Jumaat, 29 Julai 2011

FAIL PUISI-PUISI AKU

Assalamualaikum WBT ! Cover sikit ye ... 

Agak jarang blog ini di'update' memandangkan kesibukan yang melampau. Serius! Terlalu sibuk! Saat-saat peperiksaan yang menuntut mata saya menatap buku. Itu ringgit yang perlu kita beri bila kita kata 'setuju' untuk menyambung pengajian di tingkatan enam. Jadi, bila dah 'merdeka kecil' ni, saya pun menghuni di sini untuk mencatat entri yang terbaru.

Tanpa mempedulikan semua mukadimah merapu tadi, jom terus menyelusuri tajuk entri kali ini, ok? ;) 

16 tahun. Umur saya 16 tahun, saya mula memberanikan jari saya untuk menulis puisi. Ya, saya lebih selesa untuk menggunakan istilah 'puisi.' Kerdil sekali emosi masa tu. Yalah, sejak dari tingkatan satu, saya didedahkan dengan puisi-puisi hebat karya A. Samad Said dan Usman Awang. Selalu saya tertanya-tanya, saya mampu ke menghasilkan puisi seperti puisi-puisi mereka? Dikagumi, disegani. Lama saya berfikir, tak! Puisi tak semestinya harus menerima pengiktirafan untuk dipanggil sebagai hebat. 

Ingat lagi. Masa tu, bulan kemerdekaan. Saya cuba menulis sekertas puisi. 'Tiga Tiang.' Hmm... macam okey. Pikir kejap. Okeylah ni. Saya tak tahu nak kata percubaan pertama tu bagus ke tak. Tapi, apa yang pasti, bagus ke tak, saya terus jadi ketagih untuk menulis dan menulis lagi. 

Dalam sebulan puratanya mungkin dua ke tiga puisi saya hasilkan. Macam-macam yang disentuh. 

'Idiosinkrasi' pasal desakan untuk lari dari landasan normal. 
'Rabun' pasal cinta yang selalunya buta.
'Di Lorong Gelap : "Akulah Wanita Itu" pasal golongan mak nyah.
'Bila Akar Berkalimah' pasal manusia hujung zaman. 
'Ais Dan Ketuhar' pasal panas dan dingin sesuatu hubungan.
'Hati Seorang Anjing' pasal seseorang yang terbuang. 
'Bercakap Dengan Bulan' pasal kehidupan anak-anak lorong. 
'Soneta Bintang Menangis' pasal kekecewaan.
'Perempuan Tak Bernama' pasal cinta pandang pertama. 

Dadah?! Ya, dah macam ketagih nak menulis puisi dulu. Saya masih lagi menyimpan semua puisi yang dah saya tulis di dalam satu fail. Yeah, siapa yang pernah tengok fail puisi saya tu tahulah macam mana buruk rupanya. Hahahaha... 

Tapi, bila dah capai satu tahap yang dipanggil 'MUAK,' sebenarnya baru saya sedar:
Puisi yang baik adalah puisi yang datang dari kisah semalam kita.
Kenyataan! Realiti! Memang kalau kita menulis puisi tanpa ada jiwa, tulis sambil lewa... kita tak akan sampai tahap 'kepuasan' tu. Saya mengatakan ini sebab saya sendiri merasainya. Tulislah walau sejuta sekali pun puisi, kalau puisi tu tak diiringi dengan jiwa dan feel... pasti tak menjadi. Tak kisahlah, pengalaman tu datang dari kita sendiri atau pun dari orang lain. 

Muak? Ya, saya muak sebab dah malas nak tulis puisi-puisi merapu lagi. Maksud daya, bukan nak berhenti terus. Tapi, biarlah puisi yang terbaik tu ditulis dengan mengambil masa yang panjang. Itu lebih baik! 

Telinga ni dah banyak dengar kata-kata dari orang-orang yang agak sinikal bila melihat saya menulis puisi. Yelah. "LELAKI, kan? Mana ada yang jiwang-jiwang? Kalau PEREMPUAN lainlah." Biasa sangat dengan situasi ni. Hahahaha... kadang-kadang tu nak je pijak laju-laju kan? Tapi, sabar yo lah. Puisi bukan hak milik mutlak wanita. Maaf, saya bukan prejudis. Tapi, saya cuma nak betulkan anggapan je kot. 

Apa yang nak saya tulis untuk menutup entri kali ni ye? Hmm.. ok.. ini:

"Saya percaya, puisi yang bagus, puisi yang hebat bukan datang dari perkataan-perkataan yang bombastik. Bukan jugak dari ritma-ritmanya yang tersusun. Puisi yang terbaik datang daripada hati anda sendiri."  

