Jumaat, 25 November 2011

FAIL PUISI-PUISI AKU : "BILA AKAR BERKALIMAH"


Assalamualaikum WBT. Dah.. cover sikit. 


Lewat bicara sahabat saya dalam sebuah 'omong kosong' *secara halusnya bukanlah omong kosong pun... di kelas ketika sedang menghancurkan kebosanan tahap gaban membuatkan emosi saya didera langsung menjadi letih. Topik Saidatul Aqma Madzlan ketika itu cukup mudah. Freemason.Kami duduk mengelilingi antara satu sama lain lalu berdiskusi. Buat pertama kali, saya melihat isu itu dalam-dalam. 


Gesaan dan dorongan daripada dia agar saya menonton video bersiri The Arrival di Youtube membuatkan saya akur. 3 episod saya katham dalam satu petang. Gugup. Bimbang. Jujur saya akui, saya merasai satu emosi yang berlainan. Saya teringat cerita ustazah ketika di sekolah rendah dulu. Dia menceritakan pada saya tentang janji Iblis selepas Allah murka padanya bila dia enggan tunduk pada Adam a.s. Dia akan menyesatkan semua anak cucu Adam a.s. sehingga hari kiamat itu tiba. 


Saya tak tenang sehinggalah perasaan itu mendorong saya untuk menaip entri ini. Kacau bilau. Perkara itu menghantui saya. Saya terdiam bila dikatakan bahawa pakatan itu mengusai dunia secara halus dan menyeluruh. Ayat di dalam video itu seperti bergema-gema di telinga sehingga saya melihat setiap item di keliling saya dengan satu pandangan yang curiga. Eh, ini freemason. Eh, itu pengaruh iblis. 


Dalam usia 18 tahun, saya telah melalui satu frasa yang matang. Saya lebih berfikiran jauh. Malah lebih jauh dari sebelum-sebelum ini. Saya merencana saya mahu menjadi seorang novelis, mahu membeli banglo untuk keluarga saya... tapi, bila difikirkan tentang KIAMAT, semangat saya turun. Saya mula berada di landasan realiti. Tak boleh terlampau berharap. Janji yang pasti itu akan berlaku satu hari nanti. Cuma kita tak tahu bila benda tu akan berlaku.


Ya ALLAH... Macam-macam yang merusuh di fikiran saya. Cukupkah kuantiti pahala untuk saya bawa ke sana nanti? Puaskah saya mencari pengajaran di dunia sementara ini? 


Tak ada apa pun yang saya nak merapu di sini lebih-lebih. Saya cuma mahu berkongsi dengan kalian puisi *lama jugak kan saya tak post puisi yang saya taip hampir dua tahun yang lalu. Bagi saya, sepanjang saya menulis puisi, puisi ini adalah puisi yang paling berat pernah saya hasilkan. Berminggu saya tenggelam di dalam Kamus Dewan edisi ketiga saya yang telah lunyai semata-mata untuk menemukan perkataan-perkataan yang abnormal. Hasilnya, pensil mekanikal saya menoktahkan "Bila Akar Berkalimah."


Puisi ini cuma bercakap pasal manusia akhir zaman. Mungkin ketika itu, ketakutan mengenai hari kiamat mendorong saya untuk membuat puisi ini. Dan sekarang saya berkongsi dengan anda puisi ini. 


BILA AKAR BERKALIMAH

Dengar kataku parasit yang merinai
Bicara prosa dari tubuh yang sudah lama menghuni
Sumbang dongeng untuk telinga yang terbuai
Menyentak langit dengan tingkah halilintar
Lantas terkesima segala rupa
Suaraku terserak pada awan dan bumi
Ibarat si tuli menggenggam raifal.

Butiran pasir ini saksi bisu
Disapa kaus diabai mata
Kalian lalu seperti burung pulang ke sarang
Menjunjung mahkota sendiri
Bakulnya gergasi untuk disumbatkan diri
Dari itu tiara menjadi bilah
Koloni bergempita dan derap tak seia
Aku tiada lidah namun aku punya deria
Sehitam lasykar semerah abdi
Simpulan jariji ini terungkai
Panji tersungkur di wajah lumpur
Alangkah keramanya arca ini
Lihat si kera menghumban bunga

Hanya kerana jerlusnya tanah
Akar majal kukunya
Pohon tumbang dimamah serakah
Tiba sudah kalimantang sirna meski sejalur
Dan kausar berganti sahara
Sayangnya burung masih di sangkar
Enak menabur tebu di pinggir sungai
Batu masih diam bila dilanggar ombak
Kerna kalian menilik pada cermin yang retak

Daun terbuai bertasbih menanti mahsyar
Dan akar terusan hilang rasa.

Dari Lensa : Faiz Md Nasir

2 ulasan:

محمد رازيق berkata...

puisi menarik.. thniah.. salam kenal.

dari lensa faiz berkata...

terima kasih .. salam kenal jugak .. :)