Ahad, 20 November 2011

DARI HUJUNG KATA SAMSIAH MOHD NOR

Assalamualaikum WBT. Cover sikit lah !


Beberapa hari yang lepas, kawan saya memulangkan balik buku 'Bulan Berbisik' yang dia pinjam daripada saya. Ya, saya benar-benar 'rindu' akan naskhah ini lepas dua bulan *kot tak melekat di tangan saya. Jadi, oleh sebab itu, niat seorang lagi rakan saya untuk meminjam novel itu terpaksa saya tolak dengan baik. Dah ! Saya dah terlalu ketagih untuk memegang novel tu, saya tak akan sewenang-wenangnya menyerahkannya kepada orang lain terlebih dahulu. Realpolitik. Hahahahaha...




Novel ni meninggalkan impak yang tersendiri kepada seorang remaja lelaki 18 tahun seperti saya. Kalau siapa-siapa yang baca entri saya yang sebelum-sebelum ni, faham.. saya cerewet bila mahu mengatakan sesuatu itu sebagai TERBAIK. Saya mula membaca novel cinta ketika kanak-kanak seusia dengan saya ketika itu sedang sibuk memutarkan gasing Beyblade, sedang ralit mengayuh basikal merempuh angin, sedang seronok mengelecek bola di tengah padang. Saya ketika itu hanyut dalam dunia saya sendiri. Saya ingat macam mana saya curi-curi baca novel meskipun masa tu mak menegah. Ahh.. hobi dan minat dah mengatasi segala-galanya. 


Bertahun saya membaca mungkin ratusan novel. Saya kenal barisan novelis ternama Malaya. Cuma bila umur saya 14 tahun, barulah saya berjumpa dengan novelis sehebat Samsiah Mohd Nor. Bulan Berbisik. 


Saya berdebat pada rata-rata kawan saya mengenai kehebatan novel ini. Berkali-kali saya katakan, efek yang datang daripada helaian-helaian muka surat Bulan Berbisik tidak terus datang serta-merta ketika saya membacanya. Tetapi efeknya akan bertambah dan bertambah lalu 'membunuh' emosi saya secara berperingkat dalam satu jangka masa yang panjang. Ya, saya obses dengan novel ini. Bermula dari itu, saya mula menjelajah hampir setiap kedai buku yang saya nampak semata-mata untuk mencari novel yang kulit hadapannya tercatat nama 'Samsiah Mohd Nor.'


Susah! Memang susah untuk mencari novel dia. Sebabnya dia novelis lama. Dia muncul mungkin ketika saya belum dilahirkan. Dia muncul lalu meledak mungkin ketika saya baru belajar untuk menjamah bubur. Setakat ini, saya cuma berjumpa dengan empat sahaja novel dia. Empat! Bertahun saya cari tetapi saya cuma jumpa empat naskhah sahaja. 


Bulan Berbisik
Sangkar
Bidadari Cinta
Warkah Dari Sukma


Saya mengangkat dia... Samsiah Mohd Nor sebagai novelis terbaik sepanjang zaman. Susah untuk saya jumpa kriteria yang ada pada dia dekat novelis-novelis lain. Mungkin dia novelis wanita yang sama konkritnya jika diukur di sebelah Khadijah Hashim. Apa istimewanya wanita ini? Apa yang ada pada hujung jari dia? Sehingga membuatkan saya menjadikan tulisannya sebagai 'dadah?' Dia bukan sasterawan. Siapa? 


Dia menulis seperti bukan menggunakan jari yang menari laju di atas keyboard. Dia menulis seperti bukan menggunakan jalan cerita yang dia perolehi melalui imaginasi. Dia menulis dengan jiwa. Ya, dengan jiwa. Buat pertama kalinya, saya mengatakan seseorang itu menulis dengan jiwa. 


Dia seolah-olah berpuisi dalam setiap abjad yang tertera pada setiap helaian muka surat. Saya pernah berkata kepada rakan saya, bahasa yang dia gunakan akan membuatkan tubuh kita terapung-apung di atas udara. Sekali dia bermadah, tubuh kita akan terus direjam terperosok masuk ke perut bumi. Begitu gambaran yang tepat untuk menggambarkan efek pada ayat-ayat Samsiah Mohd Nor.


Saya menjadikan dia sebagai inspirasi saya dalam bidang penulisan. Saya mahu menjadi seperti dia ! Hebat dan unggul dalam kasut sendiri. Saya menyenaraikan dia di Facebook sebagai orang yang memberikan saya inspirasi. Saya sanggup berjam-jam di hadapan komputer untuk membuka satu-persatu carian Google mengenai Samsiah Mohd Nor. 


Boleh ke? Pengalaman, saya perlukan pengalaman untuk sampai pada tahap itu. Saya perlukan jiwa untuk menghasilkan suatu jalan cerita yang hebat. Fuuhhh! Mimpi ngeri mula menjadi hantu! Dua ketakutan saya *mungkin semua novelis amatur merasakan emosi yang sama


Bila manuskrip akan tiba di muka surat terakhir? 
Andai sudah siap, apa yang syarikat penerbitan lakukan pada manuskrip itu? Menerbitkannya dengan penuh rasa teruja atau menempatkannya di dalam tong sampah? 

Merapu. Merepek! Saya kuatkan kata hati. Kalau nak berjaya seperti Samsiah Mohd Nor... jangan berhenti pada tanda koma, tetapi cari sampai kita jumpa tanda noktah! Samsiah Mohd Nor inspirasi saya.. impian saya... Satu hari nanti, saya mahu jadi seperti dia!


Huh!!! Doakan saya ya pemilik-pemilik mata yang membaca !!!



*pesanan khidmat masyarakat : memerangi ILUMINATI !

3 ulasan:

Qil_H0shi berkata...

w0ha.,frst time jupe lelaki 0bse ngn n0vel gk :)

Saddila berkata...

nak pinjam hari tu . tapi takut nak mintak -____-'

dari lensa faiz berkata...

Qil Hoshi : Hahaha ... lramai tapi susah nak jumpa ..

Saddila : Aku sepak kang ... tahun depan nanti kau ckp aku bwkkan ..