:) cover sikit ! 


Perhatian!
Sebarang ciplak mahupun salinan haruslah mendapat kelulusan DARI LENSA : FAIZ MD NASIR terlebih dahulu. Jika ingkar, tindakan keras akan diambil  

Sabtu, 16 Julai 2011

NOTA UNTUK TUHAN

Assalamualaikum WBT. Hey si pembaca!

Pejam celik, pejam celik, pejam langsung tak celik-celik... hehehe... dah nak masuk bulan ke ke-5 blog "silang kata faiz" ni bernafas. An an an?

Dalam tempoh itu jugaklah betapa saya berpikir dengan lamanya, setelah dicongak2 dengan 'pakar audit'.. buat sementara waktu ni, biarlah entri2 blog diisikan dengan cerita-cerita mengenai kehidupan sahaja. Jadi akan dikurang-kurangkan jari-jari ni untuk mengulas pasal mana-mana yang berkaitan dengan dunia seni hiburan.
Ok.. tulah serba sedikit mukadimahnya. Jom balik kepada isi entri kali ni.

9 Jun 2010, Rabu... 9:33PM
Pensil mekanikal saya menoktahkan kata-kata yang dah saya susun. Nah! Sekertas puisi siap lalu saya tempatkan di dalam fail puisi. 'Nota Untuk Tuhan.' 

Entah macam mana saya dapat ilham untuk hasilkan puisi ni. Ya, mungkin pengalaman. Ketika itu pun saya baru sahaja melepasi satu detik yang paling berat. Jadi, simbolik kepada tajuk itu, tangan saya bagai dipaksa-paksa untuk menulisnya. 'Nota Untuk Tuhan' adalah puisi mudah yang saya hasilkan untuk lukiskan betapa sebenarnya saya menghargai insan-insan yang bernama KELUARGA

Tanya soalan ini kepada mana-mana orang di hadapan anda. 

"Keluarga ni penting ke?"

Jawapan yang akan anda dengar adalah "PASTI!"

Bila saya melalui mana-mana sekalipun babak kehidupan, saya percaya... mungkin anda juga. Keluarga yang akan duduk dekat tangga nombor SATU. Setuju bila saya katakan, sedikit sahaja kita berpaling dari KELUARGA, hidup kita akan jadi tak sempurna.

MD NASIR BIN BUJANG
HALIJAH BINTI NINGGAL
NOORSHAHIDA BINTI MD NASIR
MUHAMMAD SYAHMI BIN MD NASIR
MUHAMMAD ALIF BIN MD NASIR

 Memiliki mereka seumur hidup... hmm.. adalah sesuatu yang paling membanggakan. Syukur sebab saya dikurniakan keluarga yang cukup sempurna. Kami tak terlalu miskin.. kami pun tak terlalu kaya. Kami berada pada tahap yang sederhana. 'Ya... bangun pagi pada pukul 5 pagi kerana dikejutkan oleh jam loceng tu lagi bagus dari bangun pada pukul 7 pagi kerana dikejut oleh bibik. Kan? Hahaha..'


Anda yang sedang membaca, percaya kata-kata saya... bila berdepan dengan situasi yang mendesak air mata kita, bila berhadap dengan situasi yang membikin ketawa kita... perkara pertama yang kita kena ingat adalah keluarga. Sebab tanpa mereka, adakanlah sejuta sekali pun kawan, itu tak akan dapat menandingi keluarga kandung kita. 

Tak kira, masa kita suka atau pun jatuh... kita boleh bilang berapa orang kawan yang betul-betul bersama dengan kita. Tapi, KELUARGA? Semua ada kan? Sekali pun reaksi sesetengahnya macam 'endah tak endah' je... tapi paling kurang mesti ada sedikit perasaan 'tu' dekat hati mereka. 

Keluarga segala-galanya untuk saya. Dalam satu ruamh, tak akan lengkap saya rasa kalau Abah, Mak, Along, Bangah atau Alip tak ada. Lantaklah kalau adasekali pun berjuta parasit yang dengki dengan keluarga kami. Yang selalu membaling fitnah, menjeling benci. Peringatan untuk 'mereka-mereka' ni... 

Terima kasih kerana membenci kerana benci anda mengecas pahala kami! Yeah!




Justeru untuk kesekian kalinya... saya persembahkan 'Nota Untuk Tuhan' tanda ucapan penghargaan saya kepada setiap ahli famili saya. Satu puisi tentang doa saya kepada Tuhan.