Selasa, 17 Januari 2012

FAIL PUISI-PUISI AKU : "AIS DAN KETUHAR"

Assalamualaikum WBT.




Selak punya selak kembali album 'profil picture' di Facebook membuatkan saya terjumpa balik dengan gambar ni. Gambar yang dimuat naik pada tarikh 1 Oktober 2010. Sedikit sebanyak mungkin otak anda bertanya ; "Apakah tumbuhannya frasa itu?


'Ais dan ketuhar' adalah puisi yang saya tulis lebih kurang dua tahun yang lepas. Apa yang boleh saya katakan, mungkin puisi ni adalah puisi bercorak santai pertama yang pernah saya hasilkan. Mendapat ilham untuk menggerakkan jari bagi menulis puisi ini ketika mata ini terbayang-bayang ekspresi Katy Perry di dalam video Hot 'N' Cold. Ditambah pula bila mata ini melihat dengan sendiri situasi-situasi alam cinta beruk dalam kalangan rakan-rakan. Lalu, saya dapat ilham... kertas kumal saya gapai. Pensil mekanikal saya tarikan. 


AIS DAN KETUHAR

Kondisi ais;
"Aku masih ingat,
Aku kasut dan kamu talinya,
Aku baju dan kamu jaket,
Aku jam dan kamu bateri,
Aku dapat rakaman itu,
Satu hari nanti,
Aku berkot hitam dan kau bergaun putih,
Kita sama-sama simbiosis,
Di bawah payung di kala renyai,
Dan di tangan ada MP3,
Taylor Swift menyanyikan Love Story,
Momen itu bagaikan semanis lollipop,
Dan itu video yang tak terharga."

Situasi ketuhar;
"Aku memandang ke luar tingkap,
Melihat jam di dinding,
Kamu tidak ada...
Kita kini seperti kehabisan cas,
Kerana kamu ada skizofrenia,
Kamu ibarat kertas litmus,
Yang bertukar daripada merah menjadi biru,
Kita seperti aiskrim yang telah cair,
Lalu mengalir di konnya,
'Hot 'N' Cold kedengaran,
Itu selayaknya,
Cinta itu sudah tamat tempoh,
Dan aku berdiri seorang diri di laman Facebook."


Puisi ini bercerita tentang apa? Mudah dan terlalu ringkas pada penilaian saya. Tidak bersimpang siur. Terus straight to the point. Puisi ini bercerita tentang panas atau sejuk sesuatu hubungan percintaan. Di mana kondisi ais mewakili kebahagiaan manakala situasi ketuhar mewakili penderitaan. Saya percaya ramai pernah merasai situasi panas dan sejuk dalam kehidupan cinta anda. Tengah seronok menggedik-gedik, secara tiba-tibanya suara kita juga mungkin akan menengking. Sedang seronok memicit-micit punat telefon bimbit bersama dengan senyuman yang meleret, secara tiba-tiba mungkin tangan kita akan laju sahaja membaling objek tersebut ke dinding yang konkrit. 


Pahit manis itu kan normal? Gaduh sayang kan normal? Rileks... jangan gubra mahupun menjerit seperti orang psiko. Rileks.. anda sedang melalui frasa belajar mengenali hidup. Ambil itu sebagai 'objek' yang akan digunakan oleh tangan anda pada masa akan datang untuk anda menjadi manusia yang lebih matang dalam perihal membaca hidup. 


Saya cuba sedaya upaya untuk meletakkan sajak ini berada di dalam keadaan yang seimbang. Saya cuba untuk mengalirkan perasaan indah pada rangkap 'kondisi ais.' Saya cuba untuk hasilkan perasaan meluat dan kesunyian pada rangkap 'situasi ketuhar.'






Saya sendiri pelik mengapa ketika itu saya menggunakan perkataan 'ais' dan 'ketuhar.' Kenapa saya tak pilih api dan air. Lama kelamaan, bila saya baca kembali puisi ni, saya mula tafsirkan begini. Ais memang sejuk. Tetapi kesejukan dan bentuknya tak tahan lama. Ketuhar memang panas. Panasnya bukan tertumpu pada satu bahagian sahaja tetapi secara menyeluruh. Ya, itu definisi yang sesuai.








Respons yang saya terima daripada rakan-rakan 'pengkritik' saya, rata-ratanya menyukai puisi ini. Mungkin jiwanya lebih keremajaan. Berbanding dengan puisi-puisi sebelum ini yang agak berat, puisi ini lebih ringan dan ada soulnya yang tersendiri. Sehinggakan puisi ini pernah terpahat pada meja rakan saya di sekolah dulu. Hahahaha.. ingat lagi Syai Hidayah???


Tak ada apa lagi yang nak saya katakan. Akhir sekali, mungkin anda boleh laungkan puisi 'AIS DAN KETUHAR' sekuat hati anda bila satu hari nanti ada merasai situasi seperti mana situasi puisi itu. 

2 ulasan:

Saddila berkata...

perghhhh terbaik doe !! aku suka bab2 cinta ni :))

dari lensa faiz berkata...

bye dila ! :)