Jumaat, 11 November 2011

BOLLYWOOD KATA APA PADA SAYA?

Assalamualaikum WBT.


Petang Sabtu 5 November lepas, setelah sekian lama tak menghadap cerita Hindustan, hari tu entah kenapa mata saya seperti disentap-sentap *mak ai menipu* untuk kekal di depan TV menonton satu filem Aamir Khan. Sebabkan filem itulah saya terasa nak mengemaskini entri dengan tajuk di atas.


Saya teringat dulu. Ya, saya akui. Saya penggila filem-filem Bollywood. Ok fine. Gelaklah! Hahahaha... Banyak yang saya tonton. Cuma bila sampai satu peringkat di mana filem-filem dari sana seperti melalui satu frasa kematangan yang melampau... saya dah tak menonton lagi filem-filem Hindustan. Sebab masa tu saya pikir, kenapa mereka tak kekalkan genre filem macam Mohabbatien? Kabhi Khushi Khabi Gham? Perlu ke filem-filem bercorak fantasi dan aksi tu? Hmmm.. bersuara je lah saya mampu. 


Bukanlah maksudnya saya anti. Cuma mood tu hilang bila situasi berubah paksi sampai macam tu. Saya penonton normal lah. 


Seumur hidup saya yang 18 tahun ni, saya cuma menyenaraikan 4 sahaja filem Hindustan yang saya anggap sebagai yang terbaik. 4 sahaja. Tak tahu kenapa saya memilih 4 sahaja? Mungkin keempat-empatnya ada meninggalkan impak yang tersendiri kepada saya. Hah! Tak payah nak 'berbunga-bunga' sangatlah. Terjah jelah dekat bawah ni.



3 IDIOTS

Saya melihat bagaimana jujurnya filem ini dihasilkan. Filem ini seperti berkata kepada saya; "PEDULIKAN ORANG LAIN! HIDUP INI CUMA ADA SAYA DAN IMPIAN." Impak yang diberikan terlalu mega. Filem ini menempelak golongan 'ulat buku' yang mempersendakan kaum yang suka berangan-angan kosong. Filem ini suruh kita percaya kepada kata hati yang pertama. Filem ini suruh kita cakap "pergi matilah" dekat sesiapa yang cuba mengongkong hidup kita. Filem ini suruh kita percaya yang masa depan kita bukan ditentukan oleh orang sekeliling. Filem ini suruh kita jadi gila !
Wow ... saya terlalu kagum dengan filem ni. Sampai pada satu tahap, saya pernah cakap dengan kawan saya... semua cikgu di dunia perlu menonton cerita ni. 



DEVDAS

Filem yang sangat-sangat berseni. Ya, saya tertarik dengan kesenian filem ini. Penciptaan setiap karakter yang ada dalam filem ni cukup hebat. Paro yang setia dengan cinta monyetnya. Dev yang berkonflik kerana cinta yang terhalang. Chandramukhi, seorang pelacur kelas atasan yang mengharapkan cinta. Cerita ini seperti sebuah cerita cinta agung. Saya puji Madhuri Dixit dalam filem ni. Tarian dia, cara dia berjalan dan merenung... wow! Sempurna. Dialog-dialog dalam filem ni juga berbeza dari filem-filem yang lain. Skripnya seperti satu puisi yang panjang. Hebat memang hebat.


TAARE ZAMEEN PAR

Bila Along syorkan saya untuk menonton filem ni hari tu (Sabtu 5 November), bila dia kata cerita ni pasal kanak-kanak dengan seorang guru, terus saya berminat nak tengok. Serius. Berdiri bulu roma saya bila saya melihat cara filem ini 'bersuara.' Seorang guru yang IKHLAS membantu anak muridnya, Ishaan. Ishaan menghidapi Disleksia. Dia tak tahu membaca, tak tahu menulis.. tapi siapa tahu, dia sebenarnya seorang kanak-kanak genius. Okey, sekarang saya betul-betul 'menjerit.' Setiap ibu bapa di dunia ni perlu menonton filem ini !!! Saya menganggukkan kepala bersetuju dengan frasa 'every child is special.' Saya jugak terpegun bila guru itu memerli bapa Ishaan dengan ayat yang lebih kurang macam ni ; "Penduduk di Kepulaun Soloman mahu menjalankan aktiviti pertanian di sebuah hutan. Bagaimana mereka membersihkan hutan itu? Mereka tak menebangnya. Tetapi mereka memaki hamun pokok-pokok di hutan itu setiap hari sampailah pokok-pokok itu semua mati." 
Pikir dialog itu berulang kali rakan-rakan ! Saya melihat filem ini... saya bertekad. Jika satu hari nanti takdir meletakkan saya sebagai seorang pendidik, saya akan menjadi seperti guru itu. 


KABHI KHUSHI KABHIE GHAM

Dan yang terakhir. Hah! Saya masih ingat bagaimana filem ini meninggalkan impak yang besar pada Malaysia dulu. Saya kagum bila filem besar seperti ini mengangkat satu tema yang cukup ringan tetapi berjaya membuatkan filem ini menjadi hebat. KEKELUARGAAN. Ini selera saya. Cara filem ini 'berkata' dan percaya kepada kuasa seorang ibu. Kasih sayang antara keluarga yang tak akan hancur meskipun bertahun-tahun. Saya puji Kajol dalam cerita ni. Anjalli digambarkan sebagai seorang gadis miskin kota Chadni Chowk yang mempunyai perasaan cinta akan negara dan budaya yang begitu tebal. Watak berat tetapi cemerlang di tangan aktres ini.



Apa yang boleh dilabelkan pada filem-filem Hindustan? Mak saya pernah kata, banyak-banyak filem dekat dunia ni, tak ada satu pun filem yang mampu jadi seperti filem Hindustan. Penari-penarinya walaupun ramai, tapi mereka menari dengan satu bentuk pergerakan yang serentak. Filem mereka menggambarkan budaya yang cukup tebal. Mereka bangga dengan sari mereka. Mereka bangga dengan Lata Mangeshkar. Mereka bangga dengan bahasa mereka. Mereka bangga dengan ideologi mereka. Itu yang membezakan filem Bollywood dengan filem-filem yang lain.

Jangan tanya kenapa filem kita tak seperti mereka. Jangan! Kita tak akan jumpa KEHEBATAN kalau kita sibuk nak buat perbandingan. Filem-filem kita memang tak macam filem-filem Hindustan. Tapi, sekurang-kurangnya kita masih ada trademark yang boleh kita banggakan. Cuma mungkin trademark tu terlalu kecil dan kita pun tak mengagungkannya. 

P Ramlee
Yasmin Ahmad
Mamat Khalid
Afdlin Shauki
Anak-anak En. Abd Halim

Masa depan filem-filem kita di tangan mereka. Masa depan filem-filem kita jugak di tangan kita sendiri.




sebelum berundur.. sebelah kanan ni dah ada kotak menjerit. Jadi ... pergi menjerit dekat situ sekarang !!!!!!

2 ulasan:

Saddila berkata...

ERR KITE PENAH TENGOK DUA CERITE JE DARIPADA YANG AWAK SENARAIKAN . NOMBOR 2 DAN 4 :))

yang lain tak pernah pon . pakwe kite penah laa . semua dia da cerita kat saye da . die sama mcm awak . penggemar hindustan :)))

Anonymous berkata...

apo la awak ni !! pergi ajak pakwe awak tengok sekali lagi cerita 3 idiots dengan Taare Zameen Par tu ... best !