhayal bermimpikan pada perempuan yang tak mungkin dia dapatkan. Saya percaya dan saya yakin. Lirik lagu ini antara salah satu yang menjadi elemen kepada pembinaan empayar Mawi satu ketika dahulu. 
 
"Mantera Semerah Padi." Jom, yang ni pulak!
 
Hei! Kersani mengalirlah dikau
Menjadi raksa
Mengisi belikat punggungku
Agar aku bisa berdiri
Tegap dan segak
Bagaikan laksmana Melayu

Hei! Sepuluh helai daun sirih
Ku gentas bersama
Bunga cengkih jadilah dikau
Darah merah pekat
Mengisi uratku
Agar bisa aku berlangkah
Gagah dan tampan
Bagaikan sijantan yang berkokok

Di mana bumi ku pijak
Di situ langit ku junjung
Alang-alang menyeluk pekasam
Biar sampai ke pangkal lengan

Aku seru mentera pusakaku
Mentera semerah padi
Mungkin ini antara lirik lagu yang terbaik pernah ditulis oleh Loloq. Percayalah. Sekali dengar je, terus kita akan dapat rasa jiwa Melayunya. Begitu kuat tergambar pada setiap perkataan (ada sesetengah perkataan saya langsung tak pernah dengar). Satu pengembaraan yang cukup sempurna. 

Banyak lagi lirik lagu tulisan Loloq yang meninggalkan kesan yang mendalam. "Andalusia," "Aladdin,"  dan banyak lagi. Apa yang saya kagum dengan Loloq, setiap liriknya pasti mencapai satu tahap yang digelarkan sebagai hebat... unggul. Saya sendiri untuk menghasilkan puisi yang benar-benar memuaskan hati dalam satu kuantiti yang berturut-turut, mustahil untuk saya lakukannya.

Tercari-cari apa yang ada pada seorang Loloq. Tertanya-tanya apa yang ada pada mata penanya. Ya, tiba pada satu tahap. Saya akui, inilah 'satu dalam sejuta.' Tak akan ada pengganti yang mampu masuk di dalam ruang pujangga Loloq lalu menjadi seperti dia. Tak akan ada.
 
Konsert "Untukmu Loloq" dekat Istana Budaya hari tu merupakan simbol kepada betapa Loloq mempunyai pengaruh yang begitu besar dalam industri muzik tanah air. Tak akan ada lepas ni kenangan untuk dicipta. Yang ada kenangan lalu yang akan didengar oleh anak cucu kita nanti.
Menyusuri entri ni, saya sedar dan mengerti, tanpa LIRIK... sesebuah lagu itu tak akan jadi TERBAIK.

3 ulasan:

syai hidayah berkata...

meja hak kerajaan milik kawan????? hahaha... sapelah yang bertuah tu...hehehe.....:)

dari lensa faiz berkata...

ontahlah.. adolah meje budak mano ntah

syai hidayah berkata...

haahaha,,,sengal der...:P