Sabtu, 1 Ogos 2015

THE BIRTH OF 'CITRA CINTA ARSYA'

Assalamualaikum W.B.T.

Rasanya sebelum-sebelum ni (dalam post yang dulu-dulu), saya tak pernah nyatakan projek manuskrip apa yang saya tengah usahakan. Bercakap tentang novel dan cita-cita rasanya banyak. Tapi, nak mempromosi walau secebis teaser pun tak pernah sekali pun. Tahu-tahu je dah keluar novel sebijik ye tak?

Nantilah saya ceritakan macam mana semua ni bermula. Entri yang ni, saya cuma nak payung sikit je tentang berita kelahiran novel pertama yang saya tulis (sampai ke habis) seumur hidup. Sumpah, berat wei rupanya nak jadi penulis sekarang ni. Total masa 4 tahun saya ambil untuk siapkan novel ni. 2 tahun lebih manuskrip ni terperam semata-mata nak mencari publisher yang bermurah hati nak ambil untuk diterbitkan. Alhamdulillah, Tuhan tu memang Maha Adil ke atas hamba-hambaNya yang bersabar.

Jadi, nah saya berikan untuk tatapan anda!

*sumber dari blog penerbit October

......................................................................................................................................................................................



“Arsya... Sungguh, Arsya! Saya cintakan awak, saya mahu menjaga awak. Dalam setiap helaan nafas ini, hanya ada nama Arsya sahaja. Beratkah untuk awak menerimanya?”
“Saya tak sempurna. Banyak lagi perempuan yang layak dengan awak.”

Arsya bukan tak cintakan Khair. Arsya cuba menidakkan perasaannya terhadap Khair kerana Arsya merasakan dirinya terlalu kerdil berbanding Khair. Ibarat langit dengan bumi. Tapi Arsya lewat untuk memberitahu isi hatinya terhadap Khair. Arsya menyesal.
Khirdan. Jejaka yang kedua yang hadir dalam hidup Arsya. Kehadiran insan baru itu tetap tidak mengubah perasaan Arsya. Arsya tetap takut untuk cuba menghadapi kebahagiaan.

“Idan nak Sya simpan kata-kata ni sampai bila-bila. Idan nak Sya tahu, yang Idan cintakan Sya. Idan sayang Sya dengan seluruh hati Idan. Kita kahwin, Sya?”

Lamaran itu telah menggugat jiwa Arsya. Sebelum ini dia pernah membiarkan cinta Khair tergantung. Arsya cuba untuk tidak mengulangi kesilapan itu lagi. Arsya meyakinkan dirinya bahawa bahagia sudah menanti di hadapannya kini.

Kebahagiaan tidak juga muncul. Kehadiran Marshita secara tiba-tiba telah menghancurkan impian Arsya untuk mengecapi kebahagiaan. Marshita berdendam, dia tak mahu melihat Arsya bahagia.

“Arsya... Kau akan berdepan dengan Marshita. Teliti aku rancang. Teliti aku akan laksanakan. Perlahan-lahan, hidup kau akan berakhir dalam kesakitan.”

Segala keperitan yang dilalui Arsya membuatkan dia tekad untuk tidak mahu mencari kebahagiaan itu lagi. Namun cahaya kebahagiaan itu muncul juga. Apakah keputusan Arsya kali ini? Adakah sinar kebahagiaan itu akan memihak kepadanya dan apakah kesudahan citra cinta Arsya?

“Arsya tak pernah ganggu hidup dia orang! Tapi kenapa dia orang sakitkan Arsya?! Kenapa dia orang ambil kebahagiaan Arsya?!”


......................................................................................................................................................................................

Berikut saya sertakan link2 untuk tempahan dan teaser dan sebagainya

Website : http://www.october.my/
Blog : http://october-novel.blogspot.com/
Facebook : October (Page) / October Love
Email : order@october.my
Whatsapp : +6010-792 4664
Fax : 03-8741 3217


Terima kasih. Ada masa, ada ruang, kita jumpa lagi ya? InsyaAllah, jika Allah setuju.

Tiada ulasan: