Rabu, 24 Februari 2016

PECAH DAPUR 3

Assalamualaikum WBT.

Dah balik universiti 3 hari dah. Tengah membeku dalam lecture hall dan dalam keadaan yang lapar, aku yang kebosanan mulalah scroll gambar-gambar makanan yang dimasak masa cuti hari tu. 

1. Dua jenis telur dadar yang selalu dibuat kat rumah. Satu telur dadar biasa. Dan satu lagi telur dadar yang dicampur dengan cili boh. Sangatlah membuka selera, kau!


2. Siakap Kukus ni resepinya aku Google dan ubah ikut tekak sendiri. Campak bawang puting, halia, tomato, jus limau nipis, air tepung jagung, serai dan lain-lain. 


3. Tiga lauk simple untuk makan tengah hari. Bawal goreng. Sawi Lemak Putih. Sambal Gesek yang ditumbuk dalam lesung supaya rasa dia lebih umph.. Mudah sebab malam tu Mak prepare untuk memasak lauk untuk disedekahkan ke masjid malam Jumaat tu.


4. Lauk-pauk yang dihantar ke masjid sebagai santapan lepas bacaan yasin. Kari Ikan Tenggiri. Sambal Tumis Udang Petai. Dan yang paling best, Daging Kerbau Masak Lemak Cili Api.
5. Nasi Ayam sesuka hati. Bagi aku menu ni agak basic la jugak sebab bukannya rumit mana pun. As long kau ada ayam dan bawang putih yang banyak, nah, siap!

Ayam diperap dengan bawang putih, halia, kicap, serai dan madu. Sambal nasi ayam ni pulak aku gunakan cili api bara, bawang putih dan sedikit cili sos. Sup tu agar tak boring, aku campakkan la barang seketul dua carrot dan kentang.


6. Mee goreng untuk sebelah malamnya sebabkan malas nak masak berat-berat. 


7. Gulai Tempoyak Pucuk Ubi. Kalau aku, aku tak adalah gila sangat nak makan lauk ni dengan nasi. Tapi, setiap kali Mak buat lauk ni, mesti tekak aku teringin nak makan cekodok yang memang heaven bila dicicah dengan lauk ni. 


8. Lobak Putih Goreng Bersama Udang. Lauk ni salah satu lauk yang rumah aku cukup 'hantu.' Seingat aku, Abah yang mula-mula kenalkan aku lauk ni. Mak kurang suka lobak putih, sebab tu agaknya aku agak keterbelakang tahu pasal kesedapan sayur jenis ni. Haha.


9. Labu Masak Lemak Putih. Selama-lamanya, aku memang suka lauk ni. Sumpah, wei. Tak tahu pasal apa. Nak-nak pulak, labu yang dibeli tu tak jugak bersabut, manis lagi rasanya.


10. Kurma Ayam. Aku rasa aku belajar masak lauk ni dalam 6 tahun yang lepas kot. Tak adalah susah mana. Asalkan tahu nak balance rasa lemak dan rempah, ngam lah jadinya. Satu tips yang Mak bagi masa ajar aku dulu masak Kurma Ayam ni, sebelum tutup api, masa dah masukkan pati santan, perahkan sedikit jus limau. Aku tak tau sebab apa. Tapi rasa masam tu memang kasi lauk ni lagi ngam. 

Bak kata Chef Wan, rasa nak cekik je orang yang masak Kurma cair-mair ni. Aku lemah betul bila nak tapau makan, sekali kuah Kurma dia macam rempah yang dibancuh dengan air je semata. Stress kita dibuatnya! Haha! Tolong, jangan kedekut santan masa masak Kurma, please!


11. Bila dah decide nak masak Asam Pedas Ikan Caru, otak ni mengada-ngada nak buat lauk sampingan yang lain. Fikirkan hari tu Mak ada cakap teringin nak makan Urap Pegaga, jadi selamatlah lauk itu direalitikan. 

Bahan-bahan macam cili api, lada merah, belacan bakar dan ikan bilis ditumbuk. Kemudian dicampurkan dalam pegaga yang dah diracik kasar, hirisan bawang besar serta kelapa parut goreng (jangan terlalu perang). Akhir sekali, balance-kan dengan jus limau kasturi. Jadilah pembuka selera... 


12. Dulu lagi dah makan lauk ni. Pegaga Masak Lemak Putih Bersama Keledek. Memandangkan pegaga masa buat urap hari tu memang berlebih, jadi kita lemak putihkan je terus.  And yeah, I know! Aku memang suka masak lemak putih!


Cuti dah habis ni, yang dapat aku buat cuma scroll je la gambar-gambar masakan masa kat rumah hari tu. Namanya nak memasak macam tu dekat uni ni memang taklah. 

Bermulalah balik momen-momen kelaparan seorang diri di bilik ketika jam 1 pagi.






Tiada ulasan